Resipi ayam ala tiga budak gemok ni cara masak simple je dan rasanya sedap.

Mesti pening nak masak apa hari-hari. Bagi mak-mak yang buntu, boleh cuba resipi Ayam Ala Tiga Budak Gemok yang dikongsikan oleh Puan Yuhasnida ini. Bahan-bahan senang sangat dan nak masak pun mudah.

Resipi ini sesuai untuk berbuka puasa dan bersahur. Satu family boleh makan, cuma bagi anak-anak yang tak makan pedas kurangkan jumlah cili padi dalam bahan masakan. Ayam Ala Tiga Budak Gemok ni memang ‘berhantu’, makan nasi mesti bertambah. Walaupun resipi simple tapi memang sedap sampai menjilat jari.

Cara Masak Ayam Ala Tiga Budak Gemok Simple

Bukan je untuk mak-mak, suami pun boleh juga memasak resipi ni. Sesuai juga dimasak oleh orang bujang baik lelaki atau perempuan, tak payah nak skill memasak sangat sebab caranya simple. Yang baru berjinak ke dapur tu, eloklah cuba. Ikut je cara yang dikongsi oleh Puan Yuhasnida ni. Insya-Allah menjadi.

Baca sini

https://www.mingguanwanita.my/tumis-serai-rahsia-sambal-ayam-sedap/

https://www.instagram.com/mingguanwanita/?hl=en

Resipi Ayam Ala Tiga Budak Gemok

Bahan-bahan:

½ ekor ayam}dipotong dan dibersihkan

6 biji bawang merah} ditumbuk

IKLAN

5 ulas bawang putih} ditumbuk

1 inci halia} ditumbuk

3-7 biji cili padi}ditumbuk

1 batang serai} diketuk

2 tangkai daun kari

IKLAN

1 labu bawang besar} dihiris

2 sudu serbuk kari

5-10 sudu kicap manis

2 sudu sos tiram

1 keping asam keping

IKLAN

Garam

Kunyit

Minyak untuk menggoreng

Cara membuat:

1-Gaul ayam dengan garam dan kunyit. Kemudian goreng, jangan sampai garing ye. Ketepikan.

2-Panaskan minyak,  masukkan serai bersama bahan yang ditumbuk  sampai naik bau (bawang merah, bawang putih, halia & cili padi).  Serai tu pilihan, kalau tak nak letak pun boleh je. Serai fungsi nak bagi bau wangi.

  1. Masukkan serbuk kari diikuti daun kari. Perlahankan api. Kemudian masukkan sos tiram dan kicap manis, tak kisah jenama apa. Masukkan asam keping. Tak perlu tambah garam ye, sebab kicap tu dah cukup rasa.
  2. Gaul sebati, kemudian masukkan ayam yang telah digoreng tadi. Gaul sebati, tutup kuali supaya ayam lembut. Perlahankan api ye.

5- Kalau suka boleh tabur hirusan bawang besar. Bila bawang dah layu, angkat dan hidangkan bersama nasi putih.

 

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI