
Jangan Anggap Memasak Susah! Ini Resipi NASI AYAM PANDAN MADU Mudah, Sedap & Jimat Gerenti JadiĀ

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!


Kredit : Gambar diambil dari FacebookĀ Shida Yasin
Wanita Ini Kongsi Rahsia Nasi Ayam Penyet Yang Simple, Paling Penting Resipi Sambalnya!
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Sambal jering? Eii..ada yang dengar pun dah tutup hidung dan tahan nafas. Ya, bau jering memang unik; ābusukā tapi sedap gitu! Hanya penggemarnya yang tahu betapa nikmat kelazatannya.Ā https://www.facebook.com/nurul.azwa.509
Boleh dimakan mentah sebagai ulaman, direbus, masak lemak, sambal dan macam-macam lagi. Tentu masih ramai yang menggemarinya.
Dalam tempoh PKP ni, ada tak yang rindu nak masak dan makan jering? Kali ini dikongsikan resipi ringkas sambal cili padi jering tua dengan bilis. Resipi ini sangat pedas ye. Jadi, awas bagi yang kurang suka pedas. Ā Atau anda boleh kurangkan jumlah cili padi dan tambah sedikit cili besar merah.
PENTING: Untuk masakan ini, gunakan JERING TUA ye. Kalau boleh, yang sudah selaput dalamnya sudah berwarna kecoklatan. Baru ngam! Guna jering muda..memang tak jadi!
15-20 keping jering tua ā buang kulit luat, tinggalkan selaput dalam. Kerat 3@4
1 genggam bilis
20-30 biji cili padi hijau atau merah (bergantung kepedasan yang dikehendaki) ā kisar
1 keping asam gelugur
Sedikit garam
Minyak masak
Panaskan minyak dengan jumlah agak banyak. Goreng ikan bilis hingga garing. Angkat, tos dan ketepikan.
Goreng jering tua yang sudah dipotong tadi hingga agak garing. Angkat, tos dan ketepikan.
Masukkan cili padi kisar dan tumis. Masukkan asam keping, tumis hingga cili kelihatan garing dan naik minyak. Perasakan dengan garam secukup rasa. Pastikan cili benar-benar masak sebelum masukkan bahan lain.
Tambah minyak dari semasa ke semasa jika perlu, agar cili dapat masak sepenuhnya.
INGAT: Kena sabar dan masak agak lama. Bila cili masak sempurna, taklah nanti sakit perut walau pun pedas berdesing.Ā
Masukkan bilis dan jering yang telah digoreng tadi. Gaul sebati. Tutup api.
Siap. Sangat mudah kan? Boleh juga gantikan jering dengan petai. Mantap!
https://www.mingguanwanita.my/sambal-tumis-tempoyak-petai-pedas-paling-sedap-tak-cari-lauk-lain-1/
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di download sekarang!
Ayam golek kebiasaannya salah satu menu yang wajib ada di Bazar Ramadan atau pasar malam.Ā Jangan bimbang, sebenarnya mak-mak boleh cuba buat sendiri ayam golek dan sos cicahnya di rumah. Ia boleh dibakar dalam oven seekor ayam terus atau dipotong kecil seperti bakar untuk buat BBQ.
Resipi ini dikongsikan oleh anak peniaga Ayam Golek sendiri Puan Aini Salwa Binti Remely, resipi yang maknya buat niaga.
AYAM GOLEK RESEPI MAK SAYA
Ni resepi anggaran sahaja sebab ikut yang nisbah mak buat 3 guni bawang, satu periuk besar untuk niaga. So saya bagi dalam nisbah yang boleh buat 2 ekor ayam ye.
10 biji Bawang merah bombay
1 labu Bawang putih
seketul Halia (saiz 2kali ibu jari)
5 batang serai
(*semua ni blend)
2 sudu kecil Serbuk kunyit
2 ketul gula melaka (mak pakai nisey /gula kabung/gula nira. Belah Terengganu Kelantan banyak jual)
3 sudu kecil garam
*Masak semua bahan di atas sehingga agak pekat/kering)
Rasa secukup rasa. Rempah ni memang agak manis ye, sebab tu ayam elok berkilat bila bakar/golek.
Ambil rempah sapu pada ayam dan perap dalam 1 jam atau lebih, baru bakar.
10 tangkai cili kering (rebus dan kisar)
5 ulas bawang putih bakar (dikisar)
2 sudu kecil cuka
3 sudu besar gula
1 sudu kecil garam
1 sudu besar tepung jagung
*Masak semua dengan air, dah mendidih baru masukkan tepung jagung. Kacau sampai pekat. Dah siap.
Bila sos dah sejuk, tambah dalam sos kacang tanah tumbuk dan bijan .
Resipi Jilat Jari Ayam Perap Mayo, Digoreng Boleh Dibakar Lagi Sedap!
Wanita Ini Kongsi Teknik & Ramuan Istimewa Ayam Goreng Berempah Yang Dibuat Berniaga, Memang Sedap!
MW: Memandangkan tahun ni tiada Bazar Ramadan yang selalu jual Ayam Golek, jadi mak-mak boleh lah cuba buat sendiri di rumah ikut resipi yang dikongsikan ini. Terima kasih berkongsi resipi yang dibuat niaga iya. Semoga bertambah murah rezeki sekeluarga.
Sumber: Aini Salwa Binti Remely
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di download sekarang!
Mak-mak yang tak ada oven jangan susah hati, atau patah semangat nak cuba buat kek marjerin marble. Cara yang dikongsikan Nor Elyani Ramli ini bantu mak-mak masak kek marble atas dapur gas letak dalam periuk saja.
Tak rumit pun, sebab tip yang dikongsikan ini tak buatkan periuk terbakar, hangit apatah lagi berlubang. Asalkan ikut tip yang dikongsikan ini.
āMenjadi jugak kek marble nya walaupun bakar dalam periuk atas dapur je tak ada oven.. seronok anak-anak makan sebab bertahun tak buat kek kat rumah sendiri.. kalau raya buat kat kampung rumah nenek dorang je..ā
Resepinya :
1 cawan marjerin ( saya guna cap pelangi je)
1 cawan gula
2 cawan tepung naik sendiri
1 sudu kecik esen vanilla
5 biji telur size B
2 sudu besar susu cair
Pewarna hijau & merah
Cara membuat :
1. Pukul gula dengan marjerin sampai kembang, masukkan esen vanilla & susu cair. Masukkan telur sebiji demi sebiji & pukul sampai sebati. Last masukkan tepung yang dah diayak.
2. Lepas tu bahagikan 3 untuk letak pewarna. Dah masukkan loyang, masukkan dalam periuk, tutup dan masak dengan api kecil dalam 45 minit.
3. Tak payah buh air masa bakar. Masukkan dia saja dalam tu dengan api kecik ye.
Kek span marble susu sukatan cawan, mudahnya bakar guna kuali je
āSebab ramai yang tanya, periuk tak hangit ke, tak terbakar ke, tak berlubang ke..
TAK.. asalkan api kecik elok, kalau api meranggah bukan takat hangit, terbakar siap la kot kan.. ok?ā
1) Periuk kena tutup masa bakar/masak kek.
2) Tak payah letak air, kalau letak air jadi stim/kukus.
3) Boleh letak alas / tungku dapur / tudung periuk / pasir @ apa-apa petua yang mak-mak ajar, tapi saya letak loyang kek direct dalam periuk.
4) Kek saya masak dalam tempoh 45 minit, kalau kek kawan-kawan belum masak dalam waktu itu, tambah la masa 5 ke 10 minit ye.
5) Saya tak panaskan periuk tu sebelum masuk loyang kek, kalau kawan-kawan nak panaskan dulu, terserah.
Semoga dapat membantu
Sumber/Foto : Nur Elyani Ramli
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di download sekarang!
Ā© Hakcipta Terpelihara Nu Ideaktiv Sdn. Bhd ā¤ļøĀ Dikendali Oleh Astro Group
