Kadang habis cara nak halau kucing daripada berak merata di kawasan rumah, tambah pula kalau kita tak jenis kurang gemar dengan binatang.
Tetapi itu bukan tiket untuk kita berkasar dengan bintang ya, terutamanya kucing. Nah, buat anda yang masih mencari petua untuk halau kucing, cuba guna petua Ustaz Dr Muhammad Lukman Ibrahim ini. Nampak gaya sangat berkesan!
Petua Halau Kucing
Halaman rumah saya memang menjadi tempat parkir kucing. Saya tidak meminati kucing namun tak sampai pula menyakitinya. Kesan cakar dikereta, motor, dan najisnya memang benar-benar menduga kesabaran.
Namun saya ingat ia ujian kesabaran.
Ads
Pesan saya kepada mereka yang meminati kucing, semestinya memelihara dengan haknya. Makanan dan kediamannya, najisnya serta yang bersangkutan dengannya agar tidak menyakiti jiran tetangga.
Jenuh mencari cara bagaimana harus dibuat dengan kucing. Nak dibuat yang bukan-bukan, Islam tidak benarkan.
Ads
Cuma Guna Timun
Alhamdulillah bertemu juga satu cara yang baik dan tidak menyakiti kucing. Iaitu MENTIMUN BATANG. Rupanya kucing takut dan menjauhinya.
Ads
Cuba letak dimana-mana, insyaAllah kucing tidak akan datang dekat.
Haa… yang mana suka sangat makan pucuk ubi, boleh amalkan petua daripada Puan Saleha Maarof, katanya kalau kena caranya tak ada lah kita kena angin sampai sakit kepala.
Syaratnya betulkan cara masak! Nah, jemput godek kejap.
Tahu tak, ada orang alah sangat makan pucuk ubi ni. Bila makan je mesti sakit kepala atau mudah kena serang angin, sampai sebu sebu.
Ni petua dari mak Sal sendiri. Mak memang tak boleh makan sebarangan memang mudah kena angin.
Kalau nak makan pucuk ubi ni pun, teringin nak makan pun dah kena angin.
Petua ni mak dapat dari orang tua tua yang ajar mak, lepas mak dah buat, mak dapat dah me nikmati keenakkan pucuk ubi rebus nak buat ulam tu.
Caranya :
1. Masukkan sedikit je beras masa masa nak rebus pucuk ubi tu.
2. Rebus la sampai empuk lembut.
Nak rebus sekali batang boleh, tak nak pun tak apa ikut selera memasing. Sebab batang tu pun sedap bila dah rebus lama lama tau.
Tips ni pun boleh buat untuk nak masak apa apa makanan yang berangin contohnya nangka masak lemak tu. Pun boleh try petua yang sama.
Jadi mana yang hadapi masalah yang sama sakit angin tu boleh try petua ni, dah tak ada masalah lepas itu kita boleh nak menikmati sayur kampung ni nak buat ulam.
Doakan mak sal, Sarifah Ahmad diberi kesihatan yang baik ye. Mudah mudahan, aamiiin.
Silakan share petua ni tau memang sal izinkan moga moga semua orang dapat manfaatnya.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Memang geram bila beras yang baru dibeli, tapi dah bersarang dengan kutu beras. Jika tak dibuang kutu beras ni, beras boleh rosak dan berhabuk, tak boleh digunakan lagi.
Jangan risau, sebenarnya ada beberapa petua semulajadi yang mak-mak boleh cuba untuk mengatasi masalah kutu beras ini.Menariknya hanya menggunakan bahan-bahan yang ada di dapur je.
Daun limau purut mengeluarkan aroma yang kuat dan sekaligus menyahkan bau hapak pada beras. Walaupun ia wangi untuk kita, kutu beras amat tidak selesa dengannya. Untuk kesan yang lebih efektif, masukkan daun ini di bahagian atas, tengah dan bawah bekas simpanan beras supaya kutu beras dapat diusir dengan cepat!
Satu lagi bahan yang tidak digemari oleh kutu beras adalah asam keping / asam gelugur kering. Caranya mudah, cuma letakkan beberapa asam keping dalam bekas beras yang bertutup dan ia sudah cukup membuat kutu beras berasa tidak selesa.
Daun pandan adalah juga adalah antara herba yang mengeluarkan aroma yang kuat dan tidak digemari oleh kutu beras. Selain itu, ia dapat mewangikan beras.Boleh meletakkan ‘bay leaves’ atau daun salam. Tapi, pastikan daun ini kering sebelum dimasukkan ke dalam bekas.
Antara cara hilangkan kutu beras yang paling selalu dipraktikkan adalah dengan menggunakan cili kering. Caranya, potong cili kering kepada 2 dan letakkan dalam beras.Rasa pedas dan panas ini tentunya membuatkan kutu beras ini rasa tidak selesa. Namun, pastikan gantikan cili kering ini apabila baunya semakin menghilang.
Caranya mudah, masukkan saja beberapa kulit kayu manis ke dalam beras. Aromanya yang kuat tidak akan menjejaskan rasa beras, malah turut mewangikan lagi beras.
Jika dapati terlalu banyak kutu beras dalam beras tersebut, boleh cuba cara ini. Mula-mula, letakkan cili kering dan jemurkan beras di bawah matahari terik.Lebih elok kalau diletakkan semua beras atas dalam dulang yang leper.Kemudian, setelah beberapa minit, gembur-gemburkan beras supaya kutu beras tidak boleh bersembunyi di balik timbunan beras.
Salah satu cara hilangkan kutu beras ini juga adalah dengan menggunakan kain lembap untuk menutupi beras. Kutu-kutu ini akan datang dan menempel pada kain basah tadi kerana kutu sukakan tempat yang sejuk. Apabila hampir penuh, buangkan kutu tersebut dan ulangi lagi hingga tiada lagi ‘kelibat’ kutu beras.
Boleh meletakkan kain lembap ini ketika menjemur beras dengan teknik (6) di atas.
Kadangkala ada yang stres kerana kutu beras masih kembali walaupun telah ‘hilang’ buat seketika. Ini kerana mungkin ada lagi telur kutu yang masih ada di dalam bekas beras tersebut.
Untuk memastikan kesemuanya mati, anda boleh simpankan beras di dalam peti ais bahagian ‘freezer’ selama 3 hari. Kemudian, bolehlah keluarkan dan simpan macam biasa.Dengan cara ini, telur takkan menetas dan kutu beras pun akan mati. Selain itu, kutu beras juga akan senang timbul apabila beras dicuci nanti.
Bukan itu sahaja, paling penting praktikkan cara penyimpanan beras dengan betul untuk mengelakkan kutu beras ini. Kalau tak selalu memasak, beli beras paket kecil saja. Atau, boleh pek semula dalam pek-pek kecil dan simpankan beras dalam ‘freezer’. Bila nak digunakan, barulah keluarkan mengikut kuantiti yang diperlukan.
MW: Semoga perkongsian ini bermanfaat dan menjadi panduan untuk atasi masalah kutu beras di rumah.
Mak-mak yang bekerja, sebaiknya buat cara ini untuk simpan stok lauk basah yang ada di rumah. Beli siap-siap, bersihkan dan potong ikut kegunaan harian yang mak-mak perlukan sekali masak.
Cuma kenalah tahu teknik menyimpan agar lauk basah boleh tahan lama dalam peti sejuk beku. Maryam Sallehberkongsi cara macamana nak bagi lauk basah ini kekal segar untuk 3 minggu lamanya.
Sebelom ni saya pernah share tips simpan lauk basah tetap segar dengan isikan air ke dalam bekas dan labelkan setiap bekas tersebut.
Kali ni saya simpan simpan lauk basah ni tanpa isi air ke dalam bekas, dan takyah label. Sebab bekas tipuware tu dah transparen so saya nampak la apa isi yang ada dalam bekas tu.
Kita ni bukannya ada masa nak pegi supermarket hari-hari nak beli barang basah, Cukuplah pegi sekali dan beli terus stok untuk 2 hingga 3 minggu. Jimat masa, Wang dan tenaga. Lain lah dok Kampung ada van penjaja ikan masuk jual ikan segar hari – hari.
2. Tak perlu masukkan air tapi just letak kan hirisan lemon atas lauk tu.
3. Tutup bekas dan susun leklok dalam freezer.
4. Bila esok nak masak just keluarkan bekas dari freezer dan letak kat peti bahagian bawah kasi dia defrost.
5. Lemon tu pula perah ke atas lauk sebelom kita nak masak tu, memang lauk tu akan rasa manis dan segar. Pehhh…. Korang cubalah kaedah ni.. *kalau tiada lemon, boleh juga gunakan limau nipis atau limau kasturi.
Nota : Cara simpan lauk dengan bekas tertutup macam ni, peti ais pun tak berbau… Nampak kemas dan tersusun.