Mak-mak sepanjang tempoh PKP ini, tentu banyak resipi baru yang dah dicuba di rumah. Tak kira aneka lauk pauk atau pun kek dan pastri. Seronok sebenarnya bila resipi yang dicuba itu menjadi kan? Ha..ada tiga resipi kek yang kami kongsikan ini.

Mak-Mak Sila Cuba Tau! Gerenti Tak Menyesal!

Mak-Mak Yang Suka Baking Boleh Cuba Tiga Resipi Mudah Ini, Untuk Raya Pun Sesuai!

Strawberry Shortcake Cookies

Bahan-bahan:

260 gram buah strawberi – potong dadu
½ sudu teh jus lemon
75 gram gula kastor
122 gram tepung red rose
1 sudu teh serbuk penaik
¼ sudu teh garam
36 gram mentega
70 gram Heavy cream

IKLAN

Cara Membuat:

  1. Panaskan oven terdahulu dengan suhu 180 ˚C.
  2. Satukan buah strawberi dan jus lemon, biarkan seketika.
  3. Dalam bekas berasingan, satukan tepung, serbuk penaik, garam dan gula. Masukkan mentega dan gaul sebati hingga menjadi seperti serbuk roti.
  4. Kemudian masukkan heavy cream, gaul hingga menjadi doh dan masukkan potongan buah strawberi bersama lemon jus tadi. Adun sebati.
  5. Sudukan di atas loyang yang dialas baking paper atau sedikit sapuan mentega.
  6. Bakar lebih kurang 25-30 minit hingga perang.
  7. Bolehlah diangkat. Biar sejuk sebelum masukkan ke dalam balang kuih kedap udara.


Mak-Mak Yang Suka Baking Boleh Cuba Tiga Resipi Mudah Ini, Untuk Raya Pun Sesuai!

Strawberry Cheesecake Bar

Bahan-bahan:

Bahan Lapisan Bawah:
250 gram mentega
100 gram gula kastor
12 biji telur
1 sudu teh esen vanila
280 gram tepung gandum serba guna
½ sudu teh serbuk penaik
½ sudu teh garam

IKLAN

Bahan Lapisan Krim Keju:
225 gram krim keju
90 gram gula ising
3 biji telur
Jem strawberi secukupnya

Cara Membuat:

  1. Satukan tepung, serbuk penaik dan garam. Ketepikan.
  2. Sebatikan mentega dan gula kemudian masukkan telur dan esen vanila. Gaul hingga sebati.
  3. Masukkan adunan tepung tadi. Gaul sebati hingga menjadi doh.
  4. Tekan adunan di dalam loyang 10 x 10 hingga rata. Untuk mendapatkan bar yang lebih nipis, boleh gunakan loyang 12 x 12. Ketepikan.
  5. Untuk membuat krim keju; Pukul krim keju dengan gula ising hingga kembang.
  6. Kemudian masukkan telur dan pukul sebati.
  7. Tuangkan ke atas lapisan doh yang ditekan di dalam loyang tadi.
  8. Ratakan dan picit jem strawberi ke atas adunan krim keju secara memanjang dan lorek jem untuk membentuk corak.
  9. Bakar pada suhu 180 ˚ C selama 50-60 minit. Sejukkan terlebih dahulu sebelum memotongnya menjadi kepingan bar. Sedap!

Tip Mak: Rasanya lemak dan masam membuka selera mak-mak. Boleh hias dengan hirisan strawberi jika suka.

Mak-Mak Yang Suka Baking Boleh Cuba Tiga Resipi Mudah Ini, Untuk Raya Pun Sesuai!

Mak-Mak Cuba Resipi Epal Ini Pula Ye

Apple Brownies

Bahan-Bahan:

2 biji epal – dipotong kiub
250 gram mentega
200 gram gula perang
250 gram gula kastor
250 gram tepung Red Rose
5 biji telur
2 sudu teh serbuk penaik

IKLAN

Cara membuat:

  1. Pukul mentega dan gula perang hingga kembang.
  2. Masukkan satu persatu telur sambil memukul adunan.
  3. Satukan tepung dan serbuk penaik, masukkan ke dalam adunan dan gaul sebati.
  4. Masukkan potongan epal ke dalam adunan dan tuang ke dalam loyang bersaiz 8cm x 8cm. Jika ingin mendapatkan lapisan yang lebih nipis, gunakan loyang 12cm x 12cm.
  5. Bakar di dalam oven dengan suhu 180˚C selama 35-40 minit.
  6. Angkat dan sejukkan di atas redai sebelum dipotong dan dihidangkan.

https://www.mingguanwanita.my/nikmatnya-dapat-hidangkan-roti-dan-pastri-segar-buatan-sendiri-untuk-keluarga/

https://www.mingguanwanita.my/jangan-beli-kentang-bertunas-bertompok-hijau-risiko-keracunan-toksin/

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI