Muffin coklat sudah biasa kita buat, apa kata kali ini cuba pula buat muffin pisang. Tak ada mesin pengadun @ mixer bukan masalah. Resipi muffin pisang ini boleh dimasak tanpa menggunakan mixer.
Sukatan bahan untuk resipi ini menggunakan sukatan metrik. Jika 1 sudu kecil, ia bermaksud 1 sudu kecil metrik. 1 cawan pula bersamaan dengan 150ml minyak masak. Guna cawan yang sama untuk menyukat pisang dan tepung gandum juga ya!
Resipi Muffin Pisang Masak Tak Perlu Guna Mixer
BAHAN-BAHAN:
1½ cawan pisang (dilecek)
3 biji telur
½ cawan gula perang
½ cawan gula putih
2 sudu kecil ovalette
1 sudu kecil esen vanilla
2 sudu kecil baking powder
1/2 sudu kecil soda bikarbonat
3/4 cawan minyak masak
2 cawan tepung gandum
Chocolate chips
Elok Cantik Gebu
CARA MEMASAK:
Satukan tepung gandum, baking powder dan soda bikarbonat. Kemudian ayak dan ketepikan.
2. Dalam bekas bersesuaian, kacau gula, telur, esen vanilla dan ovalette hingga sekata.
3. Kemudian masukkan pisang dan minyak masak. Kacau lagi hingga rata.
4. Masukkan bahan-bahan tepung yang telah diayak tadi. Kaup balikkan hingga sebati.
5. Sudukan bancuhan muffin ke dalam cawan kertas atau acuan. Taburkan chocolate chips dengan secukupnya.
Ads
6. Panaskan ketuhar pada suhu 150C-155C dan bakar muffin selama 20-24 minit (masa mungkin berlainan bergantung oven masing-masing)
7. Inilah hasilnya. Nampak menyelerakan.
Ads
NOTA: 1 sk=1 sudu kecil metrik 1 cawan = 250ml minyak masak. Guna cawan yang sama untuk sukat pisang dan tepung gandum.
Jika mak-mak suka buat agar-agar kena tahu sukatan cawan air dan formula yang betul. Barulah ia menjadi ikut citarasa yang diinginkan sama ada keras, sedang elok atau lembik. Lagi-lagi jika guna agar-agar jenis tali dan nak buat adunan yang sedikit, kena tahu caranya.
Boleh rujuk tip sukatan agar-agar yang dikongsikan oleh Puan Nik Aina ni.
“Pernah tak buat agar-agar terkeras, kejong sungguh? Bila masak semula tambah air, terlembik sangat pulak? Pening nak ejas. Agar-agar dalam gambar ni contoh je. Tak mesti kena guna jenama ni. Boleh guna jenama lain jugak. Yang penting berat dan sukatannya”
Ni saya nak share tips sukatan agar-agar.Ni cara saya la. Untuk orang yang baru berjinak-jinak. Yang dah power-power tu mungkin ada formula sendiri.
Agar-agar tali 20 gram = 7 cawan cecair = keras sikit Agar-agar tali 20 gram = 8 cawan cecair = sedang elok Agar-agar tali 20 gram = 9 cawan cecair = lembik sikit
Saiz cawan ni saiz cawan standard. Cawan kopi tu, yang bertangkai tu. Jangan guna mug, tin susu, cawan materik, gelas, kole atau cawan sukat beras. Cawan standard sahaja ye.
Cecair tu pulak adalah sama ada terdiri dari air/santan/susu cair/susu segar.Gula tak masuk dalam kuantiti cecair ye.
Kejadian agar-agar tu ikut suka nak keras ke lembik ke sedang.Yang penting tak lari dari formula ni. 7 cawan (keras sikit), 8 cawan (sedang elok), 9 cawan (lembik sikit).
Pastu kalau rakyat tak ramai macam saya ni, 2 dewasa + 3 kanak-kanak je, yang tak gemar makan berulang, cukup masak agar-agar untuk sukatan 1 acuan puding tu je, yang bunga-bunga tu.. size yang kecil. Ngam untuk sekali makan.
Sukatan agar-agar Untuk 1 acuan puding size kecil tu cuma guna 1/4 dari agar-agar tali tu. Camne nak dapat 1/4 bahagian tu?
Caranya :- Bayangkan 1 pack agar-agar tali 20 gram tu, dibahagi kepada 4 bahagian. Amik 1 bahagian je untuk sekali masak. Pastu campur dengan 2 cawan air/cecair/santan/susu cair.
Tapi Jika suka nak keras sikit kurangkan secawan.Dan kalau suka lembik sikit, lebihkan secawan.
Taufu Fah
Dah alang-alang sebut pasal agar-agar ni, saya nak share sekali sukatan agar-agar untuk buat taufu fah. Nak buat taufu fa guna agar-agar tali lain pulak sukatannya ye.
4 gram agar-agar tali = 1 liter air soya kotak/perah sendiri + 1 cawan air. (boleh refer kat wall saya cara buat air soya sendiri. Kat dalam group ni pun saya ada share. Boleh try search nama saya + susu soya)
Camne nak dapat 4 gram dari 20 gram?
Sama je kaedah tadi tu, bayangkan 1 pack agar-agar tali 20gram tu ada 4 bahagian. Guna 1 bahagian je. Setiap bahagian ada 5 gram. 5 gram x 4 = 20 gram
Tapi 1 bahagian tu tinggalkan sikit. Jangan habis gunakan semua. Nanti tak dapat taufufa selembut taufufa yang jual kat pasar malam tu.
Dan
Biasanya air susu soya dalam kotak besar tu kandungannya adalah sebanyak 2 liter. Jadi gunakan agar-agar tali tu cuma 2 bahagian je la (8 gram). Bersama 2 cawan air.
➡️ 8 gram agar-agar tali + 2 liter air soya + 2 cawan air = taufu fah
Contoh lain ~ 20 gram agar-agar tali + 5 liter air soya + 5 cawan air = taufu fah
Tu je la tips. Sharekan la jika bermanfaat. Saya halalkan
Faham tak apa saya nak sampaikan ni?Kalau tak faham, leh tanya
Info Ekstra!
Bagi agar-agar serbuk 10gram bersamaan 1 liter air.
MW: Jadi buat mak-mak yang suka buat agar-agar boleh ikut formula dan tip yang dikongsikan ini/ Boleh ubah ikut citarasa sendiri, suka keras, lembik atau sedang elok bergantung pada sukatan cawan yang digunakan.
Buah Naga atau lebih dikenali dragon fruit mempunyai banyak khasiat yang tersendiri. Selain dimakan segar begitu sahaja, mak-mak juga boleh pelbagaikan resipi dengan buah ini dengan membuat buah melaka atau onde-onde.
Warna semulajadinya merah jambu cukup menarik mata yang memandang. Malah nak membuatnya pun cukup mudah hanya perlu kisar tak perlu ditapis dan dicampur kedalam tepung sebelum diuli. Mak-mak boleh sediakan untuk hidangan minum petang buat keluarga ikut resipi yang dikongsikan oleh Puan Harliana Aryana ini.
Berikut perkongsian resipi tersebut;
“Buah melaka atau Onde-onde dragon fruit. Dragon fruit tak payah tapis bagai blend terus gaul dan uli kaler asli dan sedappppp..Cuba lah.”
Bahan-Bahan:
1pek tepung pulut
1/2 biji separuh dragon fruit (nak letak lebih pun bole, blander tanpa air)
(Inti)
Gula melaka(tumbuk)
*Kelapa parut kukus+garam sikit
Caranya Membuat:
1.Masukkan tepung dalam besen campurkan dengan buah dragon fruit yang telah dikisar.
2.Gaul dan uli tambah air biasa sedikit demi sedikit sampai adunan licin tak lekat dekat tangan.
3.Ambil adunan sebesar ibu jari masukkan inti gula melaka dan buat bulat-bulat.
4.Masak dalam air yang mendidih, bila bebola timbul angkat letak dalam penapis dan golek atas *kelapa.
Okey siap untuk dimakan..nyummy!
MW: Menarik sungguh onde-onde buah naga ini. Warna merah jambu semula jadi yang sangat memikat. Sesuai sangat untuk buat minum petang buat anak-anak dan keluarga nanti.
Masak lemak cili api antara menu lauk yang disukai ramai terutama bagi mereka yang gemarkan masakan pedas. Bahan-bahan yang diperlukan pun tidak banyak dan sangat ringkas. Antara bahan asas sering yang digunakan ialah pucuk ubi kayu.
Selain pucuk ubi, tambah ‘kick’ kalau dimasukkan sekali dengan jantung pisang. Masak lemak cili api sedap dimakan bersama nasi panas apatahlagi jika digandingkan dengan ikan masin.
Cara hendak buatnya pun mudah sahaja. Berikut dikongsikan cara-cara membuat masak lemak cili api bersama jantung pisang.
Masak Lemak Cili Api Pucuk Ubi Kayu Bersama Jantung Pisang
Bahan-bahan:
Jantung pisang
Pucuk ubi kayu
Cili padi (ditumbuk)
Kunyit hidup (ditumbuk)
Ikan bilis
Asam keping
1 ½ biji kelapa parut (perah dan ambil pati santan sahaja)
Garam
Paling ‘Terangkat’ Bila Makan Dengan Ikan Masin
Cara memasak:
1. Masukkan santan, ikan bilis, cili padi, kunyit hidup ke dalam kuali. Masak sehingga mendidih
2. Masukkan jantung pisang dan biarkan sehingga lembut.
3. Kemudian masukkan pucuk ibu kayu dan kacau selama beberapa minit.
4. Perasakan dengan garam secukupnya. Siap untuk dihidang.
Resipi ini sangat sesuai dimakan bersama ikan goreng atau ikan masin. Untuk pemilihan jantung pisang, supaya lebih sedap, gunakan jantung daripada pisang nipah. Rasanya tidak pahit dan tidak kelat.