Ayam golek kebiasaannya salah satu menu yang wajib ada di Bazar Ramadan atau pasar malam.  Jangan bimbang, sebenarnya mak-mak boleh cuba buat sendiri ayam golek dan sos cicahnya di rumah. Ia boleh dibakar dalam oven seekor ayam terus atau dipotong kecil seperti bakar untuk buat BBQ.

Resipi ini dikongsikan oleh anak peniaga Ayam Golek sendiri Puan Aini Salwa Binti Remely, resipi yang maknya buat niaga.

Berikut perkongsian resipi tersebut;

AYAM GOLEK RESEPI MAK SAYA
Ni resepi anggaran sahaja sebab ikut yang nisbah mak buat 3 guni bawang, satu periuk besar untuk niaga. So saya bagi dalam nisbah yang boleh buat 2 ekor ayam ye.

Bahan-Bahan (rempah):

10 biji Bawang merah bombay
1 labu Bawang putih
seketul Halia (saiz 2kali ibu jari)
5 batang serai
(*semua ni blend)

2 sudu kecil Serbuk kunyit
2 ketul gula melaka (mak pakai nisey /gula kabung/gula nira. Belah Terengganu Kelantan banyak jual)
3 sudu kecil garam

IKLAN

Cara Membuat:

*Masak semua bahan di atas sehingga agak pekat/kering)
Rasa secukup rasa. Rempah ni memang agak manis ye, sebab tu ayam elok berkilat bila bakar/golek.
Ambil rempah sapu pada ayam dan perap dalam 1 jam atau lebih, baru bakar.

Bahan-Bahan (Sos Cicah)

10 tangkai cili kering (rebus dan kisar)
5 ulas bawang putih bakar (dikisar)
2 sudu kecil cuka
3 sudu besar gula
1 sudu kecil garam
1 sudu besar tepung jagung

IKLAN

Cara Membuat:

*Masak semua dengan air, dah mendidih baru masukkan tepung jagung. Kacau sampai pekat. Dah siap.
Bila sos dah sejuk, tambah dalam sos kacang tanah tumbuk dan bijan .

Resipi AYAM GOLEK Mak Buat Niaga,Bakar Terus Dalam Oven Pun Boleh!

IKLAN

Info Ekstra!

  • Ni mak saya niaga ayam golek, memang ada mesin khas. Jadi kawan-kawan boleh masuk dalam oven seekor terus atau potong belah bakar macam Bbq pun boleh.

Baca Lagi Di Sini:

Resipi Jilat Jari Ayam Perap Mayo, Digoreng Boleh Dibakar Lagi Sedap!

Wanita Ini Kongsi Teknik & Ramuan Istimewa Ayam Goreng Berempah Yang Dibuat Berniaga, Memang Sedap!

MW: Memandangkan tahun ni tiada Bazar Ramadan yang selalu jual Ayam Golek, jadi mak-mak boleh lah cuba buat sendiri di rumah ikut resipi yang dikongsikan ini. Terima kasih berkongsi resipi yang dibuat niaga iya. Semoga bertambah murah rezeki sekeluarga.

Sumber: Aini Salwa Binti Remely

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI