Menu nak kurus, maklum sahaja nak pakai baju cantik-cantik hari rayakan. Walaupun beraya dalam PKPB dan tak dapat nak balik kampung, sekurang-kurangnya dapatlah bergaya dengan anak beranak.
Menu nie termasuk sahur, berbuka dan moreh sekali. Masih berbaki dalam tiga empat hari nie, apa kata try menu ini. Manalah tahu boleh bantu untuk kuruskan.
SELASA
Sahur
6 sudu besar oat (150kcal) + 1 sudu besar kismis (60kcal) + kacang badam (20kcal) + 2 sudu besar susu rendah lemak (65kcal) – dicampur menjadi muesli
1 biji pisang (80kcal)
Berbuka
1 ketul tepung pelita (101kcal)
1 gelas air buah epal (120kcal)
Makan Selepas Maghrib
1 hidangan spaghetti alio olio + ikan salmon grill + salad (350kcal)
2 gelas air perahan lemon kurang gula (60kcal)
Moreh
2 keping tauhu sumbat + sos (110kcal)
Cappuccino panas dengan 2 sudu besar susu rendah lemak (63kcal) tanpa gula
RABU
Sahur
1 cawan nasi beras perang (140kcal) + ikan selar masak pindang + bendi + tomato (150 kcal)
1 gelas air pink guava (100kcal)
1 gelas air kosong
Ads
Berbuka
1 gelas air buah oren (120kcal) + 1 ketul popia basah (74 kcal)
Atau 1 ketul popia goreng (114kcal)
Makan Selepas Maghrib
Kue tiaw sup daging ala cina (300kcal) + 2 ketul wantan goreng (100kcal)
1 gelas air barli tanpa gula ( 30kcal)
1 gelas air kosong
Moreh
2 keping roti jala (40kcal) + kuah kari (70kcal)
Minuman coklat panas (250kcal)
KHAMIS
Sahur
1 cawan nasi goreng cina + 2 biji kurma (60kcal)
2 gelas air kosong
Berbuka
1 gelas air buah mangga (130kcal)
1 biji kuih koci (100kcal)
Makan Selepas Maghrib
1 cawan nasi beras putih (150kcal) + ikan siakap stim halia (150kcal) + kailan goring (120kcal)
1 gelas air limau nipis tanpa gula
1 gelas air kosong
Ads
Moreh
3 keping biskut oat (105kcal)
Susu rendah lemak (125kcal)
JUMAAT Sahur
1 gelas susu rendah lemak (125kcal) + 60g bijirin sarapan pagi (75kcal)
1 buah pir hijau (70kcal)
1 gelas air kosong
Berbuka
½ mangkuk lai chee kang (150kcal)
2 biji kuih cara berlauk (80kcal)
Makan Selepas Maghrib
Nasi ayam penyet (400kcal) + kangkung bercili (110kcal)
1 gelas air teh bunga tanpa gula
1 gelas air kosong
Moreh Sandwich tuna
2 keping roti gandum penuh + tuna + marjerin nipis + salad/tomato/timun (280kcal)
Air teh hijau tanpa gula
Ads
SABTU Sahur
1 cawan nasi putih (155kcal) + 1 ketul ayam goreng (200kcal) + sup sayur campur (50kcal)
1 biji buah lai kuning (60kcal)
2 gelas air kosong
Berbuka
1 gelas air belimbing (120kcal)
½ mangkuk bubur kacang hijau (150kcal)
Makan Selepas Maghrib Laksa Penang
1 cawan laksa (130kcal) , 1 biji telur rebus (65kcal), salad dan timun hiris (10kcal), kuah laksa (100kcal)
1 gelas air cincau (120kcal)
1 gelas air kosong
Moreh
1 senduk mee goring + timun (150kcal)
Kopi panas + 1 sudu teh gula. (30kcal)
Info:
Jangan lupa banyakkan ambil air sekurang-kurangnya 2 gelas air (500ml) untuk setiap waktu makan.
Berbuka dengan 2 biji kurma akan membekalkan tenaga yang cepat. Buah atau air buah segar membantu memberi vitamin dan mineral. Berhati-hati bagi pesakit diabetes.
Pilihan kuih apam, cara berlauk, pulut panggang dan popia basah adalah lebih sihat. Namun, sekiranya masih teringin untuk mengambil kuih-muih, kawal kuantiti atau kongsi dengan keluarga.
Pakar Dietetik: SITI NURHAYATI ALI, pakar pemakanan di sebuah hospital swasta.
Sedapnya kuih Tepung Pelita yang lemak manis rasanya. Kuih ni cukup popular sewaktu bulan puasa sebagai pemanis mulut ketika berbuka. Nak buat kuih tepung pelita ni mudah je rupanya. Pertama kali buat pun menjadi, ikut resipi yang dikongsikan ini. Paling penting cukup mudah sebab ikut sukatan cawan dan tak perlu dikukus. Masukkan dalam acuan daun pandan. Tapi kalau nak lebih mudah masukkan dalam bekas kecil pun boleh.
Boleh cuba resipi yang dikongsikan oleh Puan Azura Isma’eyRa ini sebagai rujukan.
“Tepung pelita untuk mak.Mak nak makan dalam daun pandan so kita cuba buat harini. First time buat tepung pelita ni mudah sangat tak perlu kukus.”
Bahan-Bahan (Bahagian Bawah):
1 cawan gula
1 cawan tepung beras
4 cawan air
Pewarna Hijau
Daun Pandan
*Masak semua bahan diatas dalam periuk dan kacau sampai pekat. Letak terus dalam bekas acuan.
Bahan-Bahan (Bahagian Atas):
1 Cawan Santan
3 Cawan Air
3 sudu besar tepung beras
1 sudu kecil garam
*Masak semua bahan dan kacau sampai pekat dan tuang ke dalam acuan.
MW: Semoga perkongsian resipi tepung pelita ini bermanfaat buat mak-mak yang nak mencuba buat sendiri di rumah. Ikut cara dan langkah yang dikongsikan ni, pasti jadi. Kuihnya lembut, lemak manis dan sedap! Paling penting mudah je ikut sukatan cawan dan tak perlu kukus,
Resipi DONUT PISANG Wangi Berlemak, Rasa Manis Ngam-Ngam Tekak Sedap Sangat! Donut selalunya kegemaran anak-anak dan seisi keluarga. Memang tak jemu membuatnya. Jika mak-mak inginkan kelainan boleh cuba resepi Donut Pisang ini pula. Memang sedap, aroma wangi pisang rasa berlemak dan manisnya pula ngam-ngam je di tekak.
Ikut resipi donut pisang yang dikongsikan oleh SuiSan Aliezsha ini.
Lanjerr Donut Pisang. Aroma bau pisang & rasa dia memang sedap ya amat.
Resepi Donut Pisang
Bahan-Bahan:
1kg tepung gandum (saya guna baker choice, mana-mana pun boleh) 2 peket mauripan
4 sudu majerin (saya guna majerin pelangi) 2 cawan susu pisang (farm fresh@dutch lady) Emulco pisang kuning@putih tak kisah (saya guna yang kuning) + pewarna kuning lemon (yang ni saya agak-agak je tiada sukatan, campurkan dengan susu pisang kacau sebati)
5 sudu makan susu pekat (saya guna f&N sebab rasa dia kurang manis dari susu-susu lain).
Cara Membuat:
1.Masukkn tepung, majerin, mauripan, susu pekat gaul sebati.
2.Kemudian masukkan susu pisang gaul sehingga jadi doh, kalau kurang tambah air @ lebihan susu pisang, uli sehingga kembang.
3.Biarkan doh seketika, kemudian dah boleh mendonat.
4.Goreng macam biasa jangan guna api terlalu panas, biasa saya goreng donut, saya akan terbalikkn 2 kali sahaja, pastu angkat.
5. Dah sejuk gaul gula icing,siap.
Selamat mencuba! Hasilnya donut pisang wangi & rasa berlemak. Jangan risau tak manis rasa dia ngam-ngam tekak..cuba dulu lah baru tau.
Tengok saja buah mangga yang dicicah dengan serbuk colek, mahunya terus kecur air liur. Bukan hanya orng mengidam aje terliur, kita yang pantang tengok pun boleh terliur.
Biasa kalau makan buah yang masam-masam seperti mangga, kedondong, jambu batu dan sebagainya, sangat sedap bila cicah dengan serbuk colek.
Di negeri Pantai Timur, memang popular dengan serbuk colek kering ini. Kadang-kadang, kita fikir, macam mana nak buat bagi sedap seperti beli kat kedai.
Rupa-rupanya, cara nak membuat serbuk colek ini tidaklah susah sangat. Guna empat bahan sahaja. Boleh buat banyak-banya kdan simpan buat stok untuk makan dengan buah kegemaran.
Ini perkongsian resipi serbuk colek oleh Mim Yusof. Lepas ini, boleh la buat sendiri ye!
“Saya nak ajar cara buat serbuk colek kering. Kalau rasa nak makan dengan jambu, mangga dan lain-lain, letak saja serbuk ini dan gaul.
“Senang sangat nak buatnya.
Bahan-bahan:
1 cawan udang kering
2 inci belacan
10 tangkai cili kering (kalau nak pedas boleh lebihkan)
1 ½ cawan gula
Cara membuatnya:
Potong cili kering, cuci bersih kemudian toskan.
Selepas itu, goreng semua baha nkecuali gula. Goreng tanpa minyak (sagai) sampai cili, belacan dan udang kering jadi garing.
Ini yang dah siap goreng, sejukkan dahulu sehingga betul-betul sejuk. Selepas itu, kisar kering bersama gula.
Inilah yang sudah siap, kalau nak masin, boleh tambah garam sedikit. Sebab udang kering dan belacan sudah masin.
Masukkan dalam balang.
Bila nak makan, sendukkan dan bubuh dalam mangga.
Inilah hasilnya.
MW: Rupa-rupanya tak adalah susah sangat untuk membuatnya. Nanti mak-mak boleh cuba ye!
RM175 sebulan belanja barang basah, isteri kongsi tip jimat makan sekeluarga. Di kala ramai yang mengeluh harga barang dapur naik melambung, seorang isteri, Nabila ...