“Nad Baik Ramai Sayang, Bertali Arus Kawan-Kawan Ziarah. Akak Tahu Nad Kuat” itulah antara luahan pelakon yang juga pemilik nama sebenar Noorkhiriah Ahmad Shapie.

Sayu sungguh ucapan yang diberikan buat rakan seperjuangan dalam lakonan Nad Zainal yang kini sedang bertarung nyawa dengan penyakit paru-paru berdarah dan kini ditempat di ICU.

“Nad Baik Ramai Sayang, Bertali Arus Kawan-Kawan Ziarah.”


Malah menerusi perkongsian di Instagram Noorkhiriah juga memohon agar orang ramai mendoakan kesembuhan buat Nad.

“Assalamualaikum dengan rendah hati akak mohon pada semua terus mendoakan @nad.zainal yee..Tkasih ye semua..Semoga Allah angkat sakitmu dik..Aamiin Allahumma Aamiin” kongsi Noorkhiriah.

Bila Allah Nak Bagi Hidayah, Nad Sakit Tiba-Tiba

Malah Noorkhiriah juga menerangkan dia tidak sabar untuk melihat Nad kembali sembuh kerana ada hal yang mahu dikongsikan dengan ibu tunggal anak dua itu.

“Nad Nanti Dah Sihat..Banyak Mende Akak Nak Share Dgn Nad..

“Akak x sempat nak share apapun sebenarnya..pada akak semua secara tiba2..Nad pakai tudung pun tiba2..bila Allah nak bagi Hidayah..dan Nad Sakit cmni pun tiba2..bukan akak je tkejut rasanya ramai yg tkejut…

IKLAN

“Nad Rajin Update IG Tiba2 Akak Tgk Nad Senyap..Rupanya Nad Bertarung Nyawa..Nad Dalam Ramai2 Nape Nad Jadikan Akak Contoh..Akak Lom Betul Jalannya..

“Kita Bkeja Hanya 2 Hari Dalam #mataharitakbercahaya Tapi Akak Selesa gile Dgn Nad..Baju2 Sutin Cite Tu Banyak Nad Bagi Akak Dgn Tudung2 Sekali..

“Nad Baik Ramai Sayang..Btali Arus Kawan2 Dtg Ziarah Nad Tadi..Akak Tau Nad Kuat…Impian Tuk Kejassama, nad Ckp akak jadi bini no 1 atau 2 cite feeling2 ustaz ada bini 4.. lom jadi tau…angan2 kitaorg b2 bila borak.

“Nad Bangun Tau..Allah Sayang Sangat Kat @nad.zainal ..Lepas Aje Berhijrah..Allah Uji Nad Sekuat Ini..Sebab Allah Tau Nad Mampu..1 Malaysia Doakan Nad..Bangun ye dik…Kuat Demi Yem & Som…Kita Kan Dah Ckp nak kopi2 sama2 nanti dengan kekza @azzaelite ..Nad nak sejadah..Doakan @nad.zainal Terus ye Korang..Moga Allah angkat doa korang..mkasih korang..mkasih,” kongsi Noorkhiriah.

IKLAN

“Ya Allah Engkau Sedarkanlah & Sembuhkanlah Farah Nadia Zainal Abidin” 

Menerusi ruangan komen ramai yang mendoakan agar Nad Zainal kembali pulih.

“Nad Baik Ramai Sayang, Bertali Arus Kawan-Kawan Ziarah. Akak Tahu Nad Kuat” “Nad Baik Ramai Sayang, Bertali Arus Kawan-Kawan Ziarah. Akak Tahu Nad Kuat”

Baca Disini : “Saya OK Saja..” Sebelum Hijrah, Nad Zainal Pernah Diminta ‘Review’ Produk Dengan Bertudung

Nad Zainal Sedang Kritikal Di ICU, Paru-Paru Dipenuhi Darah

IKLAN

Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE Mingguan Wanita untuk dapatkan info dan artikel-artikel terkini serta menarik.

Sumber / Sumber Foto : Instagram Noorkhiriah

RAHSIA CANTIK NASHA AZIZ

Fazura Pesan Wahai Wanita Sayangi & Hargailah Diri Anda! 

 

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI