Kadang tak perlu nak bahan-bahan yang beria nak jadikan masakan kita nampak istimewa, lain daripada yang lain. Kalau pandai olah, menu sebiji telur pun kita boleh jadi ‘special’, nampak cantik dan sedap buat anak-anak teruja nak makan.
Salah satu yang boleh dicuba seperti cara mudah buat roti telur gebu seperti yang dikongsikan oleh Puan Leeyann Yap ini.
“Mai, kita cuba sarapan yang special sikit.Tapi cara ni mudah je.Sedap tau, anak anak suka sangat.”
Bahan-Bahan:
Telur
Roti
Kicap manis
Lada Sulah
Cara Membuat:
1.Asingkan telur putih dan kuning.
2.Pukul telur putih hingga kembang.
3.Letakkan telur putih tu dekat roti, baru letak telur kuning (slow slow letak ye).
Ads
4.Bakar Dalam oven 160°C / 13 minit.
5.Bila dah siap, letak sikit kicap manis dengan lada sulah.
MW: Mudah sangatkan nak buat. Kalau mak-mak nak buat kelainan, untuk anak-anak dan suami suka makan, boleh cuba cara yang dikongsikan ni. Sesuai untuk dibuat sarapan mahupun minum petang.
Musim-musim panas nie, mesti mak-mak mencari ais je. Dahaga katakan. Kalau boleh tak nak ais kosong saja, mahunya ais yang manis-manis. Tambah-tambah sekarang nie bukan senang nak dapatkan ais yang best ikut tekak kita.
Apa kata mak-mak buat sendiri air jagung leleh yang dikongsi oleh Fyza Shah. Bukan mak-mak je yang suka, anak-anak lagilah. Menurut Fyza:
“Air jagung blended yang lemak manis, tekstur yang super gebu, boleh sejukkan tekak yang kering dengan keadaan cuaca sekarang ni. Segelas pun tak cukup ni.
“Resipinya cukup senang, hanya guna lima bahan sahaja.
1. Masak air jagung dulu. 2. Lepas tu, masukkan susu pekat. Tambah susu cair dan kacau. Baunya pun dah wangi.
3. Kemudian, bekukan. 4. Apabila sudah keras, kisar halus macam nie. 5. Siap. Boleh letak topping dengan krim jagung dan aiskrim. Superbbb…
Sumber: Fyza Shah
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Solok lada frozen. Salah satu makanan penambah selera dan sering digandingkan dengan hidangan nasi kerabu tentulah solok lada. Malah, tak semua orang mahir untuk membuatnya dan pasti ia terkena di negeri Pantai Timur.
Biasanya kalau buat solok lada mesti dimakan pada hari yang sama. Barulah rasanhya lebih ‘fresh’ berbanding kalau dah simpan beberapa hari. Belum lagi kalau ia dah ‘basi’.
Bagi penggemar solok lada ini, jangan pening kepala, ada cara nak buat solok lada frozen dan disimpan dalam sejuk beku. Rasanya tetap segar seperti baru buat. Inilah cara yang dikongsikan oleh Rosmaliza Omar.
Rajinkan diri buat SOLOK FROZEN nak makan senang. Sedapnya sama dengan yang baru buat, tak perasan pun yang frozen. Kalau nak cepat, masuk santan dan kukus saja, terus siap.
RESiPI SOLOK LADA FROZEN
Bahan-bahan:
5-6 ekor ikan selayang/ ikan sardin
3 genggam kelapa parut putih
2 labu bawang besar merah
1/2 inci halia
2 ulas bawang putih
1 sudu teh lada hitam
1 sudu teh garam
1 sudu besar gula
15 biji lada solok
1 cawan santan – diguna masa nak kukus semula lada solok
Cara Membuat:
1. Lada solok dibelah tengah tanpa putus dan buang biji. Ketepikan
2. Ambil isi ikan dan tumbuk lumat. Masukkan kelapa parut, tumbuk lagi hingga lumat. Ketepikan.
3. Tumbuk bawang-bawang, halia dan lada hitam. Bila dah lumat masukkan dalam bahan-bahan isi ikan. Masukkan garam, perasa dan gula. Gaul sebati. Solok mesti ada rasa manis masin dan rasa pedas lada hitam.
4. Sumbat masuk bahan-bahan isi ke dalam lada solok, biar padat-padat montel.
5. Kukus lada solok selama 15 minit. Tutup api dan biarkan solok betul-betul sejuk sebelum di frozenkan. Siap.
Lepas Frozen:
~ Bila nak makan keluarkan solok dari freezer biarkan selama 15 minit. Masukkan dalam periuk, curahkan santan atasnya dan kukus dalam masa 5 minit. Sebentar saja sebab ia dah masak.
Mingguan Wanita : Tak perlu na ktunggu makan dengan nasikerabu baru buat. Makan dengan lauk lain pun boleh.
Bagi yang mengikuti laman instagram milik Sheila Rusly,46 pasti biasa melihat perkongsian air tangan oleh Penerbit JS Pictures ini yang rajin berkongsi resipi hasil masakan dilaman sosial tersebut untuk rujukan pengikut akaunnya.
Sheila Rusly diakui merupakan antara selebriti yang hebat memasak di dapur dan mempunyai program rancangan memasak sendiri seperti “Ketuk-Ketuk Ramadhan” yang telah 14 tahun menghiasi kaca tv.
Antara perkongsian video resipi yang mendapat perhatian ramai adalah Sambal Gesek Ikan Bilis yang digesek menggunakan lesung daripada Indonesia.Perkongsian video tersebut mendapat tontonan hampir 500 ribu di laman Instagram isteri kepada Pengarah Jinggo ini.
Berikut perkongsian resipi Sambal Gesek Ikan Bilis oleh Sheila Rusly:
Bahan-Bahan:
Cili merah
Cilipadi
Bawang merah
Bawang putih
Belacan
Limau nipis
Maggi cukup rasa
Ikan bilis (goreng garing)
Cara Membuat:
1.Goreng dahulu semua bahan-bahan tersebut.
2.Gesekkan atau lumatkan cili padi, cili merah, belacan, bawang merah dan bawang putih terlebih dahulu.
3.Kemudian letak sedikit serbuk perasa dan perahkan limau nipis.
4.Selepas itu letakkan pula ikan bilis yang telah digoreng tadi.
4.Gesekkan dan lumatkan sekali lagi sehingga sebati.
A post shared by Sheila Rusly (@sheilarusly_jspictures) on
Selamat Mencuba!
Sambal gesek ni sedap dinikmati bersama ulam-ulaman segar, telur masin atau dimakan begitu sahaja pun dah boleh bertambah 2 pinggan nasi! Mak-mak kena cuba resipi ini nanti iya!
Jururawat hampir kehilangan RM4000 akibat emel palsu, "diminta verify kalau tak akaun Netflix digantung. Seorang jururawat hampir kehilangan wang simpanannya selepas menjadi mangsa penipuan...