Keropok lekor antara makanan paling dicari jika ke negeri Terengganu. Kata orang, macam tak lengkap kalau ke negeri itu tapi tak makan keropok lekor. Tak kira sama ada yang direbus atau yang digoren. Memang sedap.
Tapi dalam tempoh PKPB sekarang ini, nak bercuti ke sana pun risau juga kan. Jangan risau, kalaqu rindu sangat nak makan keropok lekor, boleh cuba buat sendiri. Tapi kadangkala tengok bahan di dapur tak cukup. Terpaksalah gunalah bahan yang sedia ada saja.
Rudiza Zakaria (https://www.facebook.com/rudiza.zakaria) yang memang anak jati Terengganu telah berkongsi cubaan pertamanya membuat keropok lekor tanpa guna tepung sagu. Nasib baik menjadi katanya. Malah tak susah rupanya nak buat, janji ada keinginan dan tak takut mencuba…
Bahan-bahan Buat Keropok Lekor:
2kg ikan selayang/sardin – ambil isi sahaja
2 cawan tepung ubi
1 cawan tepung gandum
Garam dan sedikit serbuk perasa
Cara Memasak:
Ads
Kisar isi ikan tadi bersama dengan sedikit saja air (agak-agak boleh kisar). Ketepikan.
Dalam satu mangkuk lain, satukan tepung ubi dan tepung gandum. Tambah sedikit garam dan serbuk perasa. Kemudian tuang isi ikan tadi ke dalam adunan itu dan gaul rata. Tak perlu tambah air.
3. Gaul dan uli sampai jadi doh seperti di dalam gambar di atas.
4. Cubit sedikit doh dan mula gentel. Letakkan sikit tepung ubi untuk elakkan doh melekat pada tangan ketika mengentel. Sambil tu, boleh rebus air dulu dalam kuali besar atau periuk.
Ads
5.Setelah air mendidih, masukkan keropok yang dah digentel tadi dan masak hingga keropok itu terapung naik, maknanya dah masak elok.
6. Toskan dan sejukkan sebelum dipotong. Jika suka, boleh dimakan sebaik selepas direbus. Atau selepas itu, digoreng. Anda juga boleh terus goreng selepas digentel tanpa perlu rebus dahulu. Terpulang pada selera. Selamat mencuba!
Daging korban boleh dimasak dengan pelbagai hidangan lazat. Selalunya dimasak sup atau gulai. Rasa daging baru yang manis sangat sedap. Sebenarnya terdapat pelbagai resipi boleh dimasak dengan menggunakan daging korban. Bukan saja daging, bahkan tulang, paru, limpa, dan sebagainya. Mungkin boleh cuba resipi yang dikongsikan ini.
DAGING OPOR
BAHAN-BAHAN:
500gm daging – hiris nipis
200ml santan pekat
3 helai daun salam
2 keping asam gelugur
3 batang serai – titik
1 labu bawang besar – hiris
4-5 biji tomato ceri
1 sudu makan serbuk lada hitam
1/2 cawan kicap pekat manis
1/2 cawan minyak masak – untuk menumis
Garam dan gula secukup rasa
BAHAN GORENG SANGAI & KISAR:
2 sudu makan ketumbar biji
1 sudu teh jintan manis
1 sudu teh jintan putih
BAHAN KISAR:
1 labu bawang besar
8 biji bawang merah
6 ulas bawang putih
3cm halia
3cm lengkuas
3 batang serai
5 biji buah keras
CARA MEMASAK:
Panaskan minyak, tumis hirisan bawang besar dan serai hingga wangi.
Masukkan bahan kisar, tumis hingga hingga pecah minyak.
Masukkan pula bahan goreng sangai dan telah dikisar tadi. Kacau rata.
Setelah pecah minyak masukkan daging. Kacau rata hingga air daging kering.
Jika daging masih liat tambah sedikit air. Biarkan mereneh lagi.
Apabila daging telah empuk, masukkan santan, daun salam dan serai. Kacau rata.
Apabila kuah agak kering tambahkan kicap, serbuk lada hitam, garam dan gula secukup rasa.
Kecilkan api dan sentiasa kacau hingga timbul minyak.
Setelah cukup rasa, masukkan tomato ceri dan tutup api.
Sedia dihidangkan. Untuk masak lebih cepat, daging boleh direbus dahulu sebelum dimasak.
Rupanya lobak merah pun boleh dijadikan snek yang sedap dan sihat. Bagi anak-anak yang suka makan snek tapi payah nak makan sayur, mak-mak boleh cuba buat ‘Carrot Chips’ ini di rumah.Bakar garing dalam oven, atau guna air fryer pun boleh. Hanya guna 3 bahan je, nak buat pun mudah.
Boleh cuba resipi Carrot Chips yang sihat dan senang nak buat ni daripada Puan Noraliza Alwi sebagai panduan;
“Ok. Hari ni saja nak share idea untuk mak/mak yang pening bila anak asyik nak snek..nak snek. Resepi mudah buat carrot chip sihat untuk anak. Guna Air fryer pun boleh, 3 bahan saja.”
“Resepi Carrot Chips Mudah”
Bahan-Bahan:
Lobak Merah – ikut suka banyak mana
Minyak Zaitun
Garam sedikit sahaja
*Mesti ada peeler ya dirumah nak senang kerja.
Cara Membuat:
1. Basuh bersih carrot.
2. Bolehlah ‘peel’ carrot dengan agak tebal.
3. Cuba elakkan dari terputus-putus.
4. Dah siap peel, gaul sama garam dan renjis sikit dengan olive oil.
Bakar pada suhu tinggi 250C selama 20 minit.
Siap bakar garing boleh kunyah-kunyah macam potato chip.
Owh ya chip ini pun baby friendly sebagai finger food mereka.
Bila musim panas dapat makan dadih sejuk yang lembut dan cair dalam mulut memang nikmat! Kalau beli dadih ni memang agak mahal dan tak puas makan. Elok mak-mak buat sendiri di rumah lebih menjimatkan!
Berikut perkongsian resipi dadih yang dibuat oleh Puan Afieyza Isahak sebagai rujukan;
“Dah lama viral, baru nak cuba.Sungguh, sangat-sangat sedap!Macam dadih yang dimakan masa kecil-kecil dulu. Teksturnya yang lembut. Bila masuk mulut, percikan dia tu buat kita imbau kembali kenangan masa lalu. Rasa sejuk yang turun ke tekak perlahan-lahan. Perghh, syahdu baq hang!”
Okey, Cik Fieyza salin resipi di sini andai ada yang belum pernah buat. Tak rugi cuba! ❤️
Bahan-Bahan:
1 liter susu kotak
Agar-agar tali 20g (Guna 1/3 saja)
Gula ikut kemanisan sendiri
Garam secubit rasa
1 liter air masak/tapis – untuk masak agar-agar
Cara Membuat:
1.Masak agar-agar bersama air masak sehingga larut.
2.Masukkan gula, garam dan susu kotak. Kacau sebati dan suaikan dengan citarasa. Cukup sampai naik wap dah boleh tutup api. Cik Fieyza tunggu mendidih sikit baru tutup api.
3.Biarkan sejuk sedikit kemudian tapis ke dalam bekas dan simpan dalam peti ais.
4.Siap untuk ditelan!!
MW: Mudah je nak buat dadih susu ni, bahan-bahan pun tak banyak. Teksturnya lembut, makan sejuk-sejuk memang sedap! Kena cuba pencuci mulut ni.
RM175 sebulan belanja barang basah, isteri kongsi tip jimat makan sekeluarga. Di kala ramai yang mengeluh harga barang dapur naik melambung, seorang isteri, Nabila ...