Tak lama dulu, viral pasal Dalgona coffee. Boleh baca link ini;https://www.mingguanwanita.my/dalgona-latte-kopi-korea-viral-senang-whisk-pakai-garfu-pun-boleh/. Sekarang timbul pula resipi kek Dalgona yang super sedap.
Pasti kek ini akan menjadikan idaman keluarga kerana rasanya yang sedap dan teksturnya yang lembut. Kredit resipi asal: Azlina Ina, diolah & diadaptasi oleh: Raihatul Wardah @ raihawardah.
Silalah cuba ye, pasti termimpi-mimpi akan kesedapannya!
RESIPI KEK DALGONA
Bahan A (Bahan untuk krim Dalgona):
1 sudu besar Nescafe original
3 sudu besar gula pasir/kastor
3 sudu besar air panas (betul2 panas)
* kesemua bahan A dikacau dengan mixer sehingga kembang. Kacau ketika air masih panas supaya adunan lebih mudah kembang.
Bahan B:
3 biji telur A
1 cawan gula kastor (kurangkan sekiranya tak suka manis)
1/2 cawan susu segar/full cream/santan
1 cawan minyak jagung
Bahan C:
2 cawan tepung naik sendiri/ tepung gandum (perlu tambah satu sudu teh baking powder)
* Sekiranya nak dikukus, perlu letak baking soda.
Cara Membuat:
Bahan A: Satukan Nescafe, gula dan air panas kemudian adun menggunakan hand mixer sehingga kembang. Ketepikan.
Bahan B: Dalam mangkuk lain, masukkan telur dan gula, diikuti minyak jagung dan susu. Putarkan bahan-bahan tadi sehingga sebati dan kembang.
Kemudian masukkan pula Bahan C yang telah diayak ke dalam adunan tadi dan adun lagi. Setelah adunan sebati, masukkan bahan A yang telah diadun kembang tadi. Gunakan cara kaup balik dengan menggunakan senduk.
Panaskan oven selama 10 minit terlebih dahulu sebelum membakar. Alas loyang saiz 7 @ 8 inci, lapik dengan baking paper. Letakkan minyak di atas baking paper supaya tidak melekat. Setelah itu masukkan loyang ke dalam oven dengan suhu 160 darjah Celsius selama 45-50 minit. (Suhu adalah mengikut oven masing-masing). Kalau kukus, masa lebih kurang 40 minit.
Nak pastikan kek betul-betul masak, cucukkan lidi di tengah-tengah kek. Sekiranya lidi tersebut bersih dan tiada sisa kek pada lidi bermakna kek sudah benar-benar masak.
Setelah kek masak dan sejuk, boleh hiaskan dengan snow powder dan juga sos coklat ataupun apa saja yang sesuai dan digemari. Kemudian bolehlah potong..Hmm..lazat tak terkata!