Jika selalu mak-mak buat bergedil biasa, cuba balutkan dengan kulit popia dan celup dalam bancuhan telur. Rasanya memang lebih sedap dan rangup. Sesuai sangat buat untuk minum petang atau menu sarapan pagi untuk anak-anak. Makan satu pun dah kenyang.

Baca Lagi Di Sini:
Campur Ais & Air Sejuk, Rahsia Tepung Goreng Rangup, Tahan Lama!
Penjual Kongsi Tip Popia Sira Sambal Kekal Rangup Cantik Berkilat!

Boleh cuba resipi Popia Bergedil yang dikongsikan oleh Puan Anie Nor ini.

Bahan-Bahan:

Ubi kentang digoreng dan dilenyek sampai lembut
Daun Sup/bawang dihiris halus
Isi ayam digoreng+garam sikit dan digunting halus (Nak ganti udang pun boleh)
Bawang goreng
Bawang putih digoreng dan ditumbuk
Lada cili / merah ikut citarasa

Popia Bergedil RANGUP, Celup Dalam Telur & Digoreng Rasanya Lebih SEDAP!

IKLAN

Cara Membuat:

1. Masukkan bahan-bahan semua tadi + lada sulah sikit dan gaulkan sampai sebati sehingga sekata.

Popia Bergedil RANGUP, Celup Dalam Telur & Digoreng Rasanya Lebih SEDAP!2. Amik kulit popiah kecil lipat sikit bahagian atas dan letak inti dan gulungla bergedil bersama kulit popia tadi. (Kalau tak lekat letak air di mane bahagian yang tak lekat tu).

Popia Bergedil RANGUP, Celup Dalam Telur & Digoreng Rasanya Lebih SEDAP!

IKLAN

3. Panaskan api seperti biasa sebelum digoreng.

4. Pukul 3 biji telur dalam mangkuk lain, ambil bergedil popia tadi, celupkan bergedil tadi dan terus masuk kuali untuk digoreng.

Popia Bergedil RANGUP, Celup Dalam Telur & Digoreng Rasanya Lebih SEDAP!

IKLAN

5. Nampak kekuningan terus angkat dan bolehlah hidang dan taburlah sikit daun sup.Popia Bergedil RANGUP, Celup Dalam Telur & Digoreng Rasanya Lebih SEDAP!

Selamat Mencuba semua

MW: Mudah je nak buat popia bergedil ni. Seperti buat bergedil biasa cuma balutkan dengan kulit popia dan salutkan dengan telur. Rasanya pasti lebih sedap dan rangup.

Sumber: Anie Nor

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI