Rupanya hanya menggunakan tiga bahan iaitu telur, tepung jagung dan air soya, mak-mak boleh buat sendiri tauhu lembut ni di rumah. Bukan apa bila buat sendiri ia lebih bersih daripada beli yang ada di pasaran tak tahu status halalnya. Tauhu lembut ni sedap dimakan begitu sahaja, di goreng bersama sayur atau dimasukkan dalam sup sayur.
Bahan-bahannya tak banyak, malah nak buat pun senang sangat!Boleh cuba resipi perkongsian Puan Nooramin Munirah Asgnari ini sebagai rujukan.
“Tauhu lembut buat sendiri ( tauhu jepun),cuma guna 3 bahan sahaja”
Bahan-Bahan:
5 biji telur
2 sudu tepung jagung
150 ml air soya
Cara Membuat:
1.Campur semua bahan, kisar secara perlahan.
2.Tapis dan masukkan dalam acuan untuk dikukus.
Ads
3.Kukus selama 25 minit dan sejukkan sebentar.
4.Keluarkan dari acuan setelah disejukkan.
Tips Ekstra!
Salut dengan tepung dan cornflakes yang dihancurkan, sedap. Tapi salut telur lebih mudah dan baunyaa buat perut berkeroncong.
Selamat Mencuba!
MW: Mak-mak yang suka makan tauhu telur ni, boleh lah cuba buat sendiri di rumah. Lebih diyakini status halalnya, lebih jimat dan pasti lebih bersih cara pembuatannya bila buat sendiri berbanding beli yang sedia ada di pasaran.
Keropok lekor memang sedap digoreng dan makan panas-panas waktu minum petang. Lebih-lebih lagi jika menggunakan ikan segar. Bagi negeri di pantai timur seperti Terengganu, memang terkenal dan cukup popular dengan keropok lekornya yang sedap dan garing.
Rupanya selain ikan segar, keropok lekor yang dibuat perlu menggunakan tepung sagu, barulah jadi elok kejadiannya. Mak-mak boleh cuba buat keropok lekor sendiri ikut resipi yang dikongsikan Fatin Umiyah ini yang merupakan orang Terengganu.
“Saya orang ganu…selain penyu, keropok lekor pun glemer jugak.Hari ni nak share keropok lekor made by mak saya..hihi..buat makan petang.”
“Saya tukang tengok tukang makan je, uli semua mak saya yang buat..sebab air tangan mak selalu nye sedappp.”
“Untungkan jadi anak nelayan..duduk kat tepi sungai dan laut ni..ikan pun fresh.”
3 mangkuk isi ikan mentah (selayang/selar) *kisar guna blender kering
3 mangkuk Tepung sagu
Garam
Perasa
Air
1. Gaul semua bahan-bahan, sukatan air, garam tu agak agak la.
2. Uli sampai jadi la macam ni.
3. Boleh goreng terus atau rebus dulu.Nak goreng selepas rebus pun boleh, makan yang rebus camtu je pun boleh.
Selamat Mencuba!
Saya izinkan share..semua boleh share..mak saya halalkan.
MW: Keropok lekor guna ikan fresh dan goreng makan panas-panas memang sedap dan puas hati. Tak susah pun nak buat keropok lekor ni, bahan-bahan pun tak banyak. Memang kena cuba nanti.
Mudah je rupanya mak-mak nak buat ‘pizza’ segera. Tak perlu susah-susah nak uli doh pizza, guna roti pun boleh jadi. Tak perlu lagi bimbang jika tiada oven di dapur sebab boleh bakar dalam kuali je.Malah hanya guna 5 bahan-bahan asas, sangat simple dan mudah!
“Nina share cara nina buat pizza di rumah. Ni pizza SEGERA. Tak yah nak pening-pening uli lenyek tepung. Tak yah pakai yis. Sampai tertidur tunggu yis naik.”
“Mak-mak yang anak kecik, boleh cuba buat. Maklumlah, nak uli tepung, anak pun ikut uli. Ni ayah pun lulus buat. Yang tak pernah masak pizza pun, inshaAllah pandai buat pizza.
“Resepi ni sesuai bagi yang nak piza segera tanpa uli gandum dan tunggu doh naik. Dah beberapa kali saya buat. InshaAllah walau piza dah sejuk, masih lembut. Bahan-bahan ini biasanya yang sedia ada di rumah.”
Roti 8 keping (suka pizza nipis)
Roti 10 keping (saya guna yang ni sebab suka pizza tebal)
Susu segar sedikit (agak-agak, tak sukat). Farm fresh pun boleh. Tapi di kedai dah habis, saya beli dutch lady.
Sardin (brand ni saya guna 2/3 sahaja, ada baki simpan).
Sos Tomato (lupa letak gambar, saya guna brand life)
3 keping Keju (boleh apa-apa keju lain)
1.Loyang sapu dengan marjerin.
2.Guna ‘food processor’ macam ni. Sebab kalau guna blender biasa, tak jadi, kene letak banyak susu, nanti pizza lembik. Blend roti 5 keping dan sedikit susu. (10 keping tu maknanya 2 kali saya kisar). Jangan lebih susu nanti pizza tak jadi. Jadi lempeng lembik. Jangan kurang, nanti blender tak jalan.
3.Blend jadi rupa macam ni. Tak keras sangat. Tak cair sangat.
4.Letak atas loyang. Ratakan penuh sabar.
5.Letak sos tomato.
6.Letak sos dari sardin pula. Maksudnya sos yang dalam tin sardin. Ambil sos dia sahaja dulu.
7.Isi sardin tu lenyek bekas lain. Tabur rata. Ikut suka nak banyak atau sikit. Tapi banyak lagi sedap.
8.Letak tungku. Saya terbalikkan macam ni. Jangan letak air. Nanti jadi steamer pula. InshaAllah tak bocor kuali. Oven tradisional ni. Saya tak reheat. Yang nak reheat dulu pun boleh.
9.Saya letak keju 3 keping. Potong panjang.
10.Buka api perlahan. Tutup. Masak 45minit – 60 minit. Saya kunci jam, risau lupa. Kalau kurang dari 45 minit, masak juga. Tapi saya suka garing sedikit.Api kuat saya tak pernah buat. Mungkin bawah hangus tapi tengah dan atas belum masak.
11.Bila dah masak, yang mahir, tengah panas, boleh terus potong, bahagi 6 atau 8. Yang tak mahir, tunggu suam. Baru potong. Salah teknik nanti hancur. (Sebab dah pernah ada pengalaman, orang lain potongkan, bergerigi dan “hancur”).Saya takde pemotong piza yang gelek tu. Saya guna pisau biasa sahaja.Ni pizza tebal. Yang tak suka tebal macam ni, buat 8-9 keping roti pun ok.
Nak panaskan semula, kalau tak suka pizza sejuk, masuk semula kuali tadi. Panaskan api kecil 5-10 minit.
MW: Tak perlu susah-susah nak uli tepung atau risau kalau rumah takde oven, sebab pizza ni guna roti dan hanya perlu masak atas api dalam kuali. Cukup mudah! Malah lebih jimat dan puas hati, boleh letak banyak-banyak ‘topping’ yang kita suka.
Bagi peminat kek keju, Basque Burnt Cheese Cake antara kek sedap yang mesti kena cuba! Kek ini memang agak mahal mahalnya jika dibeli, memandangkan mempunyai kandungan keju yang banyak. Namun sebenarnya tak susah nak buat Basque Burnt Cheese Cake hanya guna 6 bahan je.Malah lebih jimat dan berbaloi.
Mak-mak boleh cuba resipi Basque Burnt Cheese Cake yang dibuat niaga seperti yang dikongsikan oleh Puan Raja Rehan Raja Zammil ini. Menurut wanita ini, adunan ini boleh dapat dalam 8 biji kek dan paling penting jangan derhaka pada resipinya.
“Kat sini akak nak share resepi Basque Burnt Cheese Cake yang dibuat niaga.. Baca satu-satu tau.. Please jangan derhaka kat resepi. Doakan sekali rehan murah rezeki yer kesayangan semua.”
2kg cream cheese Royal Victoria (keluarkan dari peti sejuk sejam awal)
14 biji telur gred A
60gm Tepung gandum
600gm gula halus
2 penutup Esen vanilla
1 litre Whippingcream (pukul kental terlebih dahulu)
1. Pukul Whippingcream sehingga kental dan ketepikan (masuk balik dalam peti ais).
2. Mix cream cheese dengan gula halus sehingga sebati.
3. Kemudian masukkan telur sebiji demi sebiji beserta esen vanilla.
4. Seterusnya masukkan tepung gandum dan mix sebati.
5. Kemudian, masukkan pula Whippingcream yang dah kite simpan dalam peti ais tadi.. Mix sekadar sebati kan sahaja.
6. Untuk loyang 6 inch.. Adunan ni dapat dalam 8 biji kek. Alaskan kertas parchment paper kat loyang.. Anggaran sebelum bakar untuk sebiji kek dalam 550gm.
7. Bakar pada suhu 200c selama 45minit kemudian tukarkan suhu kepada 170c selama 15 minit.
8. Sejukkan dalam peti ais selama 2 jam sebelum dihidangkan.
Nota:
Sebelum buat semua ni.. Sila panaskan oven terlebih dahulu, guna api atas bawah.
MW: Bagi peminat cheese cake boleh cuba resipi ini. Nak beli agak mahal harganya, lebih jimat dan berbaloi bila buat sendiri.
Nak cerita pasal curang, memang tidak akan ada penamatnya. Baik lelaki atau perempuan, masing-masing bijak buat hal diam-diam tanpa memikirkan kesannya.