
Isi Kandungan
ToggleMemang ralit bila makan kuaci rangup, lagi-lagi waktu santai sambil tengok telivisyen. Tapi bila beli boleh tahan juga mahal harganya. Sebenarnya mak-mak boleh buat sendiri, kuaci salut tepung yang rangup ni. Boleh ikut resipi yang dikongsikan oleh Ana Hana Rohana ni.
Berikut perkongsian tersebut;
“Resepi Kuaci bersalut tepung cara saya. Cara-cara dan bahan pada setiap gambar. Silakan.”
Bahan-bahan:
1 kg Kuaci siap buang kulit
2 biji telur gred B
2 senduk tepung bestari (bawang putih)
1 sudu makan gula
3 sudu makan seasoning hot & spicy*
1 sudu makan icing sugar*
*Pilihan
Cara Membuat:
1.Ini senduk yang saya guna. Masuk bahan-bahan dalam besen.
2.Tambah 1 sudu makan gula (saya pakai sudu plastik kedai 2 ringgit).
3. Gaul sebati kesemuanya.
4.Panaskan minyak dan goreng sampai keperangan(api sederhana).
5.Haa da siap goreng.. Hati-hati panas.

5.Bila kuaci dah sejuk, saya tambah 3 sudu makan seasoning hot and spicy dan 1 sudu makan ising sugar.Gaul la sampi kuaci-kuaci semua rata.
Da siap.. Doakan saya murah rezeki. Saya halalkan semua ilmu yang dikongsi.
Info Ekstra!
- Kuaci boleh dibeli dikedai bakeri.
- Sewaktu gaul kuaci tu akan melekat tapi bila kita goreng kacau-kacau sikit dia akan lerai jadi sebiji-sebiji.
Selamat Mencuba!
MW: Semoga perkongsian ini bermanfaat. Mak-mak bolehlah buat kuaci bersalut tepung ni di rumah untuk kudapan seisi keluarga. Lebih jimat bila buat sendiri dan diyakini bersih.
Sumber: Ana Hana Rohana
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Tukang Jahit Kongsi Tutorial DIY ‘Mask’, Anak-Anak Pakai Musim Jerebu

Isi Kandungan
ToggleMusim jerebu ni sangatlah digalakkan memakai topeng muka atau mask untuk mengelakkan debu berbahaya. Bagi anak-anak memang payah nak disuruh pakai mask. Salah satu cara kreatif yang mak-mak boleh dilakukan ialah membuat mask sendiri untuk anak. Dengan corak yang pelbagai membuatkan mereka suka dan nak pakai topeng muka ni.
Mak-mak yang pandai menjahit tu boleh cuba buat mask sendiri, ikut tutorial yang dikongsikan oleh Tukang jahit Roy Z Resources ini.
Berikut perkongsian tersebut;
“Tutorial mask dari Tukang jahit Roy Z Resources yang tak seberapa pandai ni.”
“Roy guna kain dua-dua cotton tak panas anak-anak pakai.Untuk ibu-ibu di luar sana nak buat untuk anak-anak musim jerebu ni.”
“Ada dua bentuk pola. Roy buat mula-mula buat bawah tu lurus je anak yang sulung tak nak dia nak yang bengkok bawah tu macam topeng orang jual tu..Itu yang buat lagi satu pola yang melengkung tu. Alhamdulillah anak suka.. ibu sanggup buat untuk anak asal kan dia pakai. Selamat mencuba…Semoga berjaya!
Bahan-Bahan:
2 keping Kain Lining
2 keping Kain Luar
2 keping Kertas Gam
2 helai getah halus getah halus (8 inci sebelah kanan 8 inci sebelah kiri)
**Potong kain ikut ukuran pola ini.
Cara Membuat:
1.Letakkan kertas gam pada kain bahagian luar.
2.Jahit macam ni pada kain luar dan kain lining, basi 1/4.
3.Jahit tindih bahagian atas macam dalam gambar.
4.Ia jadi begini, kedua-dua dijahit tindih kasih.
5. Tanda 1/2 inci keempat-empat penjuru untuk letak getah.
6. Tanda 1/2 inci keempat-empat penjuru untuk letak getah.
7. Ia jadi seperti ini.
8.Kemudian, letak bahagian luar sama bahagian luar dan letak jarum peniti pada bahagian hidung dan dagu.

9. Jahit keliling dan jangan lupa tinggalkan lubang untuk terbalikkan nanti.
10. Terbalikkan macam ini.
11. Setelah terbalikkan, kemaskan setiap bucu bagi tajam.
12. Jahit pula bahagian tepinya untuk kemaskan.
Siap!
MW: Mak-mak yang pandai menjahit, musim jerebu ni boleh cuba buat mask untuk diri sendiri dan anak-anak. Bukan sahaja untuk digalakkan pakai untuk kesihatan, malah nampak lebih cantik dan unik dengan corak pelbagai. Bukan itu sahaja, boleh juga dijadikan pendapatan sampingan.
Sumber: Tukang jahit Roy Z Resources
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Lelaki Ini Ajar Cara ‘LANGSAI HUTANG’ Cepat, Kena Tahu ‘Good Debt’, ‘Bad Debt’’

Isi Kandungan
ToggleSeronoknya bila ada duit banyak kat tangan, Terus fikir nak beli itu ini. Tapi masalah yang tak seronok bila nak langsai hutang. Maklum saja, dengan keeadaan sekarang ini, kebanyakan harta yang kita ada masih lagi berhutang.
Rasanya setiap orang mesti ada hutang. Kalau tak ada memang dia seorang yang berduit, Terfikir juga kerja apa dan gaji berapa banyak? Rata-rata daripada kita yang mempunyai kemudahan dan keperluan keluarga seperti rumah, kenderaan atau membuat pinjaman semuanya masih lagi berhutang.
Ada ayng menagambil masa berpuluh tahun untuk langsai hutang. Dapat saja gaji, terus bayar hutang. Perkara yang perlu didahulukan.
Bagaimana nak langsai hutang dengan cepat dan hidup tak berserabut dengan hutang. Ada caranya, boleh ikuti perkongsian ini. Moga ia bermanfaat.
Baca Artikel Menarik Lain Di Sini: ‘Tak Bayar Hutang, Belanja Berlebihan..’ Itulah Penyebab Hidup Berhutang Berpanjangan
Jangan Jadikan Hutang Satu Keperluan, Biar Hidup Tak Mewah Asal Zero Hutang, Berpadalah!
Info lebih Menarik DI SINI
Langsai Hutang Dengan Cepat
7 Strategi Bebas Dari Hutang (versi 2022)
Sesuai dibaca bagi mereka yang mahu hutang selesai secepat mungkin. Lepas bad debt selesai, duit lebihan boleh jadi simpanan konsisten setiap bulan. Untuk keperluan anak-anak dan diri sendiri eg haji dan umrah.
Bad debt: Kad kredit, personal loan, loan kereta. Ini sasaran utama untuk kita selesaikan terlebih dahulu.
Semua kita belum tentu dapat jadi kaya raya. Tapi untuk bebas hutang ni, semua orang ada ‘high chance’ mampu buat.
Ini prinsip-prinsip yang dikongsikan oleh pakar kewangan untuk langsaikan hutang dalam masa cepat dari jadual asal.
1. Jangan buat hutang lagi.
Selagi boleh hidup tanpa hutang tu, jangan sekali-kali cuba berhutang. Beli secara tunai. Kalau terpaksa berhutang, bermaksud kita belum mampu.
Jadi, kumpul duit dulu. Bila dah cukup, baru beli. Banyakkan bersabar. Kalau bukan keperluan, tangguhkan dulu.
2. Langsaikan hutang yang kadar faedah (interest rate) paling tinggi dulu.
Contohnya, hutang kad kredit (18% setahun) kena settlekan dulu. Lepastu loan kereta (3% – 5% setahun). Jadi, list down semua hutang-hutang yang ada mengikut interest ratenya.
Interest rate paling tinggi tu kena settlekan dulu.
‘Good debt’ seperti housing loan diletak paling last sekali. Hutang ini nilai asetnya makin tinggi. Ia membuatkan kita bertambah kaya!
3. Buka Dana “Full-settlement Hutang”.
Buka akaun khas di bank untuk simpan duit yang akan digunakan untuk ‘full-settlement’ hutang-hutang yang ada.
Bayar ansuran pinjaman macam biasa, dalam masa sama kumpul duit lain ke dalam dana tersebut. Bila duit tu dah cukup, buat full-settlement terus.
Dengan full-settlement, kita jimat dari bayar interest berbanding dengan tambah nilai ansuran bulan-bulan.
Full-settlement maksudnya kita bayar nilai “pokok” jer, ansuran bulan-bulan maksudnya kita bayar nilai “pokok” + “interest”!
Antara sebab saya suka settlekan semua hutang jauh lebih awal dari tempoh sepatutnya ialah nak kurangkan bayar interest. Tak bazirkan duit bayar interest!
4. Gunakan duit ‘durian runtuh’ seperti bonus tahunan untuk langsaikan hutang dulu.
Dalam tempoh 4 tahun tu, saya gunakan sebahagian besar duit bonus gaji untuk bayar hutang! Memang tak merasa sangat duit bonus masa tu.
Kena korban perasaan la sikit.
5. Simpan duit kenaikan gaji tahunan 100% ke dalam Dana Full-settlement Hutang.
Jangan gatal tangan usik dana tu! Setiap kali kenaikan gaji, saya akan kira berapa kenaikan kos sara hidup untuk setahun akan datang.
Contohnya, gaji naik RM200, kos sara hidup bertambah RM120 sebulan sebab seorang lagi anak masuk sekolah. So saya masukkan lebihan RM80 (RM200 – RM120) sebulan ke dalam Dana Full-settlement Hutang.
6. Bila dah settle satu hutang, simpan duit installment bulan-bulan seterusnya ke dalam Dana Full-settlement Hutang.
Contohnya, bila dah buat full-settlement car loan yang installmentnya RM600 sebulan, simpanlah RM600 tu masuk ke Dana Full-settlement Hutang tadi.
Jangan sekali-kali anggap duit tu sebagai ‘kenaikan gaji’, apatah lagi untuk tukar kereta baru!
7. Bayar hutang secara automatik!
Buat potongan gaji atau standing instruction di bank supaya kita tak lupa bayar. Bila terlupa bayar, itu yang jadi tertunggak tu.

Kawan-kawan,
Saya doakan anda boleh mula salah satu daripada 7 tip diberikan ini. Semoga kalian bebas dari genggaman hidup berhutang, bermanfaat untuk keluarga masing-masing.
Bank tak bagi sesen pun komisyen bagi tips hutang langsai awal. Korang yang buat akan dapat manfaat lebih besar.
Mingguan Wanita : Moga ia membantu kita untuk bebas hutang. Lepas selesai hutang, nanti rezeki tu bolehlah kongsi dengan keluarga.
Sumber: Hafizul Hakim
Mingguan Wanita boleh diikuti juga di telegram :
https://t.me/bangkitwanitaMW
Follow kami di :
Facebook Mingguan Wanita
Instagram Mingguan Wanita
Twitter Mingguan Wanita
#bangkitwanita
#langkahyakinlakarkejayaan
#bisnesdarirumah
#mingguanwanita
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Api Besar Set 7 Minit, Baru Telur Rebus Air Asam Cantik Macam Ni

Isi Kandungan
ToggleSedapnya resipi mudah telur rebus air asam ni. Satu lauk je pun dah cukup makan bertambah-tambah, tak cari lauk lain dah. Tapi nak rebus telur pun ada caranya dan masa yang tepat, barulah telurnya cantik dan bertambah sedap.
Boleh cuba resipi yang dikongsikan oleh Puan Norul Haisyu sebagai panduan;
Rebus telur 7 minit
Buat air asam 10 minit
Makan jangan tanye berapa minit sebab 2kali tambah.
Bahan-Bahan:
Telur Secukupnya
Cara Rebus Telur:
1. Basuh telur bersih-bersih masukkan dalam periuk. Periuk jangan besar sangat biar ngam-ngam dengan telur lagi baik.Kalau periuk besar air akan jadi banyak dan lambat mengelegak, sebab nanti air tu akan mengelegak atau mendidih dengan kuat.
2. Air sama paras dengan telur, letak atas dapur.
3. Buka api paling besar, ingat PALING BESAR.. kalau tak jadi. Set time 7 minit…Jangan lebih jangan tak cukup 7 minit nanti baru cantik cam nih.
Bahan-Bahan (Air Asam)
*Cili api
*bawang besar
*tomato
Hiris ke cincang ke ikut suka.
Asam jawa
Garam secukup rasa
Aji ckup rasa
Air suam
Bancuh sebati.
Cara Membuat:
1. Kupas telur bawah air paip sebab nak bagi telur tu elok licin tak koyak-koyak…toskan dan potong letak dalam mangkuk.
2. Masukkan cili tomato dan bawang. Tuang air asam.Jangan makan terus. Biarkan seketika, 15 minit gitu boleh la makan. Sebab dia dah meresap dan sebati.
Rasanya lemak-lemak telur tu.. Ada masam, masin, pedas dan paling penting rasa nak tambah nasi sepinggan lagi.

Selamat mencuba!
Baca Lagi Di Sini: Rupanya Begini Goreng Telur ‘Gedik’, Rangup Kat Luar Cair Di Tengah
MW: Sedapnyaa telur air asam ni. Rupanya kena rebus telur ikut cara macam ni barulah cantik dan bertambah sedap.
Sumber: Norul Haisyu
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI