Rupanya rahsia Ikan Masak Cuka sedap, kena letak bawang merah dan bawang putih yang kecil-kecil. Masakan simple ini secukup rasa dan sangat sedap dinikmati dengan nasi yang panas-panas. Buat mak-mak yang suka masakan ringkas untuk keluarga boleh cuba resipi yang dikongsikan oleh Puan Norizah Saad ini. Ia merupakan resipi tinggalan dan masakan kesukaan arwah ibunya.

“Arwah mak pesan kalau buat masak cuka ikan kena boh bawang merah dan bawah Putih yang kecik-kecik..Siap sudah masakan kesukaan arwah mak. Alfatihah untuk mak semoga tenang di Sana.”

“Setengah orang panggil masak cuka ada yang panggil jeruk ikan apa pun selera dimakan dengan nasi panas-panas . Masakan ni kan masak hari ni esok makan lagi sedap.Nak buat ke..senang ja.”

Bahan-Bahan:

2-3 ketul isi ikan ketul (sedap kalau ikan tenggiri atau ikan merah).
10 ulas bawang kecik (pilih ulas yang halus-halus tau)
5 ulas bawang putih
6 biji Cili padi
1 camca biji sawi (mesti ada yang tak kenai)
sikit halia
2 camca Cuka makan
Garam & gula secukup rasa
Sikit minyak untuk menumih.

Cara Membuat:

1.Ikan digaul sikit kunyit dan garam pastu goreng.Jangan garing sangat tau.
2.Ambik periuk buh sikit minyak bila panas tumis biji sawi.
3.Masuk bawang kecil dan bawang putih
4.Masukkan 1/2 cawan air.
5.Masukkan cuka, sedikit garam dan gula secukup rasa.
6. Akhir sekali masukkan cili padi.
7. Biaq sekejap dan angkat..dah boleh dihidang.

Siap! Selamat Mencuba!

MW: Menarik resipi simple ikan masak cuka yang dikongsikan ini. Nak buat pun mudah je. Mak-mak yang tak de idea nak masak apa nanti boleh cuba resipi yang wanita ini kongsikan.

Sumber:Norizah Saad