Buah Labu memang boleh dimasak dengan pelbagai cara.Baik dibuat puri untuk anak, kuih muih, masakan lauk dan sebagainya. Jika mak-mak ada lebihan labu dan tiada idea nak masak apa, boleh cuba resepi kuih ‘buah melaka’ atau ‘onde-onde’ menggunakan buah labu ini. Jika selalu warna putih atau guna pewarna hijau, kali ni mak-mak boleh buat kuih buah melaka ni jadi warna kuning guna buah labu je. Rasanya lemak manis, nak buat pun senang!
Berikut perkongsian resipi kuih ‘Buah Melaka Labu’ oleh Marlia Lia sebagai rujukan mak-mak. Bolehlah dihidangkan untuk minum petang nanti.
“Jenuh nak menghabiskan sebiji labu.Suami beli labu besar pula. Asalnya beli labu untuk buat puri anak umur 6 bulan je.Tapi takkan makan labu je sampai sebulan kan.Macam-macam dah buat dengan sebiji labu tu.Labu masak lemak, cekodok labu, koci labu, kaswi labu pun sudah.Haa, petang ni buat buah melaka labu.Maka,habis lah sudah sebiji labu saya.”
Bahan-Bahan:
1/3 biji Labu (kukus dan lecek)
Gula Melaka (dipotong kecil)
2 cawan penuh tepung pulut
2 sudu besar tepung gandum
1 cawan air
kelapa parut
sedikit garam
Cara Membuat:
1. Buang kulit labu dan kukus. jangan rebus nanti dah tak manis jadinya.
2.Potong Gula melaka kecil-kecil (bentuk kiub)
Ads
3.Campurkan tepung pulut dan tepung gandum dalam bekas.
4.Kemudian, campurkan labu yang telah dilecek kedalam tepung tersebut.
5.Ramas guna tangan sampai jadi macam serbuk roti, kemudian tuang air sedikit demi sedikit.
6.Sambil tuang air, sambil uli sehingga doh dah tak melekat dekat besen dan dah tak melekat dekat tangan.Air secawan, tak habis pun saya guna.
Ads
7.Buat macam ni, letak gula melaka ditengah-tengah dan kemudian bulatkan.
8.Sambil tu terus sediakan air tunggu sehingga air mendidih baru masukkan kuih. Kuih yang timbul maksudnya dah masak.
9.Sediakan kelapa parut + sedikit garam, gaul rata.Kuih yang dah masak tu, golek-golekkan dekat kelapa ni.
Tak sangka cuma guna kain yang dipotong, wanita ini dapat hasilkan skirting table top yang cantik di bahagian dapur basah di rumahnya. Nak lagi cantik, letaklah bunga hijau sekali.
Haaa… inilah idea kreatif daripada Puan Suhaibah Mukhtar, kalau rumah anda tak ada kabinet dapur lagi bolehlah tiru cara ni. Cuma anda kenalah sediakan barang ini dulu ya.
Simple laundry area and wet kitchen
Kain skirting #sofia
Frame #fiskbo
Rak #mosslanda
Pokok #fejka
Edit version.
Skirting tu kain dari ikea namanya Sofia.
Tebal material macam polister.
Boleh beli ikut meter kat ikea.
Saya potong dua sebab lebar sangat.
Lepas tu saya lipat dan jahit.
Untuk lekatkan pada table top tu, saya jahit strap. Tape kaler putih dan guna double tape kaler merah. Untuk tampal pada table top.
Tembak pulak dgn stapler tembak.
Memang lekat abis.
Sekian.
Kain tu i beli 2 meter. Potong dua dan lipat sikit nampak macam skirting.
Kemudian beli tape untuk tampal.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Cemburu dan perasaan amarah jangan dibuat main.Boleh menyebabkan tindakan diluar batasan.Gara-gara berang dan cemburu selepas suami mempunyai hubungan sulit dengan wanita lain, seorang isteri bertindak kejam apabila memukul kepala lelaki itu dengan tukul besi sebelum menggantung mayat mangsa di siling rumah.
Wanita, 26, itu bertengkar dengan suaminya, Fendik Tri Oktasari, 27, di rumah mereka di Sawah Gede, Kedurus, Karangpilang, Surabaya pada malam Jumaat lalu selepas rahsia lelaki itu menjalinkan hubungan sulit terbongkar.
Surya.co.id melaporkan, kerana terlalu berang, suspek mengambil tukul besi lalu memukul kepala suaminya.Dia kemudian memukul kepala suaminya buat kali kedua menyebabkan mangsa tidak sedarkan diri.
Kerana panik, wanita itu menggantung suaminya dengan tali di atas siling di ruang tamu rumah mereka dan berlakon seolah-olah mangsa membunuh diri. Ketika kejadian, dua anak pasangan itu yang masih kecil tidur di dalam bilik dan tidak mendengar pergaduhan berkenaan.
Ketua Polis Karangpilang, Noerjano memberitahu, helah wanita itu terbongkar selepas bedah siasat mendapati ada kesan kecederaan pada kepala mangsa.
“Kepala mangsa tidak berdarah ketika dipukul dengan tukul besi, tetapi bedah siasat mendapati tempurung kepalanya pecah dan ada darah beku di dalamnya.
“Mangsa dipercayai mati akibat digantung oleh isterinya itu,” katanya yang dipetik Surya.co.id, semalam.
Katanya, ketika disoal-siasat suspek mengaku dia memukul suaminya kerana berang selepas mendapati lelaki itu menjalinkan hubungan sulit dengan wanita lain.
“Ini bukan satu pembunuhan terancang kerana pergaduhan ini berpunca daripada api cemburu,” katanya.
Pesanan buat para suami, jangan dibuat main, bila wanita dan para isteri mulai cemburu dan terlampau marah.Lebih-lebih lagi bila ditipu dan kepercayaan dikhianati. Segala tindakan diluar batasan boleh berlaku.Hati-hati iya.
Apa yang berlaku pada bayi umur 5 bulan ini cukup menyedihkan. Selepas melahirkan anak sulung, Nurul Hudaa M. Basir, 39 (Danish Awisy) bersabar bertahun-tahun lamanya untuk mendapatkan anak yang kedua. Selepas anak keduanya lahir, semasa dalam pantang kehadiran anak ini dirasai. Ramai datang melawat, maklumlah ini anak yang begitu dinantikan selama ini. Dipeluk, dicium bayi itu tanpa sedar, rupanya tetamu yang datang ada yang batuk dan selesema.
Bila ditegah ibu, katanya tak mengapa. Cuma sekejap saja. Siapa sangka, rupanya bayi itu tidak dapat melawan serangan virus yang dibawa oleh tetamu yang sakit. Sudahnya bahagia ibu cuma sementara kerana perjalanan hidup mereka selepas itu berakhir di atas katil hospital.
Ini sekadar peringatan. Cerita ini berdasarkan dari pengalaman Nurul sendiri. Terpulang sama ada mahu baca, mahu percaya, mahu ikut ataupun tidak. Tiada paksaan pun.
Anak Nurul yang kedua, Ahmad Darwisy Zaimi, 5 bulan atau lebih dikenali dengan panggilan Awisy sedang berada dalam proses penyembuhan dari sakitnya.
Awisy dilahirkan pada 8 November 2017. Sewaktu dilahirkan alhamdulillah dia dalam keadaan sihat. Tiada komplikasi kesihatan yang kritikal. Cuma awisy mempunyai G6PD dan kuning.
Dan sakitnya kini tiada kaitan lansung dengan G6PD.
Kisahnya bermula setelah Awisy keluar dari hospital kali kedua kerana kuning.
Awisy bukan sahaja dinantikan oleh kami anak beranak dan sanak saudara serta sahabat-sahabat Nurul pun amat teruja ingin melihat dan melawat Awisy.
Siapa yang tahu kisah Nurul dah tentu akan teruja ingin melihat si kecil ini yang sekian lama bukan takat lama. Tapi terlalu lama berlayar untuk berjumpa dengan kami. Itupun tanpa diduga. Alhamdulillah.
Pelawat berganti pelawat dan antaranya tak dikenali kerana mengikut rakan dan ada antaranya yang tidak sihat.
Nurul dah pun pesan terlebih dahulu. Sekiranya tidak sihat, demam batuk dan selesema, usahlah di sentuh baby tu.
Tapi ni bukan takat sentuh, tapi dicium sekali sambil mengatakan, “Alah, sikit je” sambil tertawa sinis.
Maka, dengan itu bermulalah sakitnya si Awisy.
Selang 3 / 4 hari, diusia Awisy 28 hari, macam biasalah rutin pagi nak mandikan si Awisy, Nurul perasan lutut belah kanannya membengkak sehinggakan Awisy tidak dapat mengangkat kaki kanannya. Bila diusik dan dirasa, lututnya berasa amat panas sedangkan di tempat lain biasa saja.
Awisy pon waktu tu menangis sahaja sampai sukar untuk dipujuk..rupanya dia sedang kesakitan ya amat..
Kasihannya kamu sayangku..
Bila dirujuk ke hospital, maka doktor mengesahkan bahawa Awisy telah mendapat jangkitan kuman dan kuman tersebut telah berkumpul dalam lututnya.
Aduh! Memang terkejut besar. Sebab dalam semalaman lutut dia membengkak sampai macam tu sekali.
Dan bila di tanya oleh doktor, ada tak pelawat yang tidak sihat menyentuh atau menciumnya. Dah tentu Nurul kata ada.
Maka doktor mengatakan bahawa itu mungkin menjadi salah satu punca kuman tersebut.
Jangkitan kuman itu telah menyerang paru-parunya dan telah berada dalam darah.
Maka, Awisy telah diberi antibiotik dan diberikan oksigen selama 3 minggu. Barulah diizinkan untuk pulang setelah doktor mengesahkan bahawa kuman itu telah clear.
So hati-hatilah semua pada ibu-ibu yang dalam pantang dalam hari ni.
Kurung anak pun tak apalah. Biarlah sampai dia diberi suntikan imunisasi terlebih dahulu.
Dan janganlah sesuka hati membenarkan sesiapa pun menyentuh baby kita tanpa membasuh tangan terlebih dahulu.
Lebih-lebih lagi yang tidak sihat. Kalau boleh tidak perlulah lawat baby.
Please!!kasihanilah baby itu.
Ku ingatkan jangkitan itu hanya di situ dan telah mati kumannya. TAPI itu hanyalah
Ketika ini, Awisy sudah pun dibedah dan sebelah kanan paru-parunya telah dibuang. Bersimen separuh badan sebab kuman dekat paru-paru dah terlalu teruk sampai memakan tulang belakang Awisy hingga bengkok. Sekarang tengah tunggu sama ada nak buka atau pasang baru simennya. Nak kena tengok sama ada tulang belakang dia dah ok dan kuman dah clear atau belum di bahagian itu.”
“Saya dah balik ek Melaka. Pada 26 April nanti akan ada check up di hospital. Selepas jangkitan kali pertama, Nurul masuk semula ke hospital kali kedua disebabkan kuman. Tarikhnya pada 10 Januari lalu. Terus masuk wad ICU di Melaka selama sebulan.
“Tapi keadaan Awisy makin teruk. Tu yan ditransferkan ke ICU HKL pada 19 Februari untuk jalani operation dan proses menyimen badan. Dan pada 20 Mac kami balik ke hospital Melaka.”