Musim panas ini sedapnya dapat makan cendol sejuk.
Tetapi disebabkan wabak Covid19 ini masih lagi berleluasa, pasti kita rasa malas hendak keluar membelinya, kan?
Apa kata kita buat sahaja cendol sendiri di rumah.
Perkongsian resipi daripada pemilik akaun Facebook Rena Masni Hamdan di grup Masak Apa Hari Ni.. (MAHN) ini boleh kita jadikan panduan.
Cendol Versi Tak Ada Mesin Parut Air Batu
Bahan-bahan
Guna cedok Tesco
1 paket kecil Santan Kelapa Sawit
¼ tin susu cair Saji
1 paket cendol segera
1 sudu kecil garam halus
2 sudu jagung cream dalam tin Cap Ayam
Air gula merah(ini sahaja dimasak)
Tiada masak nak masak hari-hari? Ada suri yang bekerja dari jam 8 pagi sampai 6 petang. Di rumah ada anak-anak, suami malah mak ayah yang berusia perlu dimasakkan setiap hari. Terkejar-kejar masa nak sediakan juadah makan malam.
Belum campur emosi penat dan masa yang terhad nak beli bahan basah. Ini perkongsian daripada Cik Puan S Kamalinda Lynn, cara nak menjimatkan masa memasak. Dengan cara menyiapkan terlebih dahulu lauk-pauk dan difrozenkan.
Ini cara saya masak untuk ibu ~ Frozenkan!
Oleh kerana saya selalu tak dapat sediakan juadah tengah hari (samada masak atau beli) kerana kerja, saya terpaksa guna inisiatif begini. Cari 1 masa yang sesuai dan masak untuk bekalan 1 minggu terus. Nah, kasi penuh icebox! Ibu pilih je nak makan lauk apa.
Mulanya ibu memang kurang setuju dengan cara ni tapi bila saya buat juga dan ajar dia cara penyediaannya, sekarang dia pula senaraikan lauk untuk saya siapkan (I ok jer)
Bukan ibu tak mampu masak sendiri lagi, tapi kesian tengok dia habiskan masa kat dapur dari muda sampai tua ni.. haih!
Kelebihannya
* Sekarang banyak masa sikit untuk rehat sebab tak perlu ‘bersilat’ kat dapur hari-hari. Tinggal tumis sayur atau celur ulam jer.
* Dalam masa 3 setengah jam untuk siapkan semua ni. Jimat masa sesangatlah kalau nak dibandingkan setiap hari masuk dapur.
* Cara ni juga bagus dan mudahkan untuk budget beli barangan basah. Beli barang ikut senarai sebab dah tau nak masak apa.
~ayam black pepper~kari tongkol~lemak cili api ayam~lemak cili api telur~pindang selar~asam pedas jenahak~paprik ayam~sambal sotong~ sambal telur rebus~masak kicap ayam~tomyam seafood sayur~taucu lemak jenahak~
Panduan Penyediaan & Memanaskan Lauk-pauk Frozen
Saya hanya sediakan seperti masak biasa sahaja. Tetapi saya cuma masak serentak sekali pelbagai jenis
1. Rancang menu untuk dimasak
2. Beli bahan masakan mengikut kesesuaian menu
3. Oleh kerana masakan Melayu menggunakan bahan asas yang lebih kurang sama maka, lebih memudahkan proses masakan tersebut. Contoh bahan asas tumis ialah bawang merah, bawang putih, halia, serai, kunyit hidup. Maka, penyediaan ini boleh dilakukan serentak.
4. Masak juadah seperti biasa namun penggunaan sayur adalah terbatas. Saya hanya guna sayur lobak merah dan bunga kobis sahaja itupun masukkan di waktu hampir siap supaya nanti bila proses reheat tak lembik sangat.
Lauk pauk boleh masak macam biasa, kecuali sayur half cooked.
5. Simpan dalam bekas yang sesuai, lebih baik letakkan label supaya tahu jenis masakan apa untuk setiap bekas. Dah beku nanti memang tak boleh cam. Letak tarikh juga.
6. Cara panaskan saya memang suruh ibu panaskan atas api atau kukus sahaja. Keluarkan dari bekas plastik dan panaskan dalam kuali atau bekas pengukus.
7. 1 bekas, 1 lauk memang makan untuk sekali makan sahaja. Jadi portionnya memang kecil. Untuk lauk tengah hari, 2 orang makan sahaja.
Nota
Simpan Di peti beku (freezer). Maksimum boleh tahan sampai 3 bulan, Tapi biasanya saya 1-2 minggu dah habis.
Baca Sini : 7 Jenis Idea Pes Homemade Jimatkan Masa Suri
Sebenarnya banyak cara yang boleh mudahkan kerja dapur dan ini satu teknik untuk selamatkan mood menghasilkan sajian bagi orang yang jenis suka masak apabila bahan yang perlu diguna tak lengkap.
Kalau suka Aiskrim Malaysia yang masam-masam manis rasa limau nipis dan berlemak susu vanilla boleh cuba buat perisa Solero Shots ni.Nak buat untuk makan sendiri dengan anak-anak boleh, atau nak buat jual pun boleh sangat. Sebab harga aiskrim Malaysia sekarang ni boleh tahan juga harganya.
Boleh cuba buat sendiri aiskrim Solero Shots ikut resipi yang dikongsikan oleh Puan Sharla Rose ni.
Bahan-Bahan (Air Limau):
1.5 Liter Air
Gula (Sesedap rasa)
Serbuk limau nipis / pati limau nipis (sesedap rasa..masam sikit lebih sedap)
Pewarna hijau (gelap sikit lebih cantik)
2 sudu tepung jagung
Cara Membuat:
1.Kacau semua bahan-bahan sehingga larut.
2.Masak sehingga mendidih dan sejukkan.
Bahan-Bahan (Susu Perisa Vanilla)
1 tin susu cair
1 tin susu pekat
1 sudu besar ovalette
1 sudu besar esen vanilla
gula (sesedap rasa. Tak perlu banyak sebab susu pekat dah manis)
2 cawan kecil air
2 sudu besar tepung jagung
Cara Membuat:
1.Kacau semua bahan-bahan sehingga larut.
2.Masak sehingga sedikit mendidih dan sejukkan.
RM175 sebulan belanja barang basah, isteri kongsi tip jimat makan sekeluarga. Di kala ramai yang mengeluh harga barang dapur naik melambung, seorang isteri, Nabila ...