Sesekali tukar selera anak dan keluarga buat sarapan pagi atau minum petang dengan Dorayaki menarik juga. Dorayaki merupakan antara kuih tradisional Jepun yang menjadi kegemaran ramai. Nak buat pun mudah sahaja guna sukatan sudu, tanpa telur namun kekal lembut dan gebu walaupun masuk hari ketiga.

Bole cuba resipi yang dikongsikan oleh Puan Farhah Azman ini sebagai panduan;

Sediakan bekal suami. Suami pulak pesen tak nak bawak bekas. Jadi isi dalam plastik senang terus buang.

DORAYAKI Mudah Sukatan Sudu Tanpa Telur, Masuk Hari Ketiga Pun Lembut Gebu!

Buat dorayaki dua biji untuk suami, selebihnya untuk rumah. Satu perisa koko, satu original.Bancuh dorayaki ni tanpa telur. Gebus die tu, masuk hari ketiga pun lembut jek makan. Anak anak suka sangat.

Resepi ni pakai sukatan sudu dan tanpa telur, tapi lembut. Buat ye.

Bahan-Bahan:

7 sudu besar penuh Tepung Gandum *Nak tapis boleh, tak tapis pun takpe
2 sudu sudu besar Gula
1 sudu sudu besar Madu
1 sudu besar Esen vanila
2 sudu besar Susu tepung
1/2 sudu Kecil Baking powder
1/2 sudu Kecil Baking soda

Cara Membuat:

1. Gaul semua bahan-bahan sekali dengan air atau susu kotak.Ok part air ni, pakai air putih biasa boleh, pakai susu kotak pun boleh, isi sikit-sikit sampai dapat konsistensi yang tak terlalu pekat, tapi tak terlalu cair. Anggaran setengah cawan air dulu. Isi sikit sikit tau. Jangan tuang semua. Sikit sikit. Sampai dapat pekat tak pekat, cair tak cair.

IKLAN

2. Dah siap bancuh, perap setengah jam. Pastu masak. Masak jangan letak minyak atau marjerin. Pakai nonstick pan. Baru cantik kulit. Tapi kalau takde nonstick pan takpe,letak je marjerin atau minyak, ok je. Kita buat dia.

DORAYAKI Mudah Sukatan Sudu Tanpa Telur, Masuk Hari Ketiga Pun Lembut Gebu!

Selamat mencuba!

IKLAN

Boleh guna kuali nonstick dari Coowin Detachable Marble Cookware Set ini. Khas buat pembaca Mingguan Wanita boleh dapatkan diskaun RM5 apabila masukkan kod berikut. MWGSP5

Mesti Baca:Payah Nak Jumpa Orang Jual, Buat Sendiri Kuih Lama ‘TEPUNG PASUNG’!

Baca Lagi Di Sini:Resipi DORAYAKI Confirm Jadi, Tahan 3 Hari Simpan Bekas Bertutup, Wrap Dalam Plastik!

IKLAN

Artikel Menarik:Resipi Roti Puri Tak Menang Tangan, Laku Keras Dibuat Niaga!

Mingguan Wanita: Mudahnya buat Dorayaki guna sukatan sudu je. Tanpa telur pun boleh kekal lembut. Boleh cuba nanti.

Sumber:Farhah Azman
Facebook : https://www.facebook.com/mingguanwanita
FB Grup Cerita Mak-mak Hari Ini : https://www.facebook.com/groups/ceritamakmak
Website: https://www.mingguanwanita.my/
Instagram : https://www.instagram.com/mingguanwanita/?hl=en
YouTube: https://www.youtube.com/c/MingguanWanitaOfficial/featured
Twitter: https://twitter.com/mingguanwanita?lang=en
Telegram MW: https://t.me/mingguanwanita
TikTok: https://tiktok.com/@mingguanwanita

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI