Dah tak tahu nak masak apa? Maklum saja, sebelum PKP bolehlah sekali sekala beli makanan kat luar. Tapi macam sekarang nie tak adalah banyak pilihan. Daripada pening nak fikirkan pasal makanan yang tertentu sahaja dijual, lebih baik makan sendiri. Baru puas hati.

Biasa mak-mak masak makaroni keju, makaroni goreng yang mewah dengan lauk daging, udang ayam dan macam-macam lagi yang diletaknya. Apa kata kali ini mak-mak cuba masala makaroni. Resipi ini dikongsi oleh Zulfaza Loves Cooking ZLC. Katannya:

“Kalau mak-mak nak masak makaroni untuk hidangan keluarga, boleh cuba sesuatu yang berbeza. Masala makaron nie sesuai untuk penggemar sayur sebab ia tak guna sebarang daging dan lauk lain. Anak-anak yang tak suka makan sayur pun boleh jadi suka.

Masala Makaroni

Bahan-bahan:

1 paket makaroni (atau sebarang pasta pilihan) – rebus dengan air dan garam hingga lembut, toskan)

Minyak untuk menumis

1 biji bawang besar @ holland- cincang

6 ulas bawang putih – cincang

2 inci halia – cincang

1 biji capsicum – cincang

3 biji tomato – cincang

IKLAN

2 – 3 biji cili hijau – hiris (saya guna cili padi)

1 sb serbuk cili (boleh tambah ikut citarasa)

1/2 sk serbuk kunyit (lupa nak letak – heksaited sgt nak masak)

2 sk italian herbs

3 sb sos cili

3 sb sos tomato

IKLAN

1 biji lobak merah – potong kiub

1/3 cawan kacang peas

2 sb perahan lemon/limau kasturi/limau nipis

1 pokok daun ketumbar – hiris

Parutan keju cheddar

IKLAN

Cara Membuat:

Tumis bawang, bawang putih dan halia hingga naik bau. Masukkan serbuk cili dan serbuk kunyit. Tumis sebentar. Masukkan sos tomato, sos cili. Gaul rata dan tumis hingga terbit minyak. Masukkan tomato, lobak dan cili hiris. Tumis hingga tomato lembut. Masukkan perahan limau, kacau rata.

 

Masukkan pasta. Gaul rata. Masak hingga sos dan pasta sebati. Masukkan kacang peas. Gaul rata. Kacau2 seketika.

Masukkan capsicum dan daun ketumbar. Gaul rata. Kacau2 sekejap. Akhir sekali masukkan parutan keju. Gaul rata. Siap….

Kredit: Zulfaza Loves Cooking ZLC