
Isi Kandungan
ToggleIbu ini berkongsi menu berpantang PKP yang memudahkannya sepanjang berpantang bersalin dan tidak stress. Akuinya, menu yang dikongsikan ini tidak mengikut cara orang tua.
Sebaliknya lauk berpantang yang dimakan ini mengandungi nasi, sayuran, ikan atau ayam mahupun buah-buahan yang selesa untuknya nikmati sepanjang berpantang di rumah.
Kongsi Aida Haruddin lagi, “antara menu berpantang saya. Pantang PKP seronok, tak stress. Semua suami masakkan, semua saya makan.
Alhamdulillah tak ada kembung ke sakit urat ke. Susu pun banyak.”
Aida sudah pun melahirkan secara pembedahan sebanyak dua kali. Kelahiran pertama dulu, Aida berpantang sendirian.
Maklumnya, “saya tak pantang ikut cara orang tua. Ada sayur sejuk, sayur panas, sayur kembung, telur bentan, cili berak la semua.
Semua saya makan. Mana yang baik boleh ambil, kalau rasa tak nak ikut tak perlu ikut ya. Anda berhak memilih. Saya alhamdulillah dua kali berpantang sendiri sihat, tak pernah tahu kembung, bentan tu apa. Anak-anak saya pun okay tak meragam.”
*saya yang makan, orang lain yang kembung
Menu Berpantang PKP Cara Aida
Ada sup ayam lobak dan kurma. Aida tak tumis, letak je semua.
Ikan stim lemon
- Resepi sayur pak choy dan goji berry
- Tumis bawang putih sampai naik bau. Letak telur, air sikit. Masuk sayur. Terpulang nak sayur apa, yang ni guna pak choy. Letak sos tiram sikit. Last sekali sebelum tutup api letak goji berry.
sayur sawi dan ayam bakar kicap

Baca sini
- Dari lauk berpantang, juadah berbuka puasa ganti, suami ini rajin masakkan.
- 13 hari merasa menu berpantang air tangan suami, isteri kongsi cara pujuk suami masuk dapur
Sambal ikan rebus dengan mangga.
Sumber/Foto : Aida Haruddin
Untuk dapatkan info berkaitan kursus keusahawanan anjuran Mingguan Wanita, join telegram BANGKIT Wanita : https://t.me/bangkitwanitaMW
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
PUDING KARAMEL Sedap Cantik Licin, Pukul Adunan Cukup Sekadar Larut Sebati!

Isi Kandungan
ToggleNikmatnya dapat makan puding karamel sejuk yang sedap dan cantik licin kejadiannya. Bukan apa jika salah teknik, puding karamel ni jadi berongga, berbuih dan tak licin.Tip paling penting pukul adunan cukup sekadar ia larut dan sebati.
Ini antara tip dan resipi yang dikongsikan oleh Chef Hafizzam Offshore sebagai panduan.
Nah ni chef kongsikan Resepi Puding Karamel Sedap, Chef belajar dulu. Dulu chef buat kat offshore untuk crew-crew pelantar minyak.
Masa Penyediaan: 10 minit
Masa Memasak:25 minit
Jumlah Hidangan:5 orang
Mesti Baca: Ini Caranya Buat Puding Karamel Mudah Tanpa Telur, Tak Berbau Hanyir Malah Tak Perlu Dikukus!
Bahan-Bahan:
(Bahan-bahan untuk Gula Karamel):
1/4 cawan gula + 1 sudu besar gula
3 sudu besar air
(Bahan-bahan untuk puding):
5 biji telur, saiz B
1 tin susu cair
150ml air
1/4 cawan gula
1 sudu kecil esen vanila
Cara Membuat:
1.Panaskan gula dan air di dalam periuk di atas api perlahan sehingga warna bertukar keperangan, kemudian baru kacau sekata.
2.Tuang dalam loyang berukuran 6 inci dan ketepikan.
3.Dalam mangkuk, satukan semua bahan menggunakan whisk.
4.Pastikan gula cair dan jangan terlebih pukul sehingga adunan sehingga berbuih. Cukup sekadar adunan larut dan sebati.
5.Tapiskan adunan ke dalam loyang gula karamel. Tuang dengan berhati-hati supaya lapisan bawah karamel tidak terjejas.
6.Tutup loyang dengan aluminium foil supaya air tidak bertakung sewaktu dikukus. Kukus selama 30-35 minit minit, atau sehingga puding menjadi pejal.
Tip Ekstra:
(Kaedah ‘water bath’)
Boleh juga sediakan puding karamel menggunakan kaedah ‘water bath’ atau ‘bain marie’ dan bakar di dalam oven pada suhu 170°C, selama anggaran 40-45 minit. Kaedah ini menghasilkan puding yang lebih licin dan tidak berongga.
Caranya ialah dengan meletak air panas ke dalam loyang yang lebih besar, kemudian letakkan loyang puding karamel yang telah di tutup dengan kertas aluminium foil dan bakar sehingga masak. Jangan buka oven di sepanjang proses memasak kerana wap air akak meruap keluar dan mengganggu hasil puding nanti.
Semoga bermanfaat, Selamat mencuba!
Baca Lagi Di Sini: Resipi Puding Triffle CANTIK, Sangat Sedap & Senang Nak Buatnya!
Lagi Menarik: Resepi Puding Buih Berkuah Susu Tinggi Protein, Begini Cara Selamat Membuatnya

Mingguan Wanita: Begini rupanya nak buat Puding Karamel yang sedap dan cantik licin tak berongga.Pastikan jangan terlebih pukul sehingga berbuih, dan kacau sekadar adunan larut dan sebati sahaja. Boleh ikut kaedah dan resipi yang dikongsikan ini. Sedapnya makan sejuk-sejuk.
Sumber: Chef Hafizzam Offshore
Sedapnya, boleh buat resipi udang goreng ketumbar ni. Mudah!
Follow kami di :
Facebook : https://www.facebook.com/mingguanwanita
FB Grup Cerita Mak-mak Hari Ini : https://www.facebook.com/groups/ceritamakmak
Website: https://www.mingguanwanita.my/
Instagram : https://www.instagram.com/mingguanwanita/?hl=en
YouTube: https://www.youtube.com/c/MingguanWanitaOfficial/featured
Twitter: https://twitter.com/mingguanwanita?lang=en
Telegram MW: https://t.me/mingguanwanita
TikTok: https://tiktok.com/@mingguanwanita
Kalau ada yang nak buat laksa sedap, boleh ikut resipi ni.
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Mudahnya Buat Keju Mozarella Homemade, Ada Sebab Kena Pilih Susu Segar Hampir Tamat Tempoh

Isi Kandungan
ToggleKeju mozarella ini kalau beli di pasaraya, harganya mahu cecah belasan malah puluhan ringgit. Jumlah yang mak-mak akan dapat pun tak banyak mana. Rupanya ada cara mudah nak buat keju mozarella homemade ini.
Perkongsian daripada Puan Ida Alina Salleh cara-cara membuat keju mozarella homemade ini patut sangat mak-mak cuba.
Sebabnya ini cara sihat buat keju sendiri di rumah. Dalam masa sama terjamin halalnya. Puan Alina juga banyak berkongsi idea pemakanan sihat untuk anak-anak dalam page Ida’s Back to Basics.
“Saya cuba untuk balik kepada asal. Dan kurangkan pergantungan pada benda berproses dan bahan kimia.” Itulah falsafah yang menjadi pegangan pada setiap perkongsian resepinya.
Biar pun jauh di bumi Namibia, Puan Ida sentiasa bersedia dengan resepi-resepi yang banyak memberi manfaat pada mak-mak. Terbaru cara membuat keju mozarella ini resepinya diperoleh dari Internet.
Kemudian, dia membuat caranya dan rajin melakukan R&D sehingga mendapat hasil yang benar-benar diinginkan. Bukan saja keju mozarellah, keju ricotta juga turut diterangkan cara pembuatannya.
Cuma dalam artikel ini, MW akan membincangkan mengenai keju mozarella homemade yang telahpun dicuba sendiri Puan Alina.
“Hari itu, saya dah share cara buat mozzarella (infonya ada dalam page beliau). Hari ini, saya eksperimen buat keju mozarella menggunakan susu lembu fresh dari ladang.”
“Alhamdulillah, memang bertali-tali dan tak payah panaskan lagi keju untuk ditarik.”
Dalam perkongsiannya itu juga beliau menunjukkan langkah demi langkah dalam bentuk bergambar dan video.
“Sekali lagi diulang, kali ini dengan susu segar bukan dari kotak.”
Akuinya, keju mozarella yang dikongsikan ini boleh bertahan sampai seminggu jika disimpan dalam peti sejuk.
“Lepas ini, saya nak cuba proses mengering dan menuakan cheese pula. Silakan share, semoga ramai yang akan dapat membuat cheese untuk makan sendiri atau untuk dijual yang terjamin halal.”
Baca Sini : Buat Cheese Sendiri Cuma guna Susu Tepung Yang Hasilnya Sangat Memuaskan.
Bahan Kena Ada
4 liter susu segar penuh krim ( * yang hampir tamat tempoh )
1 sudu teh garam
340 ml cuka ( * Tanpa perisa epal/anggur )
* Kenapa Kena Guna Susu Hampir Tamat Tempoh
√ Sebab proses untuk susu mula berketul dan masak dah bermula. Proteinnya akan bergumpal besar-besar bila dimasak.
√ Lihat contoh dalam gambar buat keju mozarella tu. Masa saya panaskan susu, dia dah mula bergumpal.
√ Kalau susu tu segar, protein atau curdsnya halus-halus. Susah sikit nak tapis.
√ Jangan guna susu UHT atau Ultra Pasteurized Milk. Cheese takkan jadi sebab molekul protien dah berubah.
√ Susu yang dipasteurized boleh juga digunakan, cuma ia takkan cantik bertali macam tu dari dalam periuk.
√ Kalau guna susu yang dipastur, nanti mak-mak kena toskan dan panaskan semula dalam microwave sampai dia lembik dan boleh diuli macam doh roti.
* Kenapa Guna Cuka Tanpa Perisa
√ Takut kalau guna cuka yang ada perisa, nanti perisa itu lekat pada cheese itu. Masamnya akan tinggal dalam susu lebihan. Akan beri perbezaan pada rasa.
Cara Buat Keju Mozarella Homemade
Susu unhomogenized akan ada “kepala” krim, macam santan selepas diperah dan disimpan sebentar.
Panaskan susu hingga 88 darjah celsius. Jika tak ada thermometer atau jangka suhu, boleh dimasukkan jari bersih dalam susu itu. Kalau jari kita tak tahan dalam 2 saat maksudnya susu sudah cukup panas.
Klik Sini Untuk Tengok Caranya Masukkan Cuka Dan Adun Bagi Rata
Apabila susu telah panas, baru dimasukkan cuka. Sila kacau susu sewaktu cuka dimasukkan supaya cuka itu rata.
Pada masa ini, keju akan mengental serta-merta. Kacau sikit-sikit saja untuk pastikan protein susu telah bergumpal.
Nampak tak? Lain kejadiannya berbanding dengan bila kita guna susu yang dah homogenized. Bila dah bergumpal macam ini, matikan api.
Keluarkan ketulan sedikit demi sedikit dan mula kan proses menarik Cheese semasa gumpalan masih panas. Kalau sejuk, dia akan mengeras dan tak boleh ditarik tanpa putus.
Gumpalan ini panas ya. Nak pegang pun kena berhati-hati.
Bila keluar dari periuk pun sudah bertali.
Kepal dan gaulkan garam. Perahkan air keluar. Kalau tangan tak tahan panas, pakailah sarung tangan.

Perah airnya.
Beginilah rupanya.
Tarikkan keju itu seperti tali. Lipat dua, tarik dan lipat (jadi 4) teruskan tarik dan lipat hingga tak boleh lagi kerana cheese dah mengeras.
Beginilah rupanya.
Pulas dan simpulkan.
Yang berpintal itu “string cheese” boleh dikopek dan makan.
* Sukatan 4 liter susu ini akan hasilkan kira-kira 350 gm cheese. Memang tak banyak sangat. Tapi sekiranya beli cheese bocconcini atau mozzarella segar imported tu lagi mahal memandangkan harga pasaran 100 gm dalam RM13-15.
Bila Nak Guna Keju Mozarella Ini
Keju mozarella ini enak jika dijadikan topping atau bakar atas piza. Enak juga jika dimakan dengan salad.
Sumber/Foto/Video : Ida Alina Salleh , Ida’s Back to Basic
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Resipi Puding Cendol, Unik & Simple, Makan Sejuk-Sejuk Memang Sedap

Isi Kandungan
TogglePuding cendol antara menu puding yang sering menjadi pilihan apabila setiap kali ada jamuan atau makan-makan selepas mesyuarat. Menjadi pilihan sajian pencuci mulut yang cukup popular, puding cendol enak dinikmati sejuk-sejuk.
Rasanya lemak-lemak manis. Anak-anak mesti suka apatahlagi dapat kunyah-kunyah cendol yang dicampurkan bersama. Tahap kemanisan puding ini mak-mak boleh tentukan sendiri sama ada hendak manis atau kurang manis.
Resipi Puding Cendol, Unik & Simple
Berikut dikongsikan resipi untuk membuat puding cendol. Mak-mak bolehlah cuba buat untuk dihidangkan pada suami dan anak-anak ya!
RESIPI PUDING CENDOL
BAHAN LAPISAN SANTAN
120 gram gula pasir
1 sudu kecil serbuk vanila
1 sudu kecil garam
10 gram serbuk agar-agar
780 ml santan
2 helai daun pandan
350 gram cendol
BAHAN LAPISAN GULA MERAH
300 gram gula merah
25 gram gula pasir
1/4 sudu kecil garam
10 gram serbuk agar-agar
780 ml air
2 helai daun pandan
Makan Sejuk-Sejuk Memang Sedap
CARA MEMBUAT:
1. Dalam periuk masukkan gula pasir, serbuk vanila, gram, agar-agar serbuk, santan pekat. Gaul sebatikan tanpa buka api. Masukkan daun pandan. Barulah buka api. Kacau sentiasa.
2. Apabila santan telah mendidih dan agak pekat teksturnya, keluarkan daun pandan. Matikan api.
3. Biarkan adunan santan suam-suam, barulah masukkan cendol. Kacau seketika. Ketepikan.
4. Sediakan loyang. Basahkan loyang dengan air. Masukkan cendol tadi ke dalam loyang. Gunakan sudu, buang buih-buih yang ada di permukaan.
5. Sejukkan dahulu adunan ini di dalam chiller selama 15 minit.
6. Sementara itu buat lapisan gula merah. Dalam periuk, masukkan gula merah, gula pasir, garam, agar-agar serbuk, air dan daun pandan. Hidupkan api. Kacau sehingga gula larut dalam air.
7. Masak sehingga bancuhan menjadi sedikit pekat dan gelap warnanya. Tutup api apabila air telah mendidih.
8. Tapis air gula merah tadi. Ketepikan.

9. Keluarkan adunan cendol daripada chiller. Cucuk-cucuk sedikit permukaannya dengan garpu. Perlahan-lahan, tuangkan air gula merah di atas permukaan adunan cendol. Biarkan seketika pada suhu bilik supaya sejuk sedikit air gula merah tadi.
10. Setelah sejuk, barulah masukkan ke dalam peti sejuk selama 1 hingga 2 jam.
11. Keluarkan puding dari peti sejuk. Sediakan pinggan leper. Letakkan loyang berisi puding dan terlungkupkan supaya adunan keluar daripada loyang. Siap.
12. Bolehlah potong untuk dihidangkan.
Sumber: Nurul Jannah melalui Rasa Share Resipi
Baca artikel lain di sini: Resipi CENDOL Betul-Betul Sedap, Guna Tepung Jagung Lebih Kenyal Tak Mudah Hancur
Buat Cendol Guna Acuan Maruku, Hasilnya Tetap ‘Molek’
Cendol Versi Tiada Mesin Parut Ais, Bekukan Dulu Santan & Susu!
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI