Mufin memang digemari kanak-kanak terutamanya. Mungkin ada yang dah puas makan hidangan yang wajib ada di pagi Syawal seperti rendang, ketupat, lemang selain aneka hidangan nasi yang merupakan hidangan berat belaka.
Menghala ke petang, tekak terasa nak sesuatu yang lain pula. Tapi nak yang ringan sedikit. Perut pun dah sebu makan makanan bersantan.
Ads
Ha..apa kata cuba Mufin Badam Epal ini. Tak susah pun. Boleh ajak anak-anak buat sama-sama sebab mudah sangat. Lagi pun tak boleh keluar pergi beraya kan, jadi duduk rumah diam-diam buat mufin! Ada juga aktiviti untuk anak-anak.
Antara bahan utamanya, buah epal yang mengandungi serat yang tinggi dan antioksidan seperti flavonoid, beta karotena dan fitokimia. Selain itu, ia juga mengandungi vitamin C, vitamin A dan vitamin B kompleks. Selamat mencuba!
Ads
Bahan Untuk Mufin Badam Epal:
250 gram tepung naik sendiri 100 gram gula kastor 60 gram mentega 225ml susu segar 1 biji epal dipotong dadu kecil (lebihkan epal jika suka) Kepingan badam untuk hiasan
Cara Membuat:
Pukul mentega dan gula kastor hingga kembang. Kemudian masukkan tepung diselang-selikan dengan susu segar.
Gaul sebati dan masukkan potongan epal ke dalam adunan.
Tuangkan adunan ke dalam acuan muffin.
Taburkan kepingan badam di atasnya.
Bakar dengan suhu 200˚C hingga perang keemasan.
Keluarkan dan sedia untuk dihidangkan.
Info Tambahan:
Ads
Panaskan oven sekurang-kurangnya 10 minit dahulu sebelum dibakar untuk memastikan suhu oven sekata dan mufin naik kembang dengan sempurna. Campurkan coklat chip atau kacang walnut ke dalam adunan untuk rasa lebih sedap. Gerenti anak-anak akan suka!
Udang celup tepung, hidangan yang mesti dalam senarai bila makan di kedai tomyam. Sedapnya bila dimakan dengan pencicah.
Peliknya, bila buat kat rumah udang celup tepung tak berapa nak menjadi seperti yang dimakan di kedai tomyam. Apa silapnya dan mungkin juga bahan yang kita guna tak sama.
Jafi, Fatyma Idris berkongsi resipi yang boleh mak-mak buat di rumah. Hasilnya memang sama bila kita mkan udang celup tepung di kedai tomyam.
Bahan-bahan:
Udang
Tepung blue key self raising flour (kotak warna pink)
Telur
Garam secukup rasa
Air secukupnya
Cara-cara
1. Bersihkan udang. Buang kulit udang tapi bahagian ekor dibiarkan je.
2. Campur semua bahan lain seperti tepung, telur, garam.
3. Masukkan air secukupnya. Jangan terlalu cair sangat dan tak nak pekat sangat. Buat biar boleh lekat elok adunan tepung dengan udang.
4. Celup udang dalam adunan tepung kemudian goreng dalam minyak yang panas.
5. Angkat dan toskan. Sedia untuk dihidang.
Nota: Bagi menghasilkan udang belon yang cantik boleh guna pencungkil gigi untuk buang kotoran belakang udang jadi tak perlu nak belah belakang udang tu.
Selamat mencuba.
Mingguan Wanita : Mungkin guna tepung lain tak menjadi kot. Nanti bolehlah cuba cara ini pula.
Mudah rupanya nak buat Nasi Himpit sendiri cara orang dulu-dulu. Namun kena ikut sukatannya baik guna beras biasa atau beras basmathi. Malah lapik dengan daun pisang dan himpit nasi guna lesung batu selama 4 jam. Barulah nasi himpit elok menjadi lembut dan wangi.
Salam 4 Syawal.Sekadar berkongsi Nasi Himpit cara saya. Thanks Mama Babah yang ajar cara ni.
Masak nasi guna periuk nasi macam biasa. 1 cawan beras biasa : 3 cawan air 1 cawan beras Basmathi :3.5 – 4 cawan air
Boleh pilih nak guna beras yang mana ikut citarasa kita.
Lapik loyang guna daun pisang, masukkan nasi, bungkus dan tindan guna lesung batu 4 jam.
Mudah, pantas, menjadi elok, lembut dan wangi.. Alhamdulillah.
Himpit dengan lesung batu.. Sejukkan selama 4 jam.
Saya tindih dengan bekas sama saiz loyang. Baru tindih dengan papan pemotong dan lesung batu di atas.Supaya tekanan sama rata.
MW:Begini rupanya nak buat nasi himpit sendiri. Mudah je, tak perlu beli lagi. Puas hati bila buat sendiri.Paling penting kena pastikan lapik loyang dengan daun pisang dan tindan guna lesung batu 4 jam, barulah Nasi Himpit nya elok lembut dan wangi.
Kesan pandemik C19, ramai gaji dipotong atau dibuang kerja. Boleh buntu juga sekejap. Namun, ada berita baik untuk para wanita B40 & M40. Mingguan Wanita prihatin dengan nasib menimpa anda dan susulan itu, kami menjemput semua untuk menyertai group Telegram Bangkit Wanita MW sebagai platform untuk mendapatkan info niaga, promosi kursus, tip berbisnes, perkongsian usahawan yang memberi inspirasi dan lain-lain.
Selepas penganjuran Webinar Bangkit Wanita #bisnesdarirumah, Mingguan Wanita menerusi kempen Bangkit Wanita, membuka pendaftaran kepada kursus latihan praktikal jangka pendek.
Kursus-kursus akan bermula hujung Mei hingga Ogos ini dan kemuncak kepada kempen ini ialah penganjuran Konvensyen Inspirasi CEO Bisnes Viral.Kursus latihan yang ditawarkan akan berlangsung selama sehari setiap satu dan orang ramai khasnya wanita B40 dan M40 boleh memilih kursus yang diminati.
Apa yang menarik, kursus-kursus ini memang direka khas untuk mereka yang mahu berniaga sebaik tamat latihan asas kemahiran ini.Sejumlah tujuh kursus asas latihan praktikal dan demo dibuka untuk penyertaan merangkumi sektor makanan, pengurusan, busines kedai online, jahitan dan perkhidmatan.
Nak Jadi Usahawan Viral, Ini Pilihan Antara Kursus Kemahiran Untuk Wanita B40 & M40
JOM PANDAI BAKERI. BUAT DUIT JUAL KEK DAN ROTI
Dibuka dalam dua pilihan tarikh iaitu pada 12 Jun dan 26 Jun 2021. Peserta akan mengadun dan membakar sendiri adunan agar dapat kenal pasti formula menghasilkan satu adunan sempurna bagi kek dan roti. ( https://toko.ideaktiv.com/product/jom-pandai-bakeri-buat-duit-jual-kek-dan-roti/ )
Ada petua tertentu untuk memastikan bahan masakan seperti kunyit, halia, serai dan lengkuas, kekal segar serta tahan lebih lama. Bukan apa boleh dikatakan bahan-bahan masakan seperti kunyit, halia, serai dan lengkuas ini merupakan antara bahan penting yang mesti ada di dapur. Terutamanya jika kita gemar memasak menu seperti gulai,sup, masak lemak, rendang dan sebagainya.
Namun, kebiasaannya juga bahan-bahan ini kita gunakan hanya sedikit sahaja selebihnya disimpan di dalam peti sejuk dan selalunya bahan-bahan ini tidak tahan lama, ia mudah menjadi kering, busuk dan tak boleh digunakan lagi. Akibatnya, lebihan halia, lengkuas atau kunyit yang tidak habis digunakan ini akan dibazirkan begitu sahaja.
Perkara ini boleh diatasi sekiranya mengikut petua dan cara yang betul penyimpanannya. Malah kunyit, lengkuas, serai dan halia ini mampu boleh bertahan sehingga dua bulan, masih elok, segar serta masih boleh digunakan untuk sebagai bahan memasak dalam tempoh tersebut. Ikut petua ini.
Cara-Caranya:
1.Cuci bersih kunyit, lengkuas, serai dan halia.
2.Masukkan kunyit, lengkuas, serai dan halia yang masih segar ke dalam bekas bertutup yang berisi air.
3.Simpan dalam peti sejuk.
4.Pastikan air bersih ditukar tiga atau empat hari sekali, jangan biarkan sehingga air berlendir.
Selamat Mencuba!
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
“Ida Selalu Cakap Dia Segan Saya Layan Dia Sangat Baik, Sayang Ida” itulah antara luahan daripada Bonda Rozita terhadap menantunya Datin Seri Shahida Mohd...