Kaki ayam banyak khasiatnya terutama buat wanita. Kajian membuktikan kaki ayam ada banyak kolagen. Jika nak cantik dan kekal awet muda, keraplah makan kaki ayam.Ini kerana kaki ayam terdiri dari tulang, kulit dan tidak ada otot yang penuh dengan protien, kalsium, kolagen dan rawan yang mudah diserap oleh badan.

Selain dibuat sup, boleh cuba buat sendiri kerabu kaki ayam yang dikongsikan oleh Puan Whaslinda Wmohdnoor ini. Resipi yang cukup mudah, sihat dan banyak khasiatnya yang tersendiri.

Berikut perkongsian tersebut;

“Rugi kalau ade yang tak makan kaki ayam ni, sedap tuu.”

Bahan-Bahan:

Kaki ayam
Daun sup/daun bawang
Cili padi*(tumbuk)
Limau *ambil air perahan
Tomato
Serai
Halia
Bawang besar/bawang merah
Bawang putih*(tumbuk)
Sos ikan/ kicap sotong
Gula
Garam

Cara Membuat:

1.Rebus kaki ayam sampai empuk/ lembut.
2.Bahan yang tak bertanda * semua hiris, tomato tu buang je die punya biji.
3.Saya guna sos ikan sebab takde kicap sotong dan campurkan semua bahan dan gaul rata.

Tips Ekstra!

“Kaki ayam ni, lepas dah siap rebus, cuci & rendam dengan ais.Ni saya tengok cara-caranya dekat youtube, supaya isi lebih keras, tak hancur sangat, jadi lebih senang bila nak belah tengah untuk buang tulang.”

“Boleh belah guna pisau atau gunting, ayam ni saya cume buang tulang yang tengah tu je, jari-jari tu saya biarkan je ada tulang, sebab malas buang masa nak buang satu-satu.”

Hasilnya selepas tulang tengah dibuang.

Siap! Selamat Mencuba.

Baca Disini; 7 Sebab Kenapa Mak-Mak Kena Jadikan Kaki Ayam Antara Menu WAJIB Di Rumah

MW: Rupanya tips agar kaki ayam tak mudah hancur serta lebih senang dibuang tulang tengahnya untuk dibuat kerabu, adalah dengan merendam kaki ayam yang direbus dengan ais.Jadi buat mak-mak yang suka makan kaki ayam dan nak awet muda, boleh lah cuba resipi yang dikongsikan ini. Cukup mudah dan sangat senang nak buat kerabu ni.

Sumber: Whaslinda Wmohdnoor