Haa… yang mana suka sangat makan pucuk ubi, boleh amalkan petua daripada Puan Saleha Maarof, katanya kalau kena caranya tak ada lah kita kena angin sampai sakit kepala.
Syaratnya betulkan cara masak! Nah, jemput godek kejap.
Cara Masak Pucuk Ubi
Tahu tak, ada orang alah sangat makan pucuk ubi ni. Bila makan je mesti sakit kepala atau mudah kena serang angin, sampai sebu sebu.
Ni petua dari mak Sal sendiri. Mak memang tak boleh makan sebarangan memang mudah kena angin.
Kalau nak makan pucuk ubi ni pun, teringin nak makan pun dah kena angin.
Ads
Petua ni mak dapat dari orang tua tua yang ajar mak, lepas mak dah buat, mak dapat dah me nikmati keenakkan pucuk ubi rebus nak buat ulam tu.
Caranya :
1. Masukkan sedikit je beras masa masa nak rebus pucuk ubi tu.
Ads
2. Rebus la sampai empuk lembut.
Boleh Guna Untuk Ulam Lain
Nak rebus sekali batang boleh, tak nak pun tak apa ikut selera memasing. Sebab batang tu pun sedap bila dah rebus lama lama tau.
Ads
Tips ni pun boleh buat untuk nak masak apa apa makanan yang berangin contohnya nangka masak lemak tu. Pun boleh try petua yang sama.
Jadi mana yang hadapi masalah yang sama sakit angin tu boleh try petua ni, dah tak ada masalah lepas itu kita boleh nak menikmati sayur kampung ni nak buat ulam.
Doakan mak sal, Sarifah Ahmad diberi kesihatan yang baik ye. Mudah mudahan, aamiiin.
Silakan share petua ni tau memang sal izinkan moga moga semua orang dapat manfaatnya.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Memang geram bila beras yang baru dibeli, tapi dah bersarang dengan kutu beras. Jika tak dibuang kutu beras ni, beras boleh rosak dan berhabuk, tak boleh digunakan lagi.
Jangan risau, sebenarnya ada beberapa petua semulajadi yang mak-mak boleh cuba untuk mengatasi masalah kutu beras ini.Menariknya hanya menggunakan bahan-bahan yang ada di dapur je.
Daun limau purut mengeluarkan aroma yang kuat dan sekaligus menyahkan bau hapak pada beras. Walaupun ia wangi untuk kita, kutu beras amat tidak selesa dengannya. Untuk kesan yang lebih efektif, masukkan daun ini di bahagian atas, tengah dan bawah bekas simpanan beras supaya kutu beras dapat diusir dengan cepat!
Satu lagi bahan yang tidak digemari oleh kutu beras adalah asam keping / asam gelugur kering. Caranya mudah, cuma letakkan beberapa asam keping dalam bekas beras yang bertutup dan ia sudah cukup membuat kutu beras berasa tidak selesa.
Daun pandan adalah juga adalah antara herba yang mengeluarkan aroma yang kuat dan tidak digemari oleh kutu beras. Selain itu, ia dapat mewangikan beras.Boleh meletakkan ‘bay leaves’ atau daun salam. Tapi, pastikan daun ini kering sebelum dimasukkan ke dalam bekas.
Antara cara hilangkan kutu beras yang paling selalu dipraktikkan adalah dengan menggunakan cili kering. Caranya, potong cili kering kepada 2 dan letakkan dalam beras.Rasa pedas dan panas ini tentunya membuatkan kutu beras ini rasa tidak selesa. Namun, pastikan gantikan cili kering ini apabila baunya semakin menghilang.
Caranya mudah, masukkan saja beberapa kulit kayu manis ke dalam beras. Aromanya yang kuat tidak akan menjejaskan rasa beras, malah turut mewangikan lagi beras.
Jika dapati terlalu banyak kutu beras dalam beras tersebut, boleh cuba cara ini. Mula-mula, letakkan cili kering dan jemurkan beras di bawah matahari terik.Lebih elok kalau diletakkan semua beras atas dalam dulang yang leper.Kemudian, setelah beberapa minit, gembur-gemburkan beras supaya kutu beras tidak boleh bersembunyi di balik timbunan beras.
Salah satu cara hilangkan kutu beras ini juga adalah dengan menggunakan kain lembap untuk menutupi beras. Kutu-kutu ini akan datang dan menempel pada kain basah tadi kerana kutu sukakan tempat yang sejuk. Apabila hampir penuh, buangkan kutu tersebut dan ulangi lagi hingga tiada lagi ‘kelibat’ kutu beras.
Boleh meletakkan kain lembap ini ketika menjemur beras dengan teknik (6) di atas.
Kadangkala ada yang stres kerana kutu beras masih kembali walaupun telah ‘hilang’ buat seketika. Ini kerana mungkin ada lagi telur kutu yang masih ada di dalam bekas beras tersebut.
Untuk memastikan kesemuanya mati, anda boleh simpankan beras di dalam peti ais bahagian ‘freezer’ selama 3 hari. Kemudian, bolehlah keluarkan dan simpan macam biasa.Dengan cara ini, telur takkan menetas dan kutu beras pun akan mati. Selain itu, kutu beras juga akan senang timbul apabila beras dicuci nanti.
Bukan itu sahaja, paling penting praktikkan cara penyimpanan beras dengan betul untuk mengelakkan kutu beras ini. Kalau tak selalu memasak, beli beras paket kecil saja. Atau, boleh pek semula dalam pek-pek kecil dan simpankan beras dalam ‘freezer’. Bila nak digunakan, barulah keluarkan mengikut kuantiti yang diperlukan.
MW: Semoga perkongsian ini bermanfaat dan menjadi panduan untuk atasi masalah kutu beras di rumah.
Mungkin masih ramai yang guna petua letak botol air sirap semata-mata nak halau kucing berak dan kencing merata di halaman rumah. Hah, berkesan ke tidak tu?
Kalau kucing masih buat hal, cuba anda guna tip Rashid Amiza ini pula, katanya dia dah buat dan berkesan.
Belum cuba belum tahu, jadi sila lah cari dulu.
Post ini tak ada kaitan dengan tanaman, tapi ada kaitan juga sebab kadang-kadang kucing suka berak, kencing kat pokok, tanah kita beli, kat kawasan rumput atau rumah kan.
Jadi Cat Repellent ini penyelesaiannya. Hanya modal RM5.90 kat Daiso dapat 8 bar kecik boleh letak kawasan yang si bulus selalu kencing/berak.
Insyaallah dia taubat tak buat lagi. Bau repellent ini memang kuat, dan amaran jangan pegang dengan jari sebab bau dia lekat (nyesal aku pegang).
Sila pakai alas plastik. Dah tak payah letak botol air sirap lagi sebab kucing pun ‘pergi sekolah’, dah tau kita tipu dia.
Ada yang berkesan, dan ada juga yang sebaliknya. Kalau nak tahu sejauh mana menjadi, anda kenalah cuba sendiri ya.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Seronok bila buka peti sejuk, penuh dengan sayur-sayuran pelbagai jenis. Rasa bahagia, sebab nanti itulah makanan yang akan buat anak-anak sihat.
Sayangnya nak simpan sayur banyak-banyak jadi halangan, sebab tak tahan lama. Suri ini, Maryam Salleh berkongsi tip simpan sayur agar kekal segar dan tahan lama.
Katanya, “Sebelum ni kan bila beli sayur dan terus simpan dalam peti ais tahan dua tiga hari jer, pastu kompom jadi buruk la, berair la dan cepat busuk.”
“Maklum lah takde ilmu pengurusan yang betul. Akhirnya saya jumpa cara yang berkesan dan dah seminggu sayur yang di simpan masih kekal segar cam baru beli di pasar.”
1. Basahkan tisu dan jadikan pelapik di dalam bekas. Sediakan bekas yang berpenutup untuk simpan sayur.
2. Jangan basuh sayur yang nak disimpan. Just potong sahaja dan masukkan ke dalam bekas. Masa nak masak baru basuh.
3. Setiap bekas tu ngam ngam untuk sekali atau dua kali masakan.
4. Kemudian tutup bekas dan simpan di dalam peti ais. Selepas seminggu pun kalian akan dapati sayur tersebut masih kekal segar seperti baru di beli.
Mungkin cara setiap orang tak sama, tapi kalau kalian nak cuba cara saya buat ni silakan, dan tolong SHARE dengan rakan-rakan yang lain ilmu ini. Semoga ramai dapat manfaat.
Bekas plastik saya beli borong 50 pcs/ RM19.50 di NSK.
Sumber/Foto : Maryam Salleh, Bijak bisnes juga Bijak di dapur.
Makluman : Artikel ini diterbitkan dengan keizinan daripada penulis asal.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Dalam diam ada isteri yang buat pertandingan suami siapa yang paling kaya, tak cukup itu ada pula yang jenis tayang semua hal rumah tangga ke media sosial.