Jika mak-mak suka buat agar-agar kena tahu sukatan cawan air dan formula yang betul. Barulah ia menjadi ikut citarasa yang diinginkan sama ada keras, sedang elok atau lembik. Lagi-lagi jika guna agar-agar jenis tali dan nak buat adunan yang sedikit, kena tahu caranya.
Boleh rujuk tip sukatan agar-agar yang dikongsikan oleh Puan Nik Aina ni.
“Pernah tak buat agar-agar terkeras, kejong sungguh? Bila masak semula tambah air, terlembik sangat pulak? Pening nak ejas. Agar-agar dalam gambar ni contoh je. Tak mesti kena guna jenama ni. Boleh guna jenama lain jugak. Yang penting berat dan sukatannya”
Ni saya nak share tips sukatan agar-agar.Ni cara saya la. Untuk orang yang baru berjinak-jinak. Yang dah power-power tu mungkin ada formula sendiri.
Agar-agar tali 20 gram = 7 cawan cecair = keras sikit Agar-agar tali 20 gram = 8 cawan cecair = sedang elok Agar-agar tali 20 gram = 9 cawan cecair = lembik sikit
Saiz cawan ni saiz cawan standard. Cawan kopi tu, yang bertangkai tu. Jangan guna mug, tin susu, cawan materik, gelas, kole atau cawan sukat beras. Cawan standard sahaja ye.
Cecair tu pulak adalah sama ada terdiri dari air/santan/susu cair/susu segar.Gula tak masuk dalam kuantiti cecair ye.
Kejadian agar-agar tu ikut suka nak keras ke lembik ke sedang.Yang penting tak lari dari formula ni. 7 cawan (keras sikit), 8 cawan (sedang elok), 9 cawan (lembik sikit).
Ads
Pastu kalau rakyat tak ramai macam saya ni, 2 dewasa + 3 kanak-kanak je, yang tak gemar makan berulang, cukup masak agar-agar untuk sukatan 1 acuan puding tu je, yang bunga-bunga tu.. size yang kecil. Ngam untuk sekali makan.
Sukatan agar-agar Untuk 1 acuan puding size kecil tu cuma guna 1/4 dari agar-agar tali tu. Camne nak dapat 1/4 bahagian tu?
Caranya :- Bayangkan 1 pack agar-agar tali 20 gram tu, dibahagi kepada 4 bahagian. Amik 1 bahagian je untuk sekali masak. Pastu campur dengan 2 cawan air/cecair/santan/susu cair.
Tapi Jika suka nak keras sikit kurangkan secawan.Dan kalau suka lembik sikit, lebihkan secawan.
Taufu Fah
Dah alang-alang sebut pasal agar-agar ni, saya nak share sekali sukatan agar-agar untuk buat taufu fah. Nak buat taufu fa guna agar-agar tali lain pulak sukatannya ye.
4 gram agar-agar tali = 1 liter air soya kotak/perah sendiri + 1 cawan air. (boleh refer kat wall saya cara buat air soya sendiri. Kat dalam group ni pun saya ada share. Boleh try search nama saya + susu soya)
Ads
Camne nak dapat 4 gram dari 20 gram?
Sama je kaedah tadi tu, bayangkan 1 pack agar-agar tali 20gram tu ada 4 bahagian. Guna 1 bahagian je. Setiap bahagian ada 5 gram. 5 gram x 4 = 20 gram
Tapi 1 bahagian tu tinggalkan sikit. Jangan habis gunakan semua. Nanti tak dapat taufufa selembut taufufa yang jual kat pasar malam tu.
Dan
Biasanya air susu soya dalam kotak besar tu kandungannya adalah sebanyak 2 liter. Jadi gunakan agar-agar tali tu cuma 2 bahagian je la (8 gram). Bersama 2 cawan air.
Ads
➡️ 8 gram agar-agar tali + 2 liter air soya + 2 cawan air = taufu fah
Contoh lain ~ 20 gram agar-agar tali + 5 liter air soya + 5 cawan air = taufu fah
Tu je la tips. Sharekan la jika bermanfaat. Saya halalkan
Faham tak apa saya nak sampaikan ni?Kalau tak faham, leh tanya
Info Ekstra!
Bagi agar-agar serbuk 10gram bersamaan 1 liter air.
MW: Jadi buat mak-mak yang suka buat agar-agar boleh ikut formula dan tip yang dikongsikan ini/ Boleh ubah ikut citarasa sendiri, suka keras, lembik atau sedang elok bergantung pada sukatan cawan yang digunakan.
Bila dah muak dengan biskut raya kebanyakan orang lebih suka makan sejenis snek, salah satunya Cornflakes Pedas. Apa yang menarik, resepi ini dikongsi oleh seorang lelaki, Rezal Mansor yang katanya ini snek ini sedap dan laku keras kalau jamu waktu raya.
Satu kuih raya dah siap, Cornflakes pedas ini taste dia sedap macam kerepek ubi pedas dan garing. Tadi tak ada daun limau purut, jadi gantikan dengan daun kari. Ikan bilis tu saje nak menyedapkan rasa dan sedap lagi, kalau bubuh kacang goreng.
Snek Cornflakes Pedas
Bahan-bahan:
40 gm bawang putih dicincang
40 gm bawang merah dicincang
2 sudu kecik minyak
60 gm pes cili
120 gm gula
3/4 sudu kecil garam
1 sudu kecil kicap
4 helai daun limau purut dihiris halus
120 gm bijiran cornflakes
Cara menyediakan:
1. Panaskan minyak di dalam kuali, tumis bawang putih dan bawang merah sehingga wangi.
2. Tambahkan pes cili dan masak lagi selama beberapa minit.
3. Kemudian masukkan gula, garam, kicap dan daun limau purut dan masak lagi selama 2 minit.
4. Masukkan cornflakes dan kacau sehingga semua rata.
5. Panaskan ketuhar pada suhu 180 darjah selsius.
6. Letakkan cornflakes pedas dalam dulang pembakar dan bakar selama 5 hingga 6 minit atau sehingga cornflakes garing
7. Sejukkan dan simpan dalam bekas kedap udara.
Selamat mencuba semua!
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Kentang goreng ni biasanya anak-anak memang suka. Nak-nak kalau makan panas-panas dan cicah dengan sos cili mahupun mayonis.Tapi selalunya bila kentang ni kita goreng sendiri, selalu jadi lembik tak ‘keras’, rangup macam yang selalu kita beli.
Rupanya kena rebus kentang sekejap dan rendam dalam air berais selama 5 minit sebelum digoreng. Barulah kentang goreng jadi crunchy dan tak lembik!
Wanita ini kongsikan resipi dan caranya. Kena cuba!
“Anak-anak memang suka kentang goreng ni. Kalau beli yang ‘readymade’ tu kandungan garam dengan lemak agak tinggi lagi-lagi anak kak haney memang makan kentang goreng hari-hari.Tapi selalu bila buat sendiri kentang tu jadi lembik walau baru lepas angkat”.
Haaa ni kak haney nak bagi rahsia kentang goreng tu tak lembik. Meh cuba!
RESEPI RAHSIA KENTANG GORENG CRUNCHY
Bahan-Bahan:
Kentang
Serbuk roti
Tepung serbaguna bestari
Minyak untuk menggoreng
Cara Membuat:
1. Masa beli kentang pilih kentang yang permukaannya baik dan licin. Menandakan kentang ni baru, tak lembik dan segar.
2. Kupas dan potong ikut saiz yang kita nak.
3. Rebus kentang seketika jangan terlalu lama. (Agak-agak menggelegak tu angkat). Kalau hirisan tu tebal kita rebus, jika tak boleh je skip step ni.
4. Angkat dan sejukkan didalam air beserta ais dalam 5 minit.
5. Toskan air. Pastikan kentang kering atau tidak terlalu banyak air.
6. kemudian gaul dengan tepung Bistari dan ibu roti sehingga melekat.
7.Goreng secara ‘deep fried’. Angkat dan toskan lebihan minyak. Sedia untuk dinikmati.
Alhamdulillah. Siap!
Nota: Boleh dinikmati dengan sos pilihan. Nak makan begitu saje pun boleh dah.
#likedanshare resepi ni kat wall ade masa boleh la buat nanti.
Anak-anak mesti suka rangup-rangup. Dah makan mesti sampai tak cukup. Percayalah!
MW: Macam ni rupanya nak buat kentang goreng jadi ‘crunchy’, tak lembik lepas dah angkat. Buat sendiri lebih jimat, diyakini halal dan terjamin kebersihannya.
Memang geram dan geli bila lalat berkerumun dan hinggap pada makanan yang dihidang. Apatah lagi jika lumrahnya lalat merupakan serangga yang kotor. Jika dah cuma macam-macam cara tapi tak berjaya boleh cuba petua halau lalat ni. Guna bahan semulajadi limau nipis dan cengkih je, betul-betul menjadi dan berkesan dengan petua ni.
“Kampung kami macam diserang sang lalat. Rumah kami laaa, rumah orang lain tak tau la pulak diserang ke tak. Kebetulan ada buah limau nipis, ku belah-belah ku cucuk cengkih, letak atas meja”
“Eh eh tau pulak ko takut ya lalat. Betul-betul menjadilah petua ni. Ada yang pernah buat ke?”
MW: Jadi kalau ada masalah banyak lalat dekat rumah tu boleh cuba bahan semulajadi guna cengkih dan limau nipis je. Petua yang cukup mudah, jimat kos malah berkesan! Kena cuba.