Memang geram bila beras yang baru dibeli, tapi dah bersarang dengan kutu beras. Jika tak dibuang kutu beras ni, beras boleh rosak dan berhabuk, tak boleh digunakan lagi.
Jangan risau, sebenarnya ada beberapa petua semulajadi yang mak-mak boleh cuba untuk mengatasi masalah kutu beras ini.Menariknya hanya menggunakan bahan-bahan yang ada di dapur je.
Berikut 8 cara untuk hilangkan kutu beras yang boleh dilakukan di rumah.
1. Daun Limau Purut
Daun limau purut mengeluarkan aroma yang kuat dan sekaligus menyahkan bau hapak pada beras. Walaupun ia wangi untuk kita, kutu beras amat tidak selesa dengannya. Untuk kesan yang lebih efektif, masukkan daun ini di bahagian atas, tengah dan bawah bekas simpanan beras supaya kutu beras dapat diusir dengan cepat!
2. Asam Keping
Satu lagi bahan yang tidak digemari oleh kutu beras adalah asam keping / asam gelugur kering. Caranya mudah, cuma letakkan beberapa asam keping dalam bekas beras yang bertutup dan ia sudah cukup membuat kutu beras berasa tidak selesa.
3. Daun Pandan & Daun Bay
Daun pandan adalah juga adalah antara herba yang mengeluarkan aroma yang kuat dan tidak digemari oleh kutu beras. Selain itu, ia dapat mewangikan beras.Boleh meletakkan ‘bay leaves’ atau daun salam. Tapi, pastikan daun ini kering sebelum dimasukkan ke dalam bekas.
Ads
4. Cili Kering
Antara cara hilangkan kutu beras yang paling selalu dipraktikkan adalah dengan menggunakan cili kering. Caranya, potong cili kering kepada 2 dan letakkan dalam beras.Rasa pedas dan panas ini tentunya membuatkan kutu beras ini rasa tidak selesa. Namun, pastikan gantikan cili kering ini apabila baunya semakin menghilang.
5. Kulit Kayu Manis
Caranya mudah, masukkan saja beberapa kulit kayu manis ke dalam beras. Aromanya yang kuat tidak akan menjejaskan rasa beras, malah turut mewangikan lagi beras.
Ads
6. Jemur Bawah Matahari
Jika dapati terlalu banyak kutu beras dalam beras tersebut, boleh cuba cara ini. Mula-mula, letakkan cili kering dan jemurkan beras di bawah matahari terik.Lebih elok kalau diletakkan semua beras atas dalam dulang yang leper.Kemudian, setelah beberapa minit, gembur-gemburkan beras supaya kutu beras tidak boleh bersembunyi di balik timbunan beras.
7. Guna Kain Lembap
Salah satu cara hilangkan kutu beras ini juga adalah dengan menggunakan kain lembap untuk menutupi beras. Kutu-kutu ini akan datang dan menempel pada kain basah tadi kerana kutu sukakan tempat yang sejuk. Apabila hampir penuh, buangkan kutu tersebut dan ulangi lagi hingga tiada lagi ‘kelibat’ kutu beras.
Ads
Boleh meletakkan kain lembap ini ketika menjemur beras dengan teknik (6) di atas.
8. Masukkan Beras Dalam ‘Freezer’
Kadangkala ada yang stres kerana kutu beras masih kembali walaupun telah ‘hilang’ buat seketika. Ini kerana mungkin ada lagi telur kutu yang masih ada di dalam bekas beras tersebut.
Untuk memastikan kesemuanya mati, anda boleh simpankan beras di dalam peti ais bahagian ‘freezer’ selama 3 hari. Kemudian, bolehlah keluarkan dan simpan macam biasa.Dengan cara ini, telur takkan menetas dan kutu beras pun akan mati. Selain itu, kutu beras juga akan senang timbul apabila beras dicuci nanti.
Simpan beras dengan betul
Bukan itu sahaja, paling penting praktikkan cara penyimpanan beras dengan betul untuk mengelakkan kutu beras ini. Kalau tak selalu memasak, beli beras paket kecil saja. Atau, boleh pek semula dalam pek-pek kecil dan simpankan beras dalam ‘freezer’. Bila nak digunakan, barulah keluarkan mengikut kuantiti yang diperlukan.
MW: Semoga perkongsian ini bermanfaat dan menjadi panduan untuk atasi masalah kutu beras di rumah.
Susahnya bila penglihatan mata mula kabur. Nak buat kerja apa pun mesti nak kena pakai cermin mata. Lagi-lagi kalau yang tak biasa pakai ‘spek’, semuanya main agak-agak saja.
Salah satu punca penglihatan mata kabur boleh jadi faktor usia yang semakin meningkat. Bagi kanak-kanak pula mungkin sebab terlalu lama main gajet. Kita tak tahu dan banyak faktor juga keadaan ini boleh berlaku.
Ada teknik yang boleh membantu untuk kita terangkan penglihatan mata yang kabur ini. Caranya dengan membuat urutan pada bahagian tapak jari kaki. Inilah yang diajarkan oleh Him Rintingmas.
Dalam video yang dikongsikan oleh Him Rintingmas ini, teknik urutan untuk membantu terangkan penglhatan mata adalah dengan fokuskan kepada point di kawasan tapak kaki iaitu di bahagian kedua jari kaki.
Caranya, tekan pada bahagian bawah tapak jari kaki. Tahan sambil gentelkan pada bahagian tersebut. Kemudian, tekan dan urut menairk ke pangkal jari kaki. Tahan selama 10 saat.
Manakala pada bahagian tapak jari kaki tengah pula, ulang seperti tadi dan tahan lebih kurang 5-10 saat.
Paling penting, semasa membuat urutan, jangan lupa membaca selawat.
Lakukan pada kedua-dua belah bahagian kaki.
Selamat mencuba.
Mingguan Wanta : Malas betul kan nak ke kedai cermin mata. Apa kata cuba dulu cara ini. Mana tahu boleh membantu.
Sosej selalunya makanan sejuk beku kegemaran anak-anak yang paling mudah disediakan. Sesekali nak makan boleh sahaja, tapi jangan jadikan makanan harian.
Rupanya nak goreng sosej pun ada caranya, jika tidak ia akan kecut berkedut, merekah dan tak cantik. Rupanya kena goreng sosej dalam minyak yang tak panas, barulah ia jadi cantik, gebu tegang macam kita beli di pasar malam.
Ikut Tip Goreng Sosej yang dikongsikan oleh Fareez Amy Shafieini yang juga merupakan seorang katerer dan peniaga di Pasar Malam sebagai panduan.
Saya katerer dan juga peniaga pasar malam.Untuk pastikan kulit sosej sentiase tegang muda remaja, jangan goreng guna minyak panas.
Caranya:
1. Mula-mula bilas dulu sosej dengan air dan keringkan.
2. Kemudian, buka je api terus masukkan sosej ke dalam minyak.
3. Biar sosej masak bersama minyak yang baru nak panas.
4. Sosej timbul je dah boleh angkat. Pasti masak.
5. Sosej akan sedikit berminyak tapi lepas toss minyak tu hilang la.
Hasilnya sosej gebu gebas, montok dan bergetah dapat anda nikmati dengan berselera.
Info Ekstra!
Namun demikian, menerusi perkongsian Puan Nourhayati Yusrina pula ada cara yang berbeza untuk goreng sosej gebu cantik. Kena rendam dengan air panas terlebih dahulu sebelum goreng dalam minyak yang panas.
Masa kerja kat airport dulu chef kat situ ajar, rendam dulu sosej beku dalam air panas 10-15 minit. Selepas itu toskan. Panaskan minyak, biar betul-betul berasap dan pastikan minyak banyak. Bila minyak dah panas betul masukkan sosej tadi goreng dalam masa 7 saat saja dan terus angkat toskan. Cara begini minyak kurang meresap dalam sosej tu.
Chef cakap sosej tu dah masak dah pun kita cuma nak bagi panaskan balik je, sebab tu kena rendam sekejap air panas nak bagi lembut, jadi bila goreng tu sekejap saja supaya tak overcook.
Mingguan Wanita: Begini rupanya tip nak goreng sosej cantik elok tak kecut mahupun pecah. Boleh ikut mana-mana tip yang dikongsikan ni, sama cantik macam beli dekat pasar malam.
Kerap bersin waktu pagi sampai tak henti-henti, mungkin ia berkait rapat dengan resdung. Malah, anak-anak pun tidak terkecuali mendapat masalah ini. Kadang-kadang, kasihan pun ada bila waktu pagi je mesti bersin tak henti-henti.
Kalau nak buat rawatan pun kena tengok juga. Bimbang ia tidak berapa nak menjadi. Ada pun hanya seketika. Selepas itu, mulalah bunyi orang bersin waktu pagi, gara-gara resdung datang menyerang.
Kali ini, mak-mak atau anak yang mengalami masalah resdung, bolehah cuba petua tradisional ini. Hanya mengunakan bawang putih saja. Mudah-mudahan ia membantu.
Bila orang cerita pasal resdung, mesti selitkan dengan bersin. Sekejap dengar achuw sana dan achuw sini. Saya yang tengok aje ni pun rasa pening. Bergegar otak.
Saya dulu dulu pun kaki bersin. Tapi lepas amalkan petua yang saya nak kongsi ni, hilanglah bersin bersin.
2) Masukkan 2 cawan air dalam periuk. Panaskan sampai nampak wap mula naik. Masukkan bawang putih. . 3) Ambil tuala kecil. Letak atas kepala atau over kepala. Letakkan muka atas air yang dah berwap.
4) Sedut bau yang keluar dari wap tu.
Bawang yang dah diketuk tu akan keluarkan allicin. Bahan lain pun keluar juga. Geng ni lah yang akan hilangkan jangkitan.
Paling best lendir akan keluar. Boleh bernafas dengan lapang.
Pada yang kena sinus bolehlah buat. Nanti rasa lega banyak. Power bawang putih ni.
Bolehlah cuba.
Mingguan Wanita : Selain cuba rawatan lain, boleh cuba rawatan tradisional ini.
Isteri ditinggalkan suami selepas derita kanser payudara, tak mampu bekerja sara dua anak. Berat ujian seorang isteri apabila dia ditinggalkan suami selepas mengambil keputusan...