Bagi mak-mak yang bekerja, tentunya akan menggunakan cuti hujung minggu memasak hidangan istimewa untuk anak-anak dan suami. Kalau hari biasa, hidangan yang simple dan menjimatkan masa jadi pilihan. Apa kata, cuba buat sendiri roti dan pastri untuk disajikan pada keluarga tercinta?

Nikmatnya Dapat Hidangkan Roti dan Pastri Segar Buatan Sendiri Untuk Keluarga
CHICKEN SLICE ROSE

Bahan-Bahan (Roti):
250 gram tepung high protein
7 gram yis
10 gram shortening
10 gram bread softener
5 gram garam
10 gram gula
80 ml air
10 gram susu tepung

Bahan lain:
Kepingan ayam secukupnya – potong bentuk tiga segi
1 biji kuning telur – sapu di atas roti
Sedikit mentega

Cara Membuat:
1. Campurkan kesemua bahan untuk roti. Uli sehingga menjadi doh yang lembut. Rehatkan doh roti selama 10 minit. Tutup dengan kain lembap.
2. Setelah doh kembang, uli semula dan canai doh tadi.
3. Bahagikan adunan kepada 30 gram setiap satu.
4. Gentel doh tadi jadi memanjang dan lebar 1 inci. Susun lima kepingan kecil kepingan ayam tadi di atas doh.
5. Lipat doh dan susun di dalam loyang yang telah dioles sedikit mentega.
6. Ulangi langkah hingga selesai.
7. Biarkan doh mengembang dan sapu kuning telur dan bakar selama 10 minit dalam suhu 170C.
8. Keluarkan dan sedia dihidangkan. Boleh tuangkan sedikit sos di atasnya jika suka.

IKLAN

Nikmatnya Dapat Hidangkan Roti dan Pastri Segar Buatan Sendiri Untuk Keluarga
ROTI BENGGALI

Bahan-Bahan:
1000 gram tepung high protein
80 gram gula
50 gram susu tepung
12 ragm yis
10 gram bread improver
2 biji kuning telur
550 gram air
18 gram marjerin
100 gram garam

Cara Membuat:
1. Satukan kesemua bahan ke dalam penguli dan uli selama 20 minit. Adun sehingga menjadi doh. Keluarkan doh dan rehatkan selama 20 minit.
2. Bahagikan kepada empat doh kecil. Gulung doh seperti membuat kek gulung.
3. Susun keempat-empat doh tadi di dalam loyang. Guna loyang bertutup.
4. Sapu marjerin pada keseluruhan loyang termasuk penutup.
5. Bakar di dalam oven pada suhu 170C selama 45 minit.
6. Keluarkan dan sedia dinikmati.

IKLAN

Nikmatnya Dapat Hidangkan Roti dan Pastri Segar Buatan Sendiri Untuk Keluarga
CINNAMON ROLL

Bahan A:
250 gram tepung roti
20 gram gula
1 sudu makan susu tepung
1 biji kuning telur
4 gram yis
15 gram marjerin
½ sudu teh garam
100 ml air

Bahan B (Inti):
3 gram serbuk kulit kayu manis
50 gram gula perang
20 gram mentega

IKLAN

Cara Membuat:
1. Satukan kesemua bahan A ke dalam mangkuk penguli dan uli selama 30 minit. Adun hingga menjadi doh.
2. Keluarkan doh dan rehatkan selama 20 minit.
3. Canaikan doh menjadi bentuk segi empat. Sapu adunan dengan mentega, gula perang dan serbuk kayu manis di atas doh.
4. Gulung dan kemaskan hujungnya dengan disapu dengan sedikit air pada doh agar ia melekat.
5. Potong sebanyak 12 gulung sama saiz.
6. Susun di dalam loyang yang telah dilengser marjerin. Ketepikan dan biarkan dalam 30 minit sehingga doh naik lagi sekali ganda.
7. Panaskan oven pada suhu 180C dan bakar doh terlebih selama 20 minit.
8. Keluarkan sedia untuk dinikmati.

Topik Roti Dan Pastri telah menjadi pilihan Mingguan Wanita Talkshow hari ini. Jangan lupa saksikan episod ulangan Mingguan Wanita Talkshow ini di Astro Prima 105 dan Prima HD 121 pada pukul 8 malam ini.

#MingguanWanitaTV
#MingguanWanitaTalkShow
#MingguanWanita
#TemanSetiapWanita
#AstroPrima105
#PrimaHD121

Sumber Resipi: Majalah RASA

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI