KEK MARBLE Bakar Atas Dapur, Guna Api Kecil Periuk Tak Hangit

Mak-mak yang tak ada oven jangan susah hati, atau patah semangat nak cuba buat kek marjerin marble. Cara yang dikongsikan Nor Elyani Ramli ini bantu mak-mak masak kek marble atas dapur gas letak dalam periuk saja.

Tak rumit pun, sebab tip yang dikongsikan ini tak buatkan periuk terbakar, hangit apatah lagi berlubang. Asalkan ikut tip yang dikongsikan ini.

Guna Periuk Atas Dapur Gas, Kek Marble Elok Kejadiannya

Menjadi jugak kek marble nya walaupun bakar dalam periuk atas dapur je tak ada oven.. seronok anak-anak makan sebab bertahun tak buat kek kat rumah sendiri.. kalau raya buat kat kampung rumah nenek dorang je..”

Resepinya :

IKLAN

1 cawan marjerin ( saya guna cap pelangi je)
1 cawan gula
2 cawan tepung naik sendiri
1 sudu kecik esen vanilla
5 biji telur size B
2 sudu besar susu cair
Pewarna hijau & merah

Cara membuat :

1. Pukul gula dengan marjerin sampai kembang, masukkan esen vanilla & susu cair. Masukkan telur sebiji demi sebiji & pukul sampai sebati. Last masukkan tepung yang dah diayak.
2. Lepas tu bahagikan 3 untuk letak pewarna. Dah masukkan loyang, masukkan dalam periuk, tutup dan masak dengan api kecil dalam 45 minit.
3. Tak payah buh air masa bakar. Masukkan dia saja dalam tu dengan api kecik ye.

IKLAN

Kek span marble susu sukatan cawan, mudahnya bakar guna kuali je

KEK MARBLE Bakar Atas Dapur, Guna Api Kecil Periuk Tak Hangit

Ikut Tip Ini Elak Periuk Hangit, Terbakar Atau Berlubang

Sebab ramai yang tanya, periuk tak hangit ke, tak terbakar ke, tak berlubang ke..
TAK.. asalkan api kecik elok, kalau api meranggah bukan takat hangit, terbakar siap la kot kan.. ok?”

IKLAN

KEK MARBLE Bakar Atas Dapur, Guna Api Kecil Periuk Tak Hangit

Tip Bakar Kek Marble Dalam Periuk Atas Api Dapur

1) Periuk kena tutup masa bakar/masak kek.
2) Tak payah letak air, kalau letak air jadi stim/kukus.
3) Boleh letak alas / tungku dapur / tudung periuk / pasir @ apa-apa petua yang mak-mak ajar, tapi saya letak loyang kek direct dalam periuk.
4) Kek saya masak dalam tempoh 45 minit, kalau kek kawan-kawan belum masak dalam waktu itu, tambah la masa 5 ke 10 minit ye.
5) Saya tak panaskan periuk tu sebelum masuk loyang kek, kalau kawan-kawan nak panaskan dulu, terserah.

Semoga dapat membantu

Sumber/Foto : Nur Elyani Ramli