Musim PKP ni kadang-kadang kering idea mak-mak nak masak apa. Anak-anak pulak asyik-asyik tanya, hari ni masak apa. Breakfast makan apa, lunch makan apa…nanti minum petang makan apa. Lepas tu sebelum maghrib dah tanya malam ni nak makan apa pulak?
MW kongsi satu resipi yang amatlah mudah dan kosnya pula murah. Resipi perkongsian dari Ameera ini hanya gunakan dua bahan utama. Iaitu biskut oreo dan juga susu coklat. Cara nak buatnya seperti berikut :
KEK KUKUS OREO
Bahan-bahannya :
Ads
Dua pek biskut oreo
Susu UHT apa-apa jenama perisa coklat (1L)
Cara penyediaannya :
Ads
LANGKAH 1
Kisar dua pek biskut oreo bersama separuh kotak susu UHT ke dalam mesin pengisar.
LANGKAH 2
Ads
Kemudian tuangkan adunan itu ke dalam loyang yang bersesuaian.
Kek kukus oreo anda siap untuk dinikmati. Mudah bukan.
Hanya dengan EMPAT langkah mudah. Anda dah dapat sebiji kek yang bukan saja senang nak buat, tapi rendah kosnya. Bagi mak-mak yang nak mengisi masa anak-anak dengan ilmu kemahiran masak memasak. Ini salah satu projek perintis yang anda boleh buat bersama anak-anak. Confirm ada yang nak buat lagi kalau bahannya pun semudah ini. Selamat mencuba.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Salah satu menu yang cukup popular dan menjadi kegemaran ramai setiap kali ke IKEA pastinya meatball atau bebola daging. Dimakan dengan sos berkrim dan jem lingonberry nya. Buat mak-mak yang teringin nak buat sendiri meatball Ikea ni, boleh cuba resipi yang dikongsian oleh Puan Zan Zafirah Zainal ini.
Menurut wanita ini, resipi tersebut diambil daripada laman rasmi yang dikongsikan oleh IKEA Australia sendiri. Jadi boleh cuba buat sendiri di rumah lebih jimat dan puas hati makan.
“Kisah semalam teringin nak makan meatball IKEA sebelum mula puasa Ramadhan. Tinggal kat luar negara ni memang tak dapat nak beli meatball kat IKEA macam kat Malaysia nun. Maka, kena buat sendiri. Nasib baik IKEA share resepi rahsia dorang. Ikut sebijik sama macam dalam resepi, cuma of course tak guna pork mince ya, ganti pakai halal beef mince 100% sahaja.”
Resepi ni saya dapat dari official page IKEA Australia. Ada beberapa perubahan yang saya buat:
1) Tak guna pork mince (daging babi). Hanya beef mince sahaja 750g.
2) Tak guna vegetable stock dan beef stock. Gantikan dengan 2 kiub pati daging dan 300ml air.
3) Untuk soy sauce (kicap), saya guna kicap lemak manis.
Selamat berpuasa semua!
Untuk yang tak dapat baca resepi dalam gambar, berikut saya sertakan resepi:
750g daging cincang
100g serbuk roti
1 biji bawang besar – cincang halus
1 ulas bawang putih – cincang halus
1 biji telur
5 sudu besar susu full cream
Garam dan lada hitam
1. Campur semua bahan di atas sampai sebati. Bulatkan jadi bentuk bebola daging.Siap gentel meatball. Lenguh juga nak buat ni. Pastikan kepal dengan padat meatball ni supaya tak pecah masa nak masak.
2. Simpan dalam peti beku 20 minit sebelum masak nak bagi keras sikit.
3. Goreng sebentar atas kuali sampai sedikit perang.Tak perlu letak minyak banyak, sikit je sebab meatball ni keluarkan minyak semasa masak.
4. Dah nampak brown sikit, terus masukkan dalam oven. Kalau guna kuali yg tangkai besi macam ni, boleh masuk terus dalam oven. Kalau kuali tangkai plastik, jangan tau. Tak pasal-pasal cair nanti.Masukkan dalam oven selama 30 minit, suhu 180 darjah celcius (oven biasa) atau 160 darjah celcius (fan force oven).
40g mentega
40g tepung gandum
2 kiub pati daging
300ml air
2 sudu kecil kicap lemak manis
1 sudu kecil Dijon mustard
150ml krim masakan/dairy whipping cream
1. Cairkan mentega. Masukkan tepung dan kacau untuk 2 minit.
2. Masukkan kiub pati daging brand apa-apa pun boleh. Saya guna knorr. Kacau kejap sambil pecahkan kiub.
3. Masukkan air sambil kacau perlahan untuk elakkan berketul.
4. Masukkan kicap, dijon mustard dan krim. Ini penting untuk dapatkan rasa kuah sama macam kat IKEA. Dijon mustard. Pastikan Dijon ye, bukan mustard kuning biasa tu. Saya tak pasti kat Malaysia ada jual kat mana. Mungkin pasaraya besar ada jual.
5.Masukkan kicap. Saya guna kicap lemak manis. Tak guna kicap masin sebab kiub daging dah masin.
6.Masukkan dairy cream 150ml.
7. Kacau sampai pekat dan tidak berketul.Kuah Siap!
Hidangkan dengan meatball yang dah siap masak tadi. Letak sikit jem. Kalau ada lingonberry jem, memang sama 100% macam IKEA. Saya guna jem strawberry je.
Panjaram, cucur Jawa atau kuih topi; Kuih sama tapi berbeza panggilan mengikut tempat. Sememangnya kuih ini digemari ramai, tak kira usia kerana keenakan rasanya yang tersendiri. Kuih ini dikira elok kejadiannya jika rangup di tepi, bertopi di tengah dan bersarang serta kenyal isinya.
Mungkin anda sudah biasa makan Panjaram Gula Melaka. Tapi ini untuk sedikit kelainan, apa kata cuba resipi membuat Panjaram atau Cucur Jawa Pandan pula.
Resipi ini telah dikongsikan oleh Puan Hanny https://www.facebook.com/hanny.niera.9. Dia mula belajar membuat kuih ini selepas tinggal di Sabah. Kuih ini merupakan kuih orang Bajau di sana.
1 cawan tepung gandum
1 cawan tepung beras
¼ sudu garam
½ serbuk vanila atau 1 sudu teh esen vanila
Minyak untuk menggoreng
180 gram – 200 gram gula pasir
2 ½ cawan air pandan/air biasa
1 sudu teh garam
1 sudu besar pes pandan
**Satukan kesemua bahan dan didihkan. Biarkan suamkan.
Masukkan tepung gandum, diikuti tepung beras. Gaul seketika. Masukkan sedikit garam dan serbuk vanila/esen vanila. Gaul.
Tuangkan air pandan ke dalam adunan tepung. Gaul hingga sebati hingga membentuk adunan.
Tapis adunan untuk mendapatkan tekstur halus. Tak perlu blend. Biarkan dan perap selama lapan jam di dalam peti sejuk.
Untuk menggoreng, gunakan kuali kecil. Tuang minyak ke dalam kuali dan biarkan minyak panas, menggunakan api yang perlahan. Selepas lima minit barulah tuang adunan panjaram ke dalam kuali menggunakan scoop (rujuk gambar). Tuang dan tarik tinggi scoop itu hingga abis adunan jatuh ke dalam kuali. Biarkan dan jangan kacau.
Bila nampak sarang terbentuk dan bertopi, boleh terbalikkan. Kacau-kacau sekejap dengan menggunakan chopstick kayu. Untuk angkat, cucuk di tengahnya, angkat dan tos minyak. Ulangi langkah hingga selesai.
Mak-mak yang tak ada oven jangan susah hati, atau patah semangat nak cuba buat kek marjerin marble. Cara yang dikongsikan Nor Elyani Ramli ini bantu mak-mak masak kek marble atas dapur gas letak dalam periuk saja.
Tak rumit pun, sebab tip yang dikongsikan ini tak buatkan periuk terbakar, hangit apatah lagi berlubang. Asalkan ikut tip yang dikongsikan ini.
“Menjadi jugak kek marble nya walaupun bakar dalam periuk atas dapur je tak ada oven.. seronok anak-anak makan sebab bertahun tak buat kek kat rumah sendiri.. kalau raya buat kat kampung rumah nenek dorang je..”
Resepinya :
1 cawan marjerin ( saya guna cap pelangi je)
1 cawan gula
2 cawan tepung naik sendiri
1 sudu kecik esen vanilla
5 biji telur size B
2 sudu besar susu cair Pewarna hijau & merah
Cara membuat :
1. Pukul gula dengan marjerin sampai kembang, masukkan esen vanilla & susu cair. Masukkan telur sebiji demi sebiji & pukul sampai sebati. Last masukkan tepung yang dah diayak.
2. Lepas tu bahagikan 3 untuk letak pewarna. Dah masukkan loyang, masukkan dalam periuk, tutup dan masak dengan api kecil dalam 45 minit.
3. Tak payah buh air masa bakar. Masukkan dia saja dalam tu dengan api kecik ye.
“Sebab ramai yang tanya, periuk tak hangit ke, tak terbakar ke, tak berlubang ke.. TAK.. asalkan api kecik elok, kalau api meranggah bukan takat hangit, terbakar siap la kot kan.. ok?”
1) Periuk kena tutup masa bakar/masak kek. 2) Tak payah letak air, kalau letak air jadi stim/kukus. 3) Boleh letak alas / tungku dapur / tudung periuk / pasir @ apa-apa petua yang mak-mak ajar, tapi saya letak loyang kek direct dalam periuk. 4) Kek saya masak dalam tempoh 45 minit, kalau kek kawan-kawan belum masak dalam waktu itu, tambah la masa 5 ke 10 minit ye. 5) Saya tak panaskan periuk tu sebelum masuk loyang kek, kalau kawan-kawan nak panaskan dulu, terserah.