Resepi Puding Buih Berkuah Susu Tinggi Protein, Begini Cara Selamat Membuatnya
Antara hasil Puding Buih / Kredit foto : Astro Awani , Malaysia Gazette, MyResepi

Menurut Dietitian Kementerian Kesihatan Malaysia, menu puding buih berkuah susu ini boleh dijadikan pencuci mulut yang berkhasiat dan tinggi protein. Ini kerana, bahan utama puding buih adalah telur.

Sebiji telur mengandungi 7 gram protein bagi setiap sebiji telur.”

Perlu diketahui, “telur yang tidak dimasak atau tidak dimasak dengan sempurna mengandungi Salmonella dan ini tidak digalakkan dan tidak boleh terutama bagi golongan yang berisiko tinggi seperti kanak-kanak, wanita mengandung dan orang tua.”

Bagi mengelak keracunan, langkah seperti membasuh telur dengan sempurna dan masak hidangan hingga sempurna boleh diambil.”

Cara Sihat Makan Puding Buih Kuah Custard

√    Bagi pesakit kencing manis, anda boleh memanipulasi menu dengan tidak menambah gula di dalam puding buih dan gantikan Kuah Custard dengan ‘Susu Formula khas’*.

√    Bagi anda yang ingin turunkan berat badan, kalori puding boleh dikurangkan dengan mengurangkan jumlah gula di dalam Puding Buih dan gantikan Kuah Custard dengan Susu Rendah Lemak/Susu Skim.

IKLAN

√    Sekiranya anda seorang atlet dan baru sahaja siap ‘workout’ sebelum waktu berbuka puasa (artikel ditulis dalam bulam Ramadan), anda boleh cuba ambil Puding Buih ini dengan ‘Susu High Protein’ yang ada di pasaran untuk tujuan ‘muscle recovery’.

Selamat Mencuba!

Resepi Puding Buih Berkuah Susu Tinggi Protein, Begini Cara Selamat Membuatnya
Kredit foto : Dietitian Kementerian Kesihatan Malaysia

RESEPI PUDING BUIH BERKUAH CUSTARD

Puding Buih

1 bungkus agar-agar tali (30gm)
6 gelas air (Kisar dengan daun pandan untuk dapatkan warna hijau)
5 biji putih telur
2 biji merah telur
1 sudu vanilla
Sedikit pewarna ~ optional
¼ cawan gula ~ optional

IKLAN

Caranya:

1) Masukkan air ke dalam periuk bersama agar-agar dan masak sehingga mendidih dan sejukkan.
2) Dalam bekas lain, masukkan putih telur dan putar dalam kelajuan paling maksimum sehingga menjadi kembang dan meringue.
3) Kemudian masukkan kuning telur satu per satu sambil pukul sehingga gebu. Masukkan gula, vanilla dan pukul lagi
4) Akhir sekali, masukkan agar-agar tadi yang sudah sedikit sejuk ke dalam mixer perlahan-lahan. Penting bagi bancuhan agar-agar sejuk dahulu supaya apabila dicampur dengan meringue nanti, adunan tidak terasing dan sebati dengan baik.
5) Pukul lagi sehingga adunan sebati (perhatikan bahagian bawah supaya adunan tidak ada separate antara buih dan agar dan tuang agar dalam bekas
6) Sejukkan puding, kukus seketika untuk memastikan adunan dimasak sempurna bersama meringue dan kemudian sejukkan semula di dalam chiller.

Resepi Kuah Custard

2 cawan susu rendah lemak/susu skim/susu sejat
2 cawan air
1 sudu besar custard
3 biji merah telur
1/2 cawan gula
1 sudu teh vanilla

Caranya:

1) Larutkan tepung custard di dalam air terlebih dahulu.
2) Masukkan kesemua bahan di dalam periuk
3) Kacau sehingga mendidih dan naik bau.

IKLAN

– Sejukkan Puding Buih dan Kuah Custard di dalam peti ais dan sedia untuk dimakan!

*formula khas untuk kondisi hiperglisemia (gula tinggi dalam darah)

p/s: Please share and dont forget to tag FB Page Dietitian Kementerian Kesihatan Malaysia

MW : Bila mana ada kes keracunan makanan di Terengganu yang jumlahnya sudah mencecah 100 orang, yang dikatakan berpunca daripada memakan puding buih yang dibeli secara online. Lebih baiklah sekiranya, mak-mak yang teringin nak mencuba tu buat sendiri puding buih ini dengan cara selamat yang Dietitian KKM kongsikan ini.

Sumber/Foto : Dietitiian Kementerian Kesihatan Malaysia

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI