Bosan Makan Nasi, Kita Layan Mi Pulak...Kenyang Boleh Makan Berulang!

Bosan juga kalau hari-hari makan nasi je. Ha..mi pun cukup mengenyangkan selain nasi. Macam-macam resipi berasaskan mi. Bila dah bosan makan nasi, bolehlah cuba masak mi pula. Pilih saja nak masak apa. Dah tak perlu lagi masak nasi. Boleh kenyang dan boleh makan berulang-ulang. https://www.facebook.com/mingguanwanita/

Resipi yang dikongsikan ini untuk dimasak dalam kuantiti yang banyak ye. Boleh simpan untuk buat acara makan-makan lepas PKP habis nanti…

Bosan Makan Nasi, Kita Layan Mi Pulak…Kenyang Boleh Makan Berulang!

MI BAKSO

Bahan-Bahan:

5kg mi kuning | celur
300gm bawang merah | kisar
500gm bawang putih | kisar
50gm halia kisar
10 helai daun limau purut | kisar
5 batang serai | kisar
5 liter air
100gm rempah sup
5 biji cili merah | hiris
50gm lada putih
20gm serbuk lada hitam
500gm bebola daging
100gm daun bawang | potong halus
50gm taugeh
Minyak masak secukupnya

IKLAN

Cara Memasak:

  1. Panaskan minyak dan tumis barang yang dikisar sehingga pecah minyak
  2. Masukkan rempah sup, lada hitam dan lada putih dan tambah air. Tunggu sehingga mendidih.
  3. Masukkan bebola daging, biarkan sehingga mendidih.
  4. Tambahkan garam secukup rasa.
  5. Masukkan mi yang telah dicelur ke dalam bekas dan tuang kuah di atasnya. Hias dengan hirisan cili merah dan taugeh.

Bosan Makan Nasi, Kita Layan Mi Pulak…Kenyang Boleh Makan Berulang!
MI LADNA

Bahan-Bahan:

5kg mi kuning | celur
100gm halia kisar
30gm bawang putih kisar
400gm isi ayam
1kg sotong
500gm udang
1kg sawi
10 biji cili padi | belah dua
500gm lobak | hiris
2kg bunga kubis | potong
2 tin cendawan butang | hiris
5liter air
50ml sos tiram
5ml minyak bijan
Sedikit tepung jagung
Minyak masak secukupnya

IKLAN

Cara Memasak:

    1. Tumis halia, bawang putih yang dihiris halus.
    2. Masuk kan isi ayam, udang dan sotong. Biarkan sehingga masak.
    3. Tambahkan sos tiram, gaul sehingga sebati dan masukkan air.
    4. Pekat kan sos ladna dengan tepung jagung.
    5. Biar sehingga mendidih, kemudian masukkan semua sayuran.
    6. Tambah sedikit minyak bijan untuk memberi aroma.
    7. Masukkan garam secukup rasa.
    8. Angkat, tuangkan ke atas mi dan sedia dihidangkan.

Bosan Makan Nasi, Kita Layan Mi Pulak…Kenyang Boleh Makan Berulang!
MI HAILAM

Bahan-Bahan:

5kg mi kuning | celur
150gm bawang putih | kisar
300gm bawang merah | kisar
500gm isi ayam
300gm udang
50ml kicap pekat
20gm lada hitam
300ml sos tomato
350ml sos tiram
5 liter air
20gm cili merah | hiris nipis
400gm bawang goreng
6 biji telur
100gm bunga kubis | potong
300gm sawi | potong
Sedikit tepung jagung
Minyak masak secukupnya
Garam dan gula secukupnya

IKLAN

Cara Memasak:

1. Panaskan air dan celur mi kuning. Angkat dan tos. Ketepikan.
2. Panaskan minyak dan tumis bawang putih dan bawang merah kisar sehingga naik bau. Masukkan ayam dan udang. Kacau sehingga separuh masak.
3. Masukkan air secukupnya, kicap, sos tomato, sos tiram, lada hitam, bunga kubis dan masak sehingga kuah mendidih.
4. Tambah bancuhan tepung jagung dan didihkan sehingga kuah pekat. Masukkan sawi dan pecahkan telur. Tambah garam dan gula secukup rasa.
5. Tuang kuah di atas mi dan hiaskan dengan cili merah, sawi, bawang goreng.

https://www.mingguanwanita.my/resipi-rendang-betik-atau-rendang-kepaya-nismilan-mudah-bona-dijamin-sodap/

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI