Resipi rendang di negara kita sebenarnya ada bermacam jenis. Daripada rendang daging, ayam, kambing, sehinggalah kepada rendang buah-buahan seperti betik. Pernah dengar tak?
Masakan Negeri Sembilan cukup sinonim dengan rasa pedasnya. Bak kata orang, kalau tak pedas, bukan masakan Nismilan namanya!
Rendang Autentik Negeri Sembilan
Begitu resipi Rendang Betik atau Rendang Kepaya ini. Sebenarnya resipi ia cukup terkenal di sekitar Kuala Pilah, Negeri Sembilan.
Menurut Puan Mastura Osman (FB: https://www.facebook.com/teachersamer.samerian), yang telah berkongsi resipi ini di fb miliknya, rendang betik ini merupakan masakan tradisi orang lama yang diwarisi turun temurun dan merupakan masakan autentik Negeri Sembilan.
Tak Guna Banyak Bahan
Ia sangat mudah disediakan dan bahan-bahan juga tak terlalu rencam. Malah, rendang ini semakin dipanaskan dan dikeringkan, ia akan semakin sedap dimakan dengan nasi panas-panas.
Apa lagi, bagi mereka yang suka mencuba resipi baru, jom cuba untuk kelainan. Mungkin masakan ini berjaya menarik minat keluarga anda untuk menikmatinya saat berbuka nanti!
Untuk menyediakannya resipi ini, mula-mula tumbuk kasar cili padi, kunyit hidup, ikan bilis dan sebatang serai. Ketepikan.
Ads
Panaskan minyak di dalam kuali dan masukkan semua bahan tumbuk tadi. Kemudian goreng hingga naik bau.
Setelah itu, masukkan santan pekat. Masak sampai terbit minyak. Bila kuah telah mula kering sedikit, masukkan hirisan betik tadi dan serai yang dititik. Perasakan dengan garam secukupnya Gaul sekata dan masak sehingga kering. Jika nak berkuah sedikit pun boleh, terpulang ikut kesukaan masing-masing.
Sekiranya mahu kering, terus panaskan lagi. Rendang ini sangat membuka selera jika dimakan bersama nasi putih yang masih panas.
Ikan talang masin masak asam antara sajian menu kampung yang menjadi kesukaan ramai. Ada masa-masanya kita teringin nak makan sajian yang ada rasa masam-masam, barulah terbuka selera.
Kalau buntu tak tahu nak masak apa, bolehlah cuba masak sajian ini. Pasti makan berselera, nak-nak kalau anda sambal belacan dan juga ulam-ulaman. Menu ikan talang masin masak asam ini cukup ringkas. Bahan pun tidak banyak selain tidak mengambil masa yang lama untuk dimasak.
RESIPI IKAN TALANG MASIN MASAK ASAM
BAHAN-BAHAN:
Ikan talang masin untuk 4-5 orang makan
1 biji bawang holland
2 tangkai cili besar
10 tangkai cili padi
2 biji tomato
½ mangkuk air asam jawa
1 kiub bilis
½ sudu kecil serbuk kunyit
Sedikit gula
Lauk Kampung Sedap Macam Ni Tangguh Dulu Diet
CARA MEMBUAT:
1.Untuk mudahkan hendak campak bahan masuk kuali nanti, sediakan bahan berikut.
– bawang holland potong bulat.
– tomato dipotong enam.
– air perahan asam jawa.
– ikan talang dibersihkan dan dipotong.
– cili besar potong nipis dan cili padi di belah dua di pangkalnya.
2. Panaskan 2 senduk minyak, goreng ikan talang yang telah dibersihkan dan dipotong tadi sehingga masak.
3. Bila ikan talang dah masak, taburkan sedikit (½ sudu kecil) serbuk kunyit.
4. Kemudian tuangkan jus air asam jawa gaul sebati bersama minyak panas.
5. Masukkan bawang holland yang telah dipotong bulat. Gaul lagi.
6. Kemudian campakkan kesemua cili yang telah dipotong tadi. Kalau suka lebih pedas boleh tambah lagi cili padi.
7. Masukkan perasa kiub ikan bilis atau pun serbuk perasa.
8. Perasakan dengan sedikit gula. Lebih sedap jika kuah asam ini rasa sedikit masin, masam manis dan pedas. Tidak perlu masuk garam sebab ikan sudah cukup masin.
9. Akhir sekali bila semua sudah mesra masak elok terus masukkan tomato. Kacau sekejap sekilas dua dan tutup api.
10. Sudah siap ikan talang masin masak asam. Sedap makan dengan nasi panas, ulam-ulam dan sambal belacan.
Siapa sangka bermula dengan saja-saja dibuat makan, Roti Jala Sos Coklat yang dibuat mampu jadi duit poket dan pendapatan sampingan buat lelaki ini apabila ia kian mendapat sambutan. Mungkin kerana keunikan resipinya kerana roti jala selalunya berwarna kuning dan dihidangkan bersama kari ayam atau daging. Tapi sebaliknya roti jala ini rasa manis berwarna coklat dan dihidangkan bersama sos coklat.
Berikut perkongsian resepi oleh Muhamad Fadzul Ilahi Azhar sebagai rujukan mak-mak yang nak cuba sendiri dirumah atau boleh juga dibuat pendapatan sampingan.
“Dari saja-saja buat makan..sampai la menjadi duit poket..hari ini saja saya dapat tempahan 70 set.Saya ingat orang tak suka.. saya cuba.. Alhamdulillah dapat sambutan.. saya nak sis2 yang tak buat apa-apa kat rumah.. boleh laa amik resepi ROTI JALA SOS COKLAT.. sama-sama kita kongsi ilmu.yang mana dah share sebelum ni bagus la. Yang belum share silakan.saya halalkan.Tapi doakan saya berjaya dalam bisnes.. aaminn
Ada orang tanya saya jual sebekas berapa.Saya jual 1 bekas RM5 ada 7 Keping
Bahan-Bahan (Roti Jala):
3 cawan tepung gandum
2 biji telur
3 sudu besar serbuk koko (tengok nak gelap atau cerah)
3 sudu besar gula
3 sudu besar minyak masak
1/2 cawan susu cair
Air ikut kepekatan jangan pekat sangat jangan cair sangat.
Sedikit garam
Cara Membuat:
1.Kacau semua bahan dalam satu mangkuk lepas tu blend hingga halus.
2.Semasa blend tu boleh tengok kalau ada pusar dekat tengah tu boleh masuk satu ibu jari tu adunan cantik.kalau blend adunan tu tiada pusar atau pusar kecik.. masukkan air bagi ada pusar kat tengah.
3. Bolehlah ‘menjala’ menggunakan botol 3 kaki atas kuali nonstik.
Ibadah korban akan dilakukan oleh umat Islam yang berkemampuan. Daging haiwan seperti lembu dan kambing yang dijadikan korban itu kemudiannya akan dibahagikan kepada jiran tetangga dan saudara mara.
Ha..apa nak masak dengan daging korban ni ye? Bosan juga kalau daging itu dimasak sup, kari, rending atau hidangan tradisi biasa lain. Mesti nak try kelainan juga. Ha..apa kata anda boleh masak Gulungan Kubis Dengan Inti Daging Dan Roti Lapis Daging. Wahh..best nih. Jadi, selamat mencuba ya!
Untuk membuat inti daging; panaskan sedikit minyak Zaitun dan tumis daging hingga air kering.
Masukkan tomato dadu dan tomato puti. Kacau rata. Angkat dan ketepikan.
Panaskan minyak dan tumis bawang Holland hingga layu. Masukkan daging, daun bay, serbuk lada hitam dan masak hingga kuah pekat. Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
Sapukan bekas pembakar segi empat, sapu sedikit mentega di permukaannya. Letakkan empat keping roti. Lapiskan dengan inti daging, keju mozarella dan parmesan. Buat dua lapisan.
Masukkan ke dalam oven dan bakar pada suhu 180-200C Selama 45 minit.
Keluarkan dan sedia dinikmati.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Kucing dipukul & disumbat dalam longkang tanpa sebab, wanita kongsi "manis" jadi mangsa jiran benci kucing. Tular di media sosial, seekor kucing bernama "Manis"...