
Isi Kandungan
ToggleHidangan Puding Karamel merupakan antara pencuci mulut yang menjadi kegemaran ramai. Gandingan ideal pudingnya yang berlemak, teksturnya yang lembut, rasa pahit manis gula karamel yang lazat, malah cukup enak dinikmati ketika sejuk. Bahan-bahannya pun tak lah banyak mana dan cara-caranya membuatnya pun cukup mudah.Bila buat sendiri, lebih puas hati.
Ikut resipi ini.
Bahan-Bahan:
5 biji telur size B (jika size A, 4 biji)
1 tin susu cair (400ml)
150ml air biasa
4 sudu besar gula
1 sudu kecil esen vanilla
(Karamel)
5 sudu besargula
2 sudu besar air
Cara Membuat:
1.Masukkan gula dan air ke dalam kuali. Hanguskan hingga keperangan kemudian tuang terus ke dalam loyang. Sejukkan.
2.Satukan semua bahan-bahan puding didalam mangkuk.
3.Kacau perlahan jangan sampai berbuih. Cukup sekadar pecah kuning telur dan sebati.
4.Kemudian tapiskan adunan tersebut dan tuang ke dalam loyang karamel.
5.Kukus selama 45min atau sehingga masak.

6.Sejukkan kemudian terbalikkan. Potong dan hidangkan.
Info Ekstra!
1.Puding ini juga boleh dikukus di dalam oven dgn cara waterbath@bain marie. Caranya,letak air di dalam loyang dan tutup loyang puding dengan aluminium foil dan masak selama 45-50min dgn suhu 180.
2.Boleh juga dihiaskan dengan buah-buahan seperti hirisan kiwi, anggur,pic atau strawberi sebagai hiasan.
Sumber : hanamemories.blogspot.com
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Rohana Jalil Meninggal Dunia, Azizul Khamis Kongsi Arwah Suka Sedekah & Baca Quran Setiap Hari

Isi Kandungan
ToggleRohana Jalil meninggal dunia, Azizul Khamis kongsi arwah suka sedekah & baca Quran setiap hari. Innalilahiwailaihirojiun. Kepadanya kita datang dan kepada-Nya kita kembali.
Hampir dua bulan dimasukkan ke hospital akibat kebocoran usus, penyanyi popular era 1980-an, Rohana Jalil, 68, yang dimasukkan ke Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM) Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) menghembuskan nafas terakhir pada jam 11.33 malam tadi.
Rohana Jalil Meninggal Dunia
Khabar duka itu disahkan pengurusnya yang dikenali sebagai Jepun.
“Arwah sudah tidak sedarkan diri sejak tengah hari tadi. Selepas melihat keadaan arwah semakin kritikal, doktor meminta semua ahli keluarga berkumpul di hospital sejak jam 5 petang.
“Arwah pergi dengan tenang dan urusannya dipermudahkan,” katanya kepada BH Online.
Memetik laporan Berita Harian, menurut Jepun, jenazah arwah Rohana atau nama sebenarnya, Dara Abdul Jalil akan dibawa ke Masjid Al-Falah, USJ9, Subang Jaya untuk urusan solat jenazah.
“Bagi mereka yang ingin melihat arwah buat kali terakhir bolehlah berbuat datang ke Masjid Al-Falah, USJ9.
“Jenazah akan disemadikan di Tanah Perkuburan Islam USJ21, Subang Jaya sebelum waktu Zuhur,” ujarnya.
Terdahulu, keadaan arwah semakin lemah, Jepun memaklumkan arwah diletakkan di wad pemantauan bagi membolehkan hospital memberikan lebih perhatian kepadanya.
Kebocoran usus dialami menyebabkan kuman sudah merebak ke beberapa organ utama seperti paru-paru dan buah pinggang.
“Doktor kata ada potensi untuk jantungnya berhenti pada bila-bila masa berikutan kuman sudah merebak, ia juga disebabkan faktor usia,” katanya.
Allahyarham Rohana berasal dari Kota Tinggi, Johor mula menceburkan diri dalam bidang seni selepas memenangi pertandingan Bintang RTM pada 1980.
Sepanjang empat dekad berkecimpung dalam bidang muzik, arwah sudah merakamkan lebih 20 album termasuk album kompilasi dan projek khas.
Antara lagu popularnya Rayuan Ku, Resah Ku, Kerana Dia Kita Terpisah, Faez dan Jauh Terkenang.
Allahyarham Rohana meninggalkan suami, Jahangir Khan dan tiga cahaya mata perempuan.
BACA ARTIKEL MENARIK DI SINI :- Rohana Jalil Kritikal Di ICU, Anak Mohon Doa Kesembuhan Buat Ibu Di Penghujung Ramadan
Ayah Kilafairy Sebak Bila Anaknya Tekad Berhijab
Kilafairy Akui Bukan Mudah Kekal Istiqamah “Setiap Hari, Umpama Bergelut Dalam Diri”
Anak bongsunya, Syakila Nisha atau lebih dikenali dengan Kilafairy turut mengikut jejak langkahnya menjadi penyanyi.
Azizul Khamis Kongsi Arwah Suka Sedekah & Baca Quran Setiap Hari
Dalam pada itu, antara rakan artis yang cukup rapat dengan arwah ialah penyanyi Azizul Khamis selain Salwa Abdul Rahman.
Azizul akui masih terkenang-kenang sifat pemurah arwah yang tidak pernah berkira, malah, tidak keberatan menghulurkan wang ketika dirinya memerlukan bantuan, suatu ketika dahulu.
“Orang mungkin tidak tahu, arwah sebenarnya baik hati. Kalau perlukan duit, arwah beri pinjam dan beliau banyak menderma. “Walaupun mungkin arwah suka cakap terus-terang apa yang dirasa, namun, hatinya baik,” katanya lagi.
Azizul berkata, ketika melawat arwah bersama temannya yang juga penyanyi popular era 1980-an, Datin Salwa Abdul Rahman di hospital, baru-baru ini, Allahyarham Rohana meluahkan rasa sayang kepada mereka.

“Arwah beritahu beliau sayangkan saya dan Salwa. Arwah juga bertanya, apakah dirinya boleh sembuh. Kami yakinkan arwah dirinya kuat dan sihat… Kami beri semangat kepada arwah,” katanya yang selalu diminta arwah mengurut kakinya secara berlapik setiap kali berkunjung ke hospital.
Azizul juga berkongsi rutin harian Allahyarham Rohana yang gemar membaca al-Quran setiap hari.
“Saya tahu malam-malam arwah suka baca al-Quran. Kadang-kadang, apabila saya hantar WhatsApp, arwah jawab, kakak sedang baca al-Quran,” katanya.
Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE Mingguan Wanita untuk dapatkan info dan artikel-artikel terkini serta menarik.
Sisi lain Tok Ram mengikut isterinya, Datin Alyah. Siapa yang macam Tok Ram? Kalau sekali dah suka kat tempat tu, tempat tu je lah kita pergi setiap kali
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Farawahida Bernikah Kali Kedua, “Doakan Semoga Kebahagiaan Ini Sampai Hingga Ke Jannah”

Isi Kandungan
ToggleBeberapa hari lalu penyanyi Farawahida telah berkongsi foto majlis pertunangannya menerusi akaun laman sosialnya yang ternyata mengejutkan ramai peminat.
Memilih tarikh yang sama dengan hari kelahirannya, pelakon yang berasal dari Taiping, Perak ini kemudian mengumumkan dia telah selamat bergelar isteri buat kali kedua.
Untuk rekod, Farawahida sebelum ini pernah berkahwin dengan Abdul Shukor Mohd Zain pada 16 Disember 2013.
Bagaimanapun status rumah tangga mereka mula menjadi bualan pada 2017 apabila Fara tidak lagi berkongsi gambar suaminya di media sosial.
Farawahida Rasa Syukur Selamat Bernikah Dengan Zulkifli
Pada tanggal 19 Mac Farawahida telah berkongsi berita gembira menerusi Instagram miliknya, malah wanita ini juga turut meluahkan rasa syukur apabila selamat melangsungkan pernikahan dengan lelaki pilihannya yang dikenali sebagai Zulkifli.
“Alhamdullilah, hari ini saya sah bergelar isteri kepada Zulkifli dengan sekali lafaz di Masjid Daerah Taiping.
“Mohon kawan-kawan yang saya kasihi, doakan semoga kebahagiaan ini sampai hingga ke Jannah. Amin,” tulisnya serba ringkas.
Muat Naik Foto Bersama Suami
Dalam pada itu, penyanyi yang dikenali dengan lagu Tanpamu itu berkata, dia akan memberikan kenyataan lanjut selepas majlis tersebut selesai.
“Untuk rakan-rakan media yang saya hormati majlis masih lagi berlangsung, segala statement akan diberi setelah majlis selesai. Terima kasih,” ujarnya beserta muat naik fotonya bersama suami.
Baca Disini Juga:

Tahniah! Risteena Munim Akhirnya Sah Bernikah Dengan Isa Khan
Syanie Berhijab Serentak Tarikh Nikah, “Saya Kotakan Perkara Itu Saat Kami Diijabkabulkan”
Majlis Akad Nikah Diadakan Di Hotel, Dewan Kini DIBENARKAN
Dihujani Ucapan Tahniah
Sumber/Sumber Foto: Instagram Farawahida
Follow kami di :
Facebook Mingguan Wanita
Instagram Mingguan Wanita
Twitter Mingguan Wanita
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Bergaduh Kerana Harta, Pelakon Bollywood Dibunuh Anak Sendiri, Mayat Dicampak Sungai!

Isi Kandungan
ToggleBergaduh Kerana Harta, Pelakon Veteran Bollywood Dibunuh Anak Sendiri, Mayat Dicampak Sungai! Walau apa pun perselisihan faham yang berlaku di antara ibu dan anak mahupun di dalam keluarga, sewajarnya diselesaikan dengan cara baik. Namun tergamak sungguh demi harta, mak kandung sendiri sanggup dibunuh, malah mayatnya pula dicampak ke sungai!
Dibunuh Anak Lelaki Sendiri
Pelakon televisyen veteran Bollywood, Veena Kapoor dibunuh oleh anak lelakinya sendiri dalam satu pergaduhan akibat harta. Selepas membunuh ibunya, mayat Veena dibuang oleh suspek ke dalam sungai berhampiran Matheran di daerah Raigad, Mumbai.
Veena, 74, dilapor dipukul dengan teruk menggunakan kayu besbol selepas bergaduh dengan anak lelakinya yang sebelum ini menetap di Amerika Syarikat (AS).
Perselisihan Faham Hartanah
Menurut laporan pihak berkuasa, anak lelakinya mengaku membunuh ibunya sendiri hanya disebabkan perselisihan faham membabitkan hartanah bernilai RM6.4 juta.
Polis telah menahan tertuduh, Sachin Kapoor, 43, dan individu yang didakwa bersubahat dengannya, Chhotu atau nama sebenarnya Lalu Kumar Mandal, 25.

Terdahulu, kehilangan aktres itu mulai dihidu oleh pengawal keselamatan kediaman Kapoor yang bertindak memaklumkan kepada polis Juhu.
Veena pernah terbabit dalam drama ‘Bhabhi’ yang disiarkan sekitar tahun 2002 hingga 2008.
Selain itu, antara filem lain lakonan Veena ialah ‘Mitter Pyare Nu Haal Mureedan Da Kehna’, ‘Dal: The Gang’ dan ‘Bandhan Pheron Ke’.

Baca Lagi Di Sini:Berborak Soal Agama Berakhir Tragedi Berdarah, Suami Isteri Dibunuh Kejam Anak Sendiri
Artikel Menarik:Enggan Rujuk Semula Dengan Bekas Suami, Wanita Mati Dibunuh!
Mingguan Wanita: Tergamaknya hati kerana harta sanggup bergaduh dan bunuh ibu sendiri. Malah mayat ibu pula dicampak ke sungai.Semoga pelaku ini mendapat pembalasan yang setimpal.
Sumber: Bharian, Bollywood Hungama
Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE Mingguan Wanita untuk dapatkan info dan artikel-artikel terkini serta menarik.
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI