Bagi peminat kek keju, Basque Burnt Cheese Cake antara kek sedap yang mesti kena cuba! Kek ini memang agak mahal mahalnya jika dibeli, memandangkan mempunyai kandungan keju yang banyak. Namun sebenarnya tak susah nak buat Basque Burnt Cheese Cake hanya guna 6 bahan je.Malah lebih jimat dan berbaloi.

Mak-mak boleh cuba resipi Basque Burnt Cheese Cake yang dibuat niaga seperti yang dikongsikan oleh Puan Raja Rehan Raja Zammil ini. Menurut wanita ini, adunan ini boleh dapat dalam 8 biji kek dan paling penting jangan derhaka pada resipinya.

“Kat sini akak nak share resepi Basque Burnt Cheese Cake yang dibuat niaga.. Baca satu-satu tau.. Please jangan derhaka kat resepi. Doakan sekali rehan murah rezeki yer kesayangan semua.”

Resepi Basque Burnt Cheese Cake by Rehan’s Homemade

Bahan-Bahan:

2kg cream cheese Royal Victoria (keluarkan dari peti sejuk sejam awal)
14 biji telur gred A
60gm Tepung gandum
600gm gula halus
2 penutup Esen vanilla
1 litre Whippingcream (pukul kental terlebih dahulu)

Basque Burnt Cheese Cake Dibuat Niaga, Syaratnya Jangan Derhaka Resepi

Cara Membuat:

1. Pukul Whippingcream sehingga kental dan ketepikan (masuk balik dalam peti ais).

IKLAN

2. Mix cream cheese dengan gula halus sehingga sebati.

3. Kemudian masukkan telur sebiji demi sebiji beserta esen vanilla.

4. Seterusnya masukkan tepung gandum dan mix sebati.

IKLAN

5. Kemudian, masukkan pula Whippingcream yang dah kite simpan dalam peti ais tadi.. Mix sekadar sebati kan sahaja.

6. Untuk loyang 6 inch.. Adunan ni dapat dalam 8 biji kek. Alaskan kertas parchment paper kat loyang.. Anggaran sebelum bakar untuk sebiji kek dalam 550gm.

7. Bakar pada suhu 200c selama 45minit kemudian tukarkan suhu kepada 170c selama 15 minit.

IKLAN

8. Sejukkan dalam peti ais selama 2 jam sebelum dihidangkan.

Basque Burnt Cheese Cake Dibuat Niaga, Syaratnya Jangan Derhaka Resepi

Nota:
Sebelum buat semua ni.. Sila panaskan oven terlebih dahulu, guna api atas bawah.

MW: Bagi peminat cheese cake boleh cuba resipi ini. Nak beli agak mahal harganya, lebih jimat dan berbaloi bila buat sendiri.

Sumber: Raja Rehan Raja Zammil

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI