Rupanya antara petua untuk menghilangkan getah pada sayur keladi, sewaktu merebusnya perahkan dengan limau kasturi dan masukkan sekali asam keping.
Bukan apa, sayur keladi ni memang sedap masak lemak cili api lebih-lebih lagi resipi original dari Negeri Sembilan.Namun jika salah cara siang dan merebus sayur batang keladi ni, mula lah tekak rasa gatal-gatal.
Boleh cuba resipi dan petua masak Sayur Keladi Masak Lemak Cili Api Resipi ‘Ori Nismilan’ yang dikongsikan oleh SuiSan Aliezsha ini.
Lanjerr…Original N9, Keladi masak lemak cili api + ikan bilis. Lawannya ikan goreng, ikan masin takda makan dengan ulam petai & jering muda. Isi keladi di bawah ni sedap ya amat. Jenis isi melekit.
Bahan-Bahan:
Asam Keping
Limau Kasturi (Asam Limau)
Keladi
Cili api
kunyit hidup
Ikan Bilis
1 1/2 biji Kelapa Parut
Cara Membuat:
1. Keladi (bersihkan, potong-potong dan cuci). Saya rendam dengan asam keping dan rebus seketika. Dah empuk tos ketepikan. Masa rebus saya perahkan asam limau, asam keping nak bagi getah-getah keladi tu hilang petua dari uwan saya). Alhamdulillah setakat ni masak keladi tak pernah gatal-gatal lagi.
Ads
2. Cili api,kunyit hidup (ditumbuk).
3. Ikan bilis
4. 1 biji setengah kelapa parut (perah amik pati sahaja, pastikan guna kelapa tua ye) bergantung banyak mana sayur keladi. Masak lemak jangan kedekut santan tau. Kalau masak banyak letak je kelapa 2,3 biji.
5. Asam keping.
6. Sediakan kuali, masukkn santan, ikan bilis dan cili, masak dengan api sederhana.
7. Setelah mendidih masukkan keladi dan asam keping. Pastikan garam secukup rasa, sentiasa dikacau ye, dalam beberapa minit kemudian padamkan api, siap.
Mingguan Wanita: Sedapnya sayur Keladi Masak Lemak Cili Api Resipi ‘Ori Nismilan’ ni. Jadi bila nak masak dan siang sayur keladi ni, perahkan limau kasturi dan masukkan asam keping masa rebus, barulah hilang getah keladi dan makan pun tak gatal tekak nanti.
Walaupun hanya sekadar goreng telur namun ada teknik dan caranya tersendiri, barulah ia rangup diluar dan cair di tengahnya.Bukan apa, salah teknik, telurnya jadi serap minyak, bahagian kuning tengahnya keras atau mungkin boleh jadi hangus!
Telur goreng ni makan dengan kicap, cili potong dan nasi panas pun dah cukup! Tak toleh kiri kanan. Nak buat telur macam ni, mak-mak boleh cuba tips goreng telur ‘gedik’ perkongsian dari suami, Puan Dila Noordin yang dikongsikan didalam page “Masak Apa Hari Ini”.
Menurut wanita ini lagi, perkongsian tersebut hanya sekadar suka-suka, namun mendapat respon positif daripada para follower di page tersebut. Sehingga waktu dikongsikan ini, posting tersebut mendapat 97 ribu tanda suka.
Berikut perkongsian tersebut;
“Saya puji suami saya pandai dia goreng telur. Rangup kat luar..cair di tengah. Lepas tu saya cakap nak letak dalam FB. Dia kata, gambaq teloq pun ada orang nak like ke? Saya cakap kalau dapat like banyak saya nak spek mata baru. Sebab silau makin teruk. Hihi.. ada ke yang nak tolong saya dapatkan spek mata baru.”
note: just for funnnn.
Tips telur gedik by hubby.
1. Pilih telur yang kecik supaya bila masak putih tak melebar.
2. Pecahkan dalam mangkuk kalau tak yakin takut kuning pecah. Baru letak dalam kuali.
3. Minyak banyak telur tengelam. Tapi tak lah penuh sekuali.
4. Minyak betul-betul panas sampai berasap-asap. Dah berasap kecikkan api baru masuk telur.
5. Sira minyak atas kuning telur.
6. Masak sekejap sahaja tak smpai 1 minit.
Siap!
Selamat mencuba.
MW: Semoga perkongsian goreng telur ini bermanfaat. Buat mak-mak yang suka makan telur rangup di luar dan cair ditengah-tengah boleh cuba tips yang dikongsikan ini.
Musim PKP ni, apa kata kita buat projek biskut raya dengan anak-anak. Dapat juga jimatka duit dan isi masa lapang bersama. Bahan-bahan nak buat Chocolate Macadamia Biscuits pun mudah nak dapat dan cara buat senang je.
Syaratnya, jangan derhaka dengan resipi yang dikongsi oleh Pemilik The Bakers Hut Bakery, Azlan Ahmed Tauzan ni. Ikut je sebijik-sebijik, insya-Allah jadi.
Resipi Chocolate Macadamia Biscuits
Bahan-bahan :
200 gm tepung
½ sudu teh garam
30 gm serbuk koko
½ sudu teh soda bicarbonat
150 gm mentega (unsalted)
150 gm gula perang
30 gm gula pasir
1 kuning telur
1 sudu teh esen vanilla
90 gm kacang macadamia}dicincang
Cara membuat :
Ayak bersama tepung, garam, serbuk koko dan serbuk penaik.
Pukul mentega sehingga lembut dan campurkan gula perang dan gula pasir, adun sehingga sebati.
Masukkan kuning telur dan esen vanilla. Masukkan adunan tepung dan kemudian kacang macadamia, adun sebati.
Leperkan adunan, tekap menggunakan acuan berbentuk hati. Lekapkan di atas adunan dan susun di atas dulang pembakar.
Bakar pada suhu 180 c selama 8 hingga 10 minit sehingga masak. Sedia untuk dinikmati.
1-Pastikan dulang dibasuh bersih dan dilap kering sebelum digunakan.
2-Semasa hendak digunakan, sapu nipis marjerin pada dulang atau acuan tersebut.
3-Lepas tu, masukkan acuan/ dulang seketika dalam ketuhar. Panaskan pada suhu 120 C selama 10-15 minit.
4-Keluarkan acuan/ dulang pembakar. Biarkan ia sejuk. Selepas itu, bolehlah digunkan. Hasilnya biskut akan mudah dikeluarkan dari acuan dan tidak melekat pada dulang.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Cucur udang memang sesuai dibuat untuk minum petang. Sedap dicicah dengan kuah kacang atau sos cili. Rupanya nak cucur udang gebu jadi bulat macam di beli di gerai dan paling penting tak melekat, kena celup dulu senduk dalam minyak panas barulah digoreng dalam kuali. Malah rahsia untuk dapatkan cucur udang yang rangup kulit luarnya dan lembut gebu tepungnya kena letak sedikit yis.Mak-mak yang nak cari idea untuk berniaga pun boleh sangat jual cucur udang ni.
Boleh cuba resipi dan yang dikongsikan oleh Zaky Mat Ali ini;
Saya ikhlas berkongsi resepi ni.Mungkin ada yang dapat idea dan jalan untuk berniaga tambah pendapatan. Rezeki Allah tiada terduga.Semoga kita sentiasa murah rezeki. Aminn.
Bahan-Bahan (Cucur Udang):
400 gram Gandum
Udang
Bawang Merah
Lobak
Daun Kucai
Tauge
Garam
Serbuk Kunyit
Yis
Cara Membuat:
1. Masukkan semua bahan kecuali udang, ke dalam mangkuk bersama gandum.
2. Tambah air dan adun sebati.
3. Biarkan selama 30 minit.
4. Panaskan minyak masak. Masukkan adunan ke dalam senduk bersama seekor udang dan goreng.
Tips Ekstra!
Sebelum menggoreng, panaskan senduk supaya adunan tidak melekat.
Siap! Selamat Mencuba.
MW: Mudah je nak buat cucur udang yang gebu gebas, bentuk bulat macam yang kita beli di gerai. Dan paling penting tak melekat pada senduk. Mak-mak boleh cuba resipi yang dikongsikan ini. Buat sendiri lebih berbaloi dan puas hati!
Ibu tiga anak digilis lori simen ketika berhenti di lampu isyarat, kegagalan brek jadi punca. Seorang anggota penjara yang juga ibu kepada tiga anak,...