Mungkin ramai yang tak tahu macam mana untuk keluarkan susu badan tanpa melahirkan anak, maksudnya jika anda ambil angkat dan mahu jadikan anak susuan. Ok jangan risau anda mampu dan ikutlah tip yang dikongsikan Fynn Jamal. Moga niat dan usaha anda untuk menyusukan anak dengan susu badan dipermudahkan…
Ramai rupanya berminat nak tau macam mana proses mengeluarkan susu badan tanpa melahirkan. Untuk yang ingin tahu, faktanya adalah seorang wanita yang tidak pernah berkahwin, tidak pernah melahirkan, tidak kira usia mampu mengeluarkan susu badan.
Subhanallah, kan?
sebab itu الله angkat anak susuan setaraf anak kandung.
sebab katalah apa sahaja–
to mother is not to just giving birth.
What you would need:
1) motilium 2) breast pump 3) supplements
Pil motilium sbnrnya adalah pil tahan muntah yg kalau diambil secara berlebihan akan memberi kesan rangsangan kilang susu wanita.
dua biji–
sehari 4 kali.
selepas 3 hari berdisiplin dengan moti, mulakan power pumping. maknanya– ada ke tak ada ke– pam lah sahaja.
sekali 20-30minit.
3 jam sekali.
jgn beralasan. ambik cuti kalau terpaksa. pam kosong kat opis. sukati.
nak 1000 daya.
mula2 mmg rasa “ee pebende ni” haahah. tapi selepas dekat seminggu, atas izin الله, akan terbit setitik susu.
never stop power pumping.
dont ever stop moti.
masuk minggu kedua insyaAllah dah mula sesudu kalau pam. masa ni baru start simpan. caranya letak dalam botol– terus freeze. pam lagi, dpt sesudu dua lagi– masuk dlm botol. sampai dapat agak2 sekali kenyang.
fyi, baby baru lahir perlukan cuma susu sebesar kacang. nak jadikan anak angkat kita anak susuan– cukup 5 kali kenyang.
lepas tu tak larat nak berhenti;
sukati.
tapi jadikan dia anak susuan kita.
sbb kalau tidak– sebaik dia masuk usia– terbataslah sudah dia dan kita bagaimana stranger. aurat semua kena jaga. haaa. susah kita.
Ads
so faham tak kenapa org tak ambil anak angkat lepas dah besar? sebab perihal agama.
anyhow. selain power pumping dan moti, jgn kedekut utk cuba segala jenis teh, supplemen atau petua memperbanyak susu. tawakkal tu, tawakkal juga. usaha tetap kena ada.
keazaman pun mesti wujud. sakit mmg sakit. sebab yelah. kita tgh cheat mother nature. but we should.
dan oh ya. makan moti mmg badan naik macam haperr. nak makan je kije. sebab itulah sumber susu. lemak2 tu utk anak kita juga. ala. habis nanti, diet la semula. haha.
inilah dia apa yg aku buat dulu utk juna.
dia anak susuan– setara sudah dia anak kandung aku. الله yg kata. bukan aku.
——————————–
note: template berikut adalah perkongsian aku pada semua bonda susuan to be dari dulu.
disclaimer: TIDAK semestinya terbaik. please consult your doctors utk lebih kefahaman.
——————————–
breastfeeding day to day.
——————————–
FAQ
1)”saya ada lump di buah dada saya. bolehkan saya ada susu nanti?”
jawapan: boleh. buktinya– saya ada dua lump di kiri kanan. salah satunya bersaiz telur ayam kampung.
2)”bilakah saya boleh mulakan proses yang saudari lakukan utk menghasilkan susu? bolehkah saya mula WALAU PUN saya sedang period?”
jawapan: tak ada masalah. bila mana sudah ada barang2 / ubat2an yang diperlukan, telanlah sahaja. itu jadi hari pertama proses kita.
3)”saya tak pernah bersuami, tak pernah ada anak, apakah saya boleh menyusukan?”
jawapan: selagi seorang perempuan itu ADA kelenjar mamari, dia BOLEH menyusukan– DENGAN SYARAT rajin usaha dan disiplin. kelenjar mamari itu ada di puting (boleh cari pelbagai video di youtube utk memahami konsep kelenjar mamari).
4)”bila saya patut mulakan proses? untuk saya mengagak jangka bayi angkat saya itu nanti dilahirkan”
jawapan: sebulan adalah sedang elok. dua minggu juga boleh. bayi yang baru lahir tidak memerlukan banyak susu. kurang dari 1oz, sebenarnya. dalam masa 2 minggu (KALAU benar2 disiplin, sudah boleh beri amaun cukup untuk bayi).
Ads
5)”saya cuma ada pam manual. tidak ada pam elektrik. apakah ia akan menimbulkan masalah?”
jawapan: tidak. tapi rajin kena lebih. penat, jangan nangis.
ok.
on to the schedule.
Nota:
Anda boleh menggunakan jadual saya sebagai rujukan. cuma tinggal gantikan tarikh saya dengan tarikh anda.
APA YANG SAYA GUNA DALAM PROSES INI
—————————————-
1) motilium — sehari 4 kali. sekali 2 biji.
2) pam elektrik spectra — pam sekali setiap 3 jam. setiap kali 20 – 30 minit.
3) fenugreek — sehari 1 kali. sekali 2 biji.
4) teh penambah susu — selang sehari. sekali satu teko.
5) drive — perlu ada sebab. SENTIASA bayangkan anak kita nanti akan menyusu dari kita.
6) TAWAKKAL. cakap pada hati, “kalau ada, ada. kalau takde, tak ada rezeki”
redha-utk-terima-hakikat-susu-takkan-keluar itu perlu kerana hati yang serabut takkan membantu susu keluar. perlu terima kemungkinan beli barang2 ini semua burn dan terbazir. tapi kena redha. sebab kilang susu kita ada kaitan dgn neuron di bahagian bawah otak.
DAILY JOURNAL
—————–
DAY 1 (18 April 2012)
mula makan motilium setiap hari.
simptom:
tiada.
DAY 3 (20 April 2012)
mula pam.
simptom:
masih tak ada. langsung. dua tiga hari TAKKAN ada simptom.
JANGAN SEDIH, JANGAN PATAH SEMANGAT.
tak ada apa2, pun, sengih sahaja. rilek.
Ads
DAY 5 (22 April 2012)
ambik injection (optional)
simptom:
di corong pam akan kelihatan minyak2 yang membentuk lingkaran.
nampak macam daki pun ada.
puting akan seperti banyak daki kering yang boleh kita bersih2kan.
DAY 7 (24 April 2012)
teruskan power pumping.
sudah boleh mula makan fenugreek dan minum teh.
simptom:
air jernih keluar dari puting. sedikit.
banyaknya macam picit jerawat je. maknanya secelet gila. dah boleh terkinja dah masa ni.
(aku la. terus telepon semua orang. haahahah)
DAY 11 (28 April 2012)
jangan berhenti power pumping
Simptom:
susu makin banyak (walau tidaklah banyak ke tahap boleh disimpan)
jangan lari dari disiplin sebab kita sedang imitate proses semulajadi.
kita sedang tipu badan kita– cheating them to produce milk.
hari2 seterusnya, susu makin bertambah.
selera makan BERTAMBAH.
kalau lapar terus rasa nak cekik orang.
hahaah.
apa pun,
bila TIBA hari yang anda rasa mahu mula menyimpan, simpanlah.
DAY 15 (2 Mei 2012)
keep on pumping.
sekali pam sekarang ini baru dapat dalam satu sudu. alhamdulillah. one pump to another, tak pernah makin kurang. sentiasa makin bertambah. WALAU setitik lebih, aku seronok. kena sabar.
orang lain ada pilihan tak susu badan.
kita takde.
5 kali kenyang baru lengkap syarat jadi muhram kita.
dan anak2 keluarga kita nanti2.
(tapi latest katanya 3 kali sudah cukup syarat. but ah. kalau dah ada tu–
bagi je leeee)
ya?
barakallah.
selamat mencuba!
Pesanan: this goes without saying: PLEASE CONSULT YOUR DOCTORS. i did. 🙂
pps: PLEASE dont make this a debate. respect each other’s choices utk susubadan atau tidak.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Setengah isteri segan dan malu bila mengaku suri rumah. Kenapa perlu malu nak cakap kerja hanya suri rumah. Itulah kerja sebaik-baiknya untuk keluarga.
Namun, ada juga orang berpandangan, belajar tinggi-tinggi tapi akhirnya hanya duduk di rumah, uruskan keluarga. Rugi sahaja mak ayah hantar belajar tinggi-tinggi.
Jangan beranggapan kerja suri rumah ini dipandang rendah dan tidak memberi apa-apa faedah atau keuntungan kepada keluarga. Ketahuilah, kerja seorang suri rumah lebih penat berbanding isteri yang ada pekerjaan tetap.
Sekurang-kurangnya bila isteri berada di tempat kerja, dia boleh melupakan seketika kerja-kerja rumah dan ada masa untuk keluar makan bersama kawan. Sedangkan suri rumah, 100 peratus kerjanya hanya di rumah, tak ada ruang dan masa untuk berehat sebab memikirkan kerja yang banyak perlu diuruskan.
Hanya suri rumah sahaja yang memahami. Walau bagaimanapun, suri rumah sekarang semakin bijak dan mampu juga menjana pendapatan sendiri. Seperti apa yang dikongsikan oleh Sariah Suhailah ini.
Kawan saya cakap, sekarang ni baru dia yakin nak cakap ‘Saya suri rumah.’ Selepas dah berniaga, dah ada duit sendiri, baru yakin nak sebut ‘suri rumah’.
Kenapa?
Kerana ada segelintir masyarakat kita yang pandang rendah pada suri rumah.
Baru je habis belajar, makcik bawang mula la jalankan tugas. Bila nak kerja? Nak kerja apa? Kerja kat mana?
Jadi, tanggapan kita ialah orang yang bertanya itu nak tahu kita ada duit atau tak. Kerja, ada duit. Tak kerja, tak ada duit. Walhal, ada yang hanya sekadar berbasa basi.
Yang ada duit ni, dipandang bagus. Padahal, ramai yang cukup bulan pun sesak nafas dek kerana habis membayar. Lepas la nak bayar kutu setahun buat beli pulut dakap. Huh!
Tapi, kita tak boleh nak tutup mulut orang. Yang boleh ialah, kita besarkan jiwa kita, ubah persepsi kita terhadap diri kita sendiri sebagai surirumah.
1. Suri Rumah Kerja Mulia Sebaik-baik perkhidmatan ialah berkhidmat untuk keluarga kita. Yang menilai kita bukan manusia. Allah saja dengan kita. Maka, kenapa kita rasa malu bila berkerja di rumah dengan hanya disaksikan Allah? Pasti, Allah tak pandang kosong. Dia akan pandang dengan penuh rahmat, penuh kasih sayang sebagaimana kita berkhidmat untuk suami dan anak-anak dengan penuh kasih sayang.
2. Allah Nak Jaga Kita Dari Pandangan Manusia Bila bekerja, kita terdedah kepada mata-mata orang, lelaki dan perempuan. Tak semua kita sempurna menutup aurat dan tak semua kita boleh jaga kata-kata. Malah, tak semua kita boleh jaga hati kita.
Bila kita kurang bertemu orang, maka Allah sedang menjaga kita. Menjaga aurat kita, menjaga mata, lidah, telinga kita dan paling penting menjaga hati kita. Jadi, apa sebab kita nak malu dengan ‘title’ surirumah? Sedangkan Allah sedang melindungi kita.
3. Bagi Yang Bertanya Tentang Kerja Kita, Jawablah Dengan PenuhKesyukuran Di Hati
“Alhamdulillah, saya tak kerja. Saya suri rumah. Sepenuh masa.” Jawablah dengan senyuman kesyukuran, puas atas khidmat kita untuk insan yang kita sayang.
Tinggikan kesyukuran kita, maka akan tenggelam segala resah dan prasangka. Insya Allah.
Yang berpeluang nak jana pendapatan, silakan. Malah, dialu-alukan. Saidatina Khadijah r.a. juga peniaga ulung, memberi sebanyaknya untuk Islam.
Tapi, yang tak berpeluang, usah rendah diri. Allah sedang mengangkat darjat kita dari sisi berbeza. Aamiin.
Jangan risau tak ada duit pencen, kerana Allah nak bagi pencen di akhirat.
Sariah Suhailah Chik
Saya surirumah.
#bahagiasentiasa
#fastaqimsolution
MW: Tak perlu malu pun digelar suri rumah. Baik suri rumah sepenuh masa atau yang bekerja, masing-masing ada tanggunggunjawab untuk keluarga.
Buat mana-mana isteri yang sedang dalam ikhtiar untuk hamil meminum air rebusan buah zuriat pun antara petua yang disarankan. Bagaimanapun, buah itu sendiri kulitnya keras dan begitu susah hendak dibelah.
Sebab itulah, ada cara-caranya bagaimana untuk pasangan suami isteri yang mahu memulakan usaha ikhtiar hamil dengan amalkan minum air rebusan buah ini. Puan Sarah Faizaah Bt Mohd Yusof(Kak Sarah) berkongsi panduan tip menghasilkan air rebusan buah zuriat.
“Buah Zuriat ini sebenarnya dari Tanah Arab. Kat sana dikenali dengan nama buah Doom. Di Malaysia saja kita panggil dia Buah Zuriat.”
5 Tip Hasilkan Air Rebusan Buah Zuriat
1. Belah Buah Zuriat
Belah buah zuriat (rujuk pada video cara-caranya) dan keluarkan isi dalamnya. Mindset kena POSITIVE! Buah ni memang keras, tapi bila kita setkan mind kita yang buah ni senang untuk dibelah, in shaa Allah mudah untuk kita belah.
“Orang Arab kata, betapa susahnya belah buah ini, begitulah payahnya ikhtiar kita untuk mendapatkan zuriat. Jadi teruskan ikhtiar dan jangan putus asa”
2. Rebus Isi Sahaja Sebab..
Ambil isi buah (yang warna putih) dan rebus sehingga air bertukar warna seakan-akan warna teh. Cara kak Sarah, hanya rebus isi sahaja, tak perlu sekali dengan kulit sebab ada yang perut sensitif dan akan cirit-birit. So, ambil isinya sahaja ya.
Cara minum air rebusan buah zuriat
1 cawan pagi
1 cawan malam
* minum bersama suami dan isteri
Macam mana rasa airnya..
Air rebusan buah zuriat ini rasanya seakan-akan payau. Ada sesetengah orang tak tahan dengan rasa airnya. Saranan Kak Sarah, campurkanlah dengan pati delima atau pati kurma. Boleh juga kedua-duanya.
Ini kerana, campuran ini tadi akan hasilkan rasa manis-manis kurma dan masam-masam delima. Taklah rasa tak sedap dekat tekak. Pati kurma ini pun bagus untuk meningkatkan tenaga. Macam sekarang Kak Sarah sedang breastfeed baby, jadi pati delima tu pekatkan susu badan.
Untuk isteri : Masa haid boleh stop minum dulu ya. Sambung minum semula selepas habis haid tapi kalau haid tak lawas atau sangkut-sangkut, boleh teruskan minum sehingga period lancar.
3. Boleh Ulang Rebus, Tukar Bila Warna Dah Jernih
Suami Isteri boleh buat stok air rebusan buah ni dalam fridge supaya air kekal fresh. Buah zuriat ini boleh diulang rebus selagi airnya masih kekal warna teh. Jika air bertukar warna jernih, bolehlah tukar dengan buah yang baru.
Ini contohnya :
Nak buat stok untuk 3 hari
So 1 hari = 4 cawan ( pagi dan malam / suami dan isteri )
3 hari x 4 cawan = 12 cawan
Letak dalam 12 cawan dan rebus air tu untuk stok 3 hari
Nota : Lebihkan sikit air sebab bila rebus, kuantiti air akan berkurang.
4. Amalkan Sampai 44 Hari Atau Sehingga Mengandung
Disarankan minum setiap hari sehingga 44 hari atau sehingga hamil. Jangan ikhtiar separuh jalan ya.
Surah Ali Imran ayat 38
Surah Ali Imran ayat 200
5. Baca Selawat Dan Amal Surah Ini
Sebelum minum bersama suami dan isteri, niat dengan sejelas-jelasnya untuk ikhtiar hamil tahun ini. Contohnya, “Ya Allah, aku ikhtiar minum air buah zuriat ini untuk aku hamil tahun ini tahun 2018. Amin.”
Kemudian, bacalah Bismillah, selawat ke atas Nabi Muhammad SAW dan diikuti surah Ali Imran, ayat 38 dan 200.
Khasiat Buah Zuriat
Ikhtiar mendapatkan zuriat bagi pasangan yang telah lama berkahwin dan tidak mempunyai zuriat, insyaallah dengan izinNya jika meminum dan mengamalkannya. Allah SWT akan mudahkan.
√ Meningkatkan kesuburan seseorang
√ Menguatkan rahim
√ Merawat masalah keputihan
√ Melancarkan peredaran darah
√ Meningkatkan kualiti sperma
√ Melawaskan keluarnya darah haid
√ Haid teratur – Merawat tiub tersumbat
√ Mengandungi elemen zat besi yang tinggi mempunyai kadar antioksidan yang tinggi dan ianya mungkin menjadi penyebab dalam menyumbang kesuburan seseorang.
Semakin anak meningkat usia, menjadi anak remaja. Tentunya mereka melalui fasa perubahan emosi yang ketara. Terutama meluahkan apa yang mereka rasa.
Kadangkala, anak remaja tidak sedar apa yang diluahkan itu boleh memberi kesan buruk kepada persekitarannya. Bagi mereka, asalkan sudah diluah apa yang terbuku di hati, puaslah hati itu.
Cabarannya semakin hebat dengan adanya media sosial. Mereka boleh meluah rasa tanpa batasan. Sebagai ibu ayah, bimbang saja hati andai anak remaja sendiri tersilap langkah.
Inilah yang dialami bapa ini sendiri, Guru Bimbingan dan Kaunseling, Abdul Muiz Ruslee bila anak sulungnya meluah ketidakpuasan hati dengan ibu bapanya.
Anak Remaja Bebas Bersuara Di Media Sosial
Kebebasan bersuara anak-anak kita.
Sebelum ni, banyak kisah yang saya dengar. Anak-anak bercerita buruk tentang mak ayah dalam Twitter. Bila terbaca, kita merasakan mereka anak yang kurang adab. Tak tahu jaga sensitivi dan tak pandai tutup aib keluarga.
Sampailah satu ketika, saya juga diuji dengan perkara yang sama.
Dua hari lepas, panjang lebar kami bebelkan si sulung.
Dia meluahkan perasaan di status WhatsApp. Katanya, “beli telefon beribu boleh pula, aku minta duit RM20 tak bagi.”
Saya tak baca status itu. Tapi isteri yang perasan. Itupun selepas dia godek-godek telefon si sulung. Rupa-rupanya, status WhatsApp itu pun boleh disorok daripada pengetahun orang tertentu iaitu kami.
Bila tahu saja, menggelegak lah.
Bukan isu RM20, bukan juga isu henset beribu. Ini isu kebebasan bersuara.
Apa yang anak-anak fikir, mereka boleh luahkan apa sahaja. Tanpa mereka sedar, luahan mereka itu bukan sahaja mengaibkan malah mungkin boleh memburukkan keadaan.
Itulah yang kita lihat di Twitter mahu pun di TikTok.
Ini Yang Mak Ayah Perlu Jelaskan Pada Anak Remaja
Salah mereka kah?
Bila saya alami sendiri, baru saya sedar. Mereka tidak bersalah. Tetapi kami yang bersalah.
Salah dari segi apa?
Kerana tidak pernah memberitahu perkara itu.
Si sulung tak tahu yang perbuatan itu salah. Yang dia tahu, dia mahu meluahkan.
Asalkan bengkak di dalam hati, surut. Implikasinya, fikir kemudian. Atau, mungkin tak sempat nak fikir.
Jadi, kita sebagai ibu bapa, peranan kitalah untuk menasihati anak-anak yang sedang meningkat remaja ini.
Selebriti wanita popular, Yana Samsudin rupanya bukanlah berasal dari keluarga senang. Mengimbau kembali perjalanan hidup dari zaman kecil yang penuh kepayahan, ibu kepada tiga...