Sesekali menarik juga mencuba resipi yang berasal dari seberang ini iaitu Martabak Lenggang atau di Malaysia lebih dikenali dengan nama Apam Balik Lenggang. Menariknya fillingnya menggunakan inti berasaskan kekacang seperti nuttela, peanut butter dan kacang tumbuh. Bahan-bahan pun tak banyak dan cukup mudah dibuat di rumah untuk minum petang.
Boleh cuba resipi Martabak Lenggang @ Apam Balik Lenggang yang dikongsikan oleh Puan Aznie Khasriini sebagai rujukan.
“Pagi tadi bila buka telefon tengok kat group semua cerita tentang bonus kekacang. Dalam kepala dah ligat dah nak buat macam-macam sebab memang stok berasaskan kekacang ada banyak dirumah.Tapi bila fikir punya fikir Aznie buat Martabak Lenggang je.. @ Apam Balik Lenggang nama kat Malaysia.”
“Resepi dari seberang yang dah lama Aznie nak buat, Alhamdulillah.. memang suka sangat dengan hasilnya. Tak rugi mencuba memang sedap. Anak-anak laju je makan. Aznie bubuh filling 3 jenis berasaskan kekacang iaitu Nutella, Peanut Butter juga Kacang tumbuk tambah gula. Dan semestinya Nutella yang habis dulu.. Qaseh cakap esok buat lagi.. Adik nak nutella je.. yang lain bagi kakak dengan abab (abang) makan.”
Bahan-Bahan:
250g tepung gandum
1/2 sudu teh yis mauripan
1 biji telur
2 sudu besar gula pasir
500ml air
secubit garam
pewarna hijau, kuning, pink
MW: Senang buat martabak Lenggang ni, tak rugi mencuba resipi ni dan sangat sesuai buat minum petang untuk anak-anak. Cantik berwarna warni, letak filling pun boleh pilih ikut yang mana kita suka.
Murukku sangat popular bagi masyarakat India. Salah satu kemestian ‘snek raya’ bila tibanya perayaan Deepavali. Rasanya yang lemak, rangup dan berempah membuatkan ramai yang suka makan murukku ni, malah memang ralit lah kunyah sambil tengok tv.
Berbanding beli, sebenarnya lebih puas hati bila dapat buat murukku sendiri. Lebih jimat, yakin kebersihan dan status halalnya.
Nak buat murukku yang sedap dan rangup ada resipi dan caranya tersendiri.Boleh cuba resipi yang dikongsikan oleh Puan Azie Mazidah ini, yang telah mengolah dan mencuba berkali-kali untuk mendapatkan hasil murukkuyang sedap dan rangup.
Berikut perkongsian tersebut;
“Siapa suka murukku? setelah berkali-kali RnD saya lakukan, akhirnya saya dapat murukku yang Krapp.. Krupp..”
“Asalnya sekadar suka-suka untuk kawan-kawan dan saudara mara. Saya mengajar, tak dapat nak penuhi permintaan yang semakin meningkat apalagi untuk pengeposan..jadi saya nak sedekah resepi moga bermanfaat”.
Bahan-Bahan:
Sebungkus tepung murukku babas
Sebungkus tepung pulut cap 3 kambing (nak dapatkan maruku lebih ranggup)
Guna sukatan sudu sup tu bahan dibawah:
1 sudu serbuk kari daging babas
1 sudu serbuk cili
1 sudu jemuju
2 sudu majerin/ 1 sudu minyak sapi
1 sudu udang kering yang dah diblend kering (kisar halus) Nanti tersekat dekat acuan
Garam halus
1 kotak kecil santan (200ml) diblend dengan 6 ulas bawang putih + 1 kotak air suam.(guna sekotak je, ni dapat untuk 2 adunan)
Daun kari secukupnya
Cara Membuat:
1.Gaulkan semua bahan kering, masukkan majerin/minyak sapi, ramas-ramas hingga sebati.
2.Masukkan 1 kotak sahaja santan tadi, bersama 3 kotak air masak. Gaul dulu jika masih keras masukkan sedikit lagi air.Biasanya saya guna 3 1/3 kotak air. Pada yang tak pro lagi, masuk sikit-sikit dulu ek.
3.Uli sampai tak melekat ditangan dan mudah dipress pada acuan. Saya guna acuan plastik sahaja.
4.Press buat lingkaran pada kertas minyak coklat pembungkus nasi lemak tu.. Baru goreng dengan api sederhana dan balik-balikkan maruku.
5.Kalau api perlahan atau kuat sangat nanti tak ranggup. Pandai-pandai ek.. Masukkan daun kari ke dalam minyak untuk lebih aroma.
Telur mata goyang ini, disebut juga telur mata kerbau. Sesetengah orang suka makan yang telur kuningnya lembut, cair sementara telur putih masak elok. Nak dapatkan telur mata goyang yang sempurna bukannya mudah.
Kongsi lelaki ini, Khabbab Jamalludin jika ikut teknik / step by step yang diajar ini anda akan dapat telur mata goyang yang sempurna. Sebagaimana yang dibayangkan.
“Orang kata kalau nak resepi boleh Google je. Tapi resepi yang sama, bahan yang sama, hasil boleh berbeza. Teknik memainkan peranan penting dalam masakan juga.
Jadi ada orang minta saya kongsi macamana nak dapat telur goyang/gedik (kuning telur tersebut bergoyang ketika digoyangkan.
Kadang badan pun ikut goyang dalam kita nak buktikan kegoyangan telur tersebut.”
Begini Telur Goyang Yang Ideal
Telur goyang yang ideal pada saya :
– Keseluruhan kuning telur tak jadi padat.
– Semua putih telur kering.
– Bahagian bawah putih telur ada kerak kecoklatan sedikit (kurang muak)
– Ada selaput putih menutupi kuning telur.
“Mesti korang tengah rasa geram nak cucuk kuning telur tu kan? Dengki la tu.”
Pemilihan telur adalah penting.
Saiz tak kisah.
Yang pasti telur mesti baru.
Dah lepas beli telur, jangan cuci.
Simpan dalam peti sejuk terus.
Kalau nak guna baru cuci.
Kalau cuci awal, akan ganggu lapisan telur yang berfungsi lindungi isi telur.
Telur yang agak lama dan dicuci terlalu awal akan buat kuning dia pecah.
Dah habis basuh lap kering.
Tak nak air dekat kulit masuk sama.
Kain lap boleh pakai apa saja.
Saya pakai kain Norwex apa tah.
Bini beli.
Dia kata ada beza.
Saya pakai sahaja ambil hati dia.
Kedua : Pecahkan Dulu Dalam Bekas
Pecahkan telur dalam bekas dahulu.
Kadang tangan kita tak dibedung dulu, pecahkan telur atas kuali, telur tu dah hancur macam telur dadar sebelum cecah kuali.
Yang kedua, kita boleh tahu telur tu elok ke tak sebelum masuk dalam kuali.
Disamping itu kalau baru keluar peti sejuk dia ada can kurang sejuk sikit.
Tak nak dia terkejut dari sejuk gila pergi panas gila.
Masuk angin nanti (burrppp)
Ketiga : Guna Kuali Non Stick
Paling baik pakai kuali ‘non stick’ yang tak lekat. Kawalan suhu lebih sekata.
Tapi tetap kena bubuh minyak sedikit.
Kalau kuali biasa minyak kena lebih lagi.
Minyak goreng biasa tu je.
Api antara sedang dan besar.
Tapi jangan lama sangat.
Jangan tunggu berasap satu dapur.
Air fryer boleh ke tak?
Tak bole la, gedik.
Ini telur yang gedik, bukan yang masak.
Keempat : Cara Tuang Telur Atas Kuali
Dah cukup panas boleh tuang telur.
Jangan tinggi sangat macam buat teh tarik; pecahlah ia.
Bagi dia ‘landing’ ngam ngam atas minyak tu.
Kelima : Renjiskan Air, Wajib Tutup Kuali
Okay ini tips paling penting.
Wajib ada tutup yang boleh cover kuali tu.
Tak ngam ngam takpa.
Janji boleh cover telur.
Saya pakai tudung periuk je.
Selepas letakkan telur atas kuali panas,
basahkan satu tangan macam basuh tangan tu,
bukan takung macam nak ambil wuduk ya.
Kemudian terus renjiskan air yang ada kat tangan tu ke tutup (banyak lebih kurang macam dalam gambar)
Pastikan tangan bersih tak ada hingus ke apa sebelum buat.
Hanya terbalikkan, tutup bila betul-betul atas kuali sambil terus tutup.
* kenapa renjiskan air? Bagi wap yang terhasil, bila kena kuali masakkan bahagian atas.
Keenam : Kawalan Api
Api pun main peranan penting.
Terus adjust macam dalam gambar.
Tak nak terlalu kuat nanti hangus dan tak sekata.
Setiap dapur berbeza.
Dapur kayu api, minyak tanah saya tak tahu setting dia macamana.
Biarkan dalam 30 saat dan buka tudung nak tengok masak dia macamana.
Kalau belum tengok lagi tiap 10 saat.
Tudung periuk tadi tau.
Letih pula kalau tudung tukang masak nak kena buka pakai buka pakai.
Tambah-tambah kalau pakai shawl.
Ketujuh : Cara Keluarkan Telur Dari Kuali
Dah ngam masak terus buka periuk, tutup api.
Untuk yang guna non stick, tolong ya pakai sudip bukan besi.
Besi boleh calarkan lapisan coating non stick dan bahayakan kesihatan.
Tiap kali nampak orang guna besi kat non stick.
Hati saya meraung sama.
Sekejap sajala tapi.
Kuali dia bukan kuali saya.
Sudip tu masukkan perlahan lahan bawah telur just in case ada lekat lekat sikit.
Slide je telur tu masuk dalam pinggan.
Kisah Telur Mata Goyang Antara Anak Dan Ayah
Prinsip saya mudah.
Apa yang boleh beri manfaat pada orang.
Saya kongsi.
Biar seremeh apa pun ia.
Bagi kita remeh, bagi orang lain mungkin tidak.
Terfikir juga apa ‘storyline’ saya nak buat.
Takkan nak kongsi gitu je.
Baru faham susahnya jadi ‘content writer’
Sementara perah otak tu tiba tiba ada anak yang tanya.
“Macamana baby boleh lahir?”
Ahhh sudah..
Muka saya macam Misae bila Shin Chan tanya soalan kontroversi.
Saya hanya mampu kata “nanti eh ..”
Akhirnya lepas goreng telur saya dapat idea nak jelaskan kat anak saya macamana baby ada. Tapi masa nak bawa kat meja terfikir pula nanti lagi banyak dia tanya.
Macam terlalu awal pula.
Jadi terus tak jadi.
Saya hidang nasi lemak biasa je sudahnya. #dapurpakbidan
Ada macam-macam resipi sambal belacan yang mudah dah sedap yang boleh membangkitkan selera. Antaranya seperti ‘Sambal belacan Kelantan’ ini. Ada juga yang panggil ‘Sambal Jantan’. Bahan-bahan yang digunakan cukup simple, dan menggunakan ramuan sepeti cuka. Istimewanya sambal belacan ni, ia tahan lama walaupun tak disimpan dalam peti sejuk. Malah makin lama simpan makin sedap. Boleh dinikmati dengan mee hoon goreng, mee sup, laksam dan sebagainya.
Boleh cuba resipi yang dikongsikan oleh An Nur Al Han sebagai panduan;
Hari tu ada yang minta resepi sambal belacan kelantan yang boleh tahan lama nie. Serius hang pa dua minggu dah kami hanya letak di luar. Langsung tak letak dalam peti ais. Sambal masih elok dan makin sedap walawehh.
Resepi nie kami dapat dari mak cik yang guna khidmat kami sebagai runner pos. Alhamdulilah ada serba sikit rezeki dari yang Maha pemurah.
Ok nie kami share ya resepi nya.
Bahan-Bahan:
Lada burung/Lada kampung
Belacan Goreng/bakar
Cuka
Gula
Garam
Pak aji
Cara Membuat:
1. Lada burung/lada kampung hang pa kena blend kasar dengan belacan dan cuka (cuka letak agak-agak boleh kisar lada jer. Jangan sesekali letak air biasa ya).
2. Kisar kasar (Cara kisar kasar kena on off terus blender tu lepas tu repeat balik on terus off sampai Lada tu dah hancur macam tumbuk-tumbuk manja tu jer.Tak mau lumat yer.kurang sedap nanti).
3. Lepas kisar kasar. Tapis lah lada yang kisar dengan cuka tu. Buang air cuka tu. Dah agak-agk kurang air cuka tu, baru gaulkan sambal kita dengan gula,garam Dan serbuk perasa. Rasalah agak-agak secukup rasa masam manis, masin ye.
4. Dah siap gaul boleh lah simpan dalam botol. Boleh letak di luar.Tak payah simpan dalam peti ais.Selalunya sambal nie makin lama makin sedap selepas hari ke 4-5 macam tu.
Ok lah selamat mencuba ye.
Kalau sudi selit-selitkan lah doa buat kami. Semoga bisenes kami sentiasa dipermudahkan dan semakin berkembang.
Mingguan Wanita : Menariknya sambal ni cukup mudah nak buat, bahan-bahan pun sikit je. Yang penting tak perlu simpan dalam peti sejuk pun boleh tahan lama. Sedap makan dengan mihun goreng, mee sup dan nasi putih.
Zahnita nekad bercerai, suami tiada usaha memujuk. Seperti yang diketahui umum pergolakan rumah tangga di antara bekas supermodel dan pelakon Zahnita dan suaminya, Abdul...