Bila anak-anak dah mula bersekolah, ‘kejadian’ hilang pensil warna ni, memang perkara biasa dan memang kerapkali berlaku. Sebagai mak ayah, memang geram juga bila pensil warna baru dibeli tapi cepat je anak-anak hilangkan entah kemana, sama ada tercicir atau tertukar dengan kawan-kawan di sekolah. Sebenarnya, ada cara kreatif yang mak ayah boleh atasi perkara ini dengan membuat sendiri Pengikat Pensil Warna.
Menerusi perkongsian ibu kepada enam orang anak yang menggunakan nama “Merpati Putih” di Facebook ini, beliau kongsikan langkah untuk menghasilkan Pengikat Pensil Warna yang mudah dan praktikal. Barulah ia tidak hilang, dan jimatlah duit poket mak ayah tak perlu asyik kena beli yang baru.
Berikut perkongsian beliau;
“Orang kata kalau dah nak hilang tu hilang jugakan.
Tapi sekurang-kurangnya ummi usaha untuk bagi lambat sikit hilang..haha
Abang tahun ni je 4 kali beli ‘kaler’ (pensil warna)..hahah
Semoga kaedah ni berkesan hingga hujung tahun.
Depends pada anak-anak kita juga..kalau yang jenis cermat dan pandai jaga barang,in shaa Allah tahan lama..tapi kalau yang jenis murah hati..itu ummi tak berani komen..haha
Apapun kita Mencuba
Projek sekolah untuk next year dah bermula..
kakak twin nak masuk darjah 1,abang darjah 2..
Modal Rm25 dapat 6 set.
1.Pensil warna saya guna Rm2 punya je tapi berkualiti warna terang dan pekat, depend mommy nak guna brand apa.
2.Saya buat 6 set untuk 3 orang, 2 set untuk setiap sesi..SRA & SRK maknanya seorang 2 set untuk 2 sekolah.
Tutorial DIY Pengikat Pensil Warna
Bahan-Bahan:
Pensil warna 6 box Rm12
Reben 2 saiz (saiz kecil 2 gulung rm2.50 x 2=rm5)
(saiz sederhana 1 gulung rm4.00)
Tag nama RM2
Gunting
Glue gun (kalau beli rm10..tapi saya memang dah ada..jadi tak keluarkan modal untuk ni)
Cara Membuat:
1.Potong reben dalam 52cm.Potong 6 set ukuran yang sama.
(Saya guna colour 12 batang sahaja, jadi saya potong 6 reben sahaja sebab nanti bila dah lipat 2 akan jadi 12)
Contoh: Kalau mommy buat 20 batang,mommy kena potong 10 reben .
2.Saya potong siap-siap reben saiz kecil untuk lekat dihujung pensil nanti.
Potong dalam 4.5cm untuk lilitan pensil atau mommy boleh ukur dulu lilitan colour pensil yang digunakan.Potong reben mengikut jumlah batang pensil warna.
Ads
3.Susun 6 reben yang berukuran 52cm tadi seperti dalam gambar ikat disetiap hujungnya supaya tak bergerak dan sama rata.
4.Masukkan tag nama ditengah-tengah reben.
5.Lipat 2 seperti dalam gambar.Ikat sedikit dibahagian atas.(nanti kita akan kemaskan dengan reben).
Ads
6.Potong reben sepanjang 5.5cm untuk kemaskan bahagian atas tadi.Lilit dan gam dengan gluegun.
7.Selepas itu, Mommy boleh buka getah yang dibahagian bawah tadi.Kita akan memulakan proses cantuman pensil warna disetiap hujung reben.
8.Gam ribbon dihujung pensil warna, seperti dalam gambar.
Ads
9.Lilitkan reben yang kita siap potong kecil-kecil tadi dan gamkan 4.5cm untuk lilitan pensil warna. Gamkan disetiap 1 btg pensil dengsn 1 helai ribbon tu.Siapkan sehingga 12 batang pensil.
Maka siaplah pengikat pensil warna kita.
Saya masukkan dalam pensil box ni je..muat semua untuk 12 batang pensil warna.
Kes sumbang mahram bekas anggota Polis dengan adik ipar, hukuman penjara 15 tahun, sebat kekal. Mahkamah Rayuan hari ini mengekalkan keputusan Mahkamah Sesyen dan Mahkamah Tinggi yang menjatuhkan hukuman penjara 15 tahun serta tiga sebatan terhadap seorang bekas anggota polis berusia 32 tahun kerana kesalahan sumbang mahram dengan adik iparnya.
Kes Sumbang Mahram Bekas Anggota Polis Dengan Adik Ipar, Hukuman Penjara 15 Tahun, Sebat Kekal
Panel tiga hakim yang diketuai Datuk Azman Abdullah bersama dua lagi hakim, Datuk Mohamed Zaini Mazlan dan Datuk Noorin Badaruddin, sebulat suara menolak rayuan tertuduh terhadap sabitan dan hukuman yang dijatuhkan sebelum ini.
Menyampaikan keputusan, Azman menegaskan bahawa Mahkamah Sesyen tidak melakukan sebarang kesilapan dari segi undang-undang atau fakta ketika mensabitkan kes berkenaan.
“Perlu diingatkan bahawa SP1 (saksi pendakwaan pertama iaitu mangsa) ialah seorang gadis yang tinggal di rumah perayu dan kakaknya dan perayu adalah abang ipar mangsa,” katanya.
Beliau turut menekankan bahawa hukuman tersebut tidak dianggap keterlaluan kerana perbuatan tertuduh telah merosakkan masa depan mangsa.
“Tambahan pula, ketika kejadian, perayu berkhidmat dalam pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM),” ujarnya.
Tertuduh sebelum ini disabitkan bersalah oleh Mahkamah Sesyen pada 28 Ogos 2023 dan dijatuhi hukuman penjara 15 tahun serta tiga sebatan. Rayuannya kemudian ditolak Mahkamah Tinggi pada 26 November tahun lalu sebelum dia membawa kes itu ke Mahkamah Rayuan.
Kesalahan itu dilakukan di sebuah apartmen di Selangor pada 23 Mac 2020 terhadap mangsa berusia 19 tahun, mengikut Seksyen 376A Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 30 tahun dan sebatan.
Menurut penghakiman Mahkamah Tinggi, mangsa ketika itu seorang pelajar kolej. Susulan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) akibat Covid-19, dia diarahkan keluar dari asrama. Tidak dapat pulang ke kampung, mangsa akhirnya menumpang di kediaman kakaknya yang baru berkahwin dengan tertuduh.
Dalam prosiding hari ini, tertuduh diwakili peguam Shaharuddin Mohamed manakala Timbalan Pendakwa Raya Shamala Jaganathan hadir mewakili pihak pendakwaan.
Orang cakap, mak ayah boleh jaga anak 10 orang tapi anak belum tentu dapat menjaga mak ayah seorang. Pernah terfikir tak, mak-mak zaman dulu mampu menjaga anak yang ramai. Kalau nak marah anak pun ada caranya. Sebab itu semua anak ‘menjadi’.
Berbanding dengan sekarang, ada mak-mak yang mengeluh panjang bila bercerita tentang anak yang tak dengar kata dan melawan. Itu baru seorang, bagaimana kalau anak ramai. Mahunya mak jadi tarzan marah anak masing-masing.
Kalau nak bercerita tentang kenakalan dan kedegilan anak, masing-masing ada peelnya. Cuma mak ayah saja perlu sabar dan kena tahu cara untuk tanganinya.
Bila difikirkan logik, semakin mak-mak menjerit, rasanya makin anak kuat melawan dan keras hati. Nak anak lembut hati dan dengar kata, kita sebagai mak ayah tilik dulu perangai kita. Sebab kitalah, cerminan hidup anak-anak.
Perkongsian daripada Mohammad Yaakub Yusra ini boleh dijadikan panduan buat mak ayah di luar sana dalam mendidik anak-anak zaman sekarang.
Anak-anak ini, biasanya dia selalu ikut perangai mak ayah dia.
Kalau kasar mak ayah, kasarlah anak itu. Sebab itu, depan anak tunjuklah tauladan yang baik.
Jika anak lasak dan buas, macam mana nak tegur? Tak perlulah nak jerit-jerit. Ini caranya.
Mudah-mudahan, cara ini dapat melembutkan hari anak-anak.
MW: Kalau kita tengok, cara mak ayah dulu dan sekarang didk anak cukup berbeza. Memanglah kadang-kadang perangai anak menguji kesabaran mak ayah. Cuma kita kena tahu cara nak tangani dan cara inilah boleh mendidik anak kita juga.
Sering kali kita dengar dan baca kisah pembantu rumah bermasalah. Begitu juga yang dialami oleh selebriti tanahair Emma Maembong.
Menerusi perkongsian di laman Instagramnya semalam, pelakon yang baru menimang cahaya mata sulung ini berhadapan dengan masalah apabila pembantu rumahnya melarikan diri dan meninggalkan bayi kecil di ruang tamu.
Pembantu Rumah Lari Tinggalkan Bayi Kecil, Emma Maembong Beri Peringatan
Pastinya Emma berasa cemas dan kejadian tersebut dikongsi bertujuan untuk memberi peringatan kepada semua untuk lebih berhati-hati.
“Hai, Assalamualaikum, sesiapa nampak dia tolong bagi tahu saya. Tujuan saya naikkan posting ini, bukan untuk mengaibkan atau memburukkan sesiapa.
“Tapi untuk orang diluar sana supaya berhati hati dan jangan terlalu mudah percaya dengan pembantu pembantu rumah walaupun dah lama bekerja dan depan kita pura pura baik dengan kita,” tulis Emma yang juga isteri kepada Muhammad Shazli Azhar, 32.
Alasan Buang Sampah, Lepas 30 Minit Masih Tak Masuk Rumah
Ibu kepada Shariq Gabriel ini turut memberitahu sehingga kini pembantu rumahnya gagal untuk dihubungi.
“Secara tiba tiba, takda angin takda ribut tak cakap apa apa. Terus keluar rumah ambil kunci dan access card dengan membawa dua plastik bag sampah besar, alasan nak buang sampah.
“Terus tinggalkan baby kecil dekat ruang tamu, selepas 30 minit masih tak masuk rumah. Terus matikan hp dan block kami dekat whatsapp, sampai sekarang masih tak boleh contact,” sambungnya.
Kongsi hal jodoh, penyanyi dan pelakon, Farahdhiya mencuri perhatian apabila mengakui dirinya masih selesa dengan cara lama iaitu biarlah lelaki yang memulakan langkah pertama...