Senang je nak buat “Pepero Popia Almond Stick” ni, guna 3 bahan je dah boleh jadi kudapan raya yang rangup dan sedap. Rupanya kena gunakan straw untuk memudahkan gulungan kulit popia nanti dan tak perlu keraskan dalam peti sejuk pun.

Boleh cuba resipi yang dikongsikan oleh Puan Puan Anie Dza ini.

“Done kudapan rayo mudah, murah dan pasti sodap.Today, Settle.”

“Pepero Popia Almond Stick”. Uiiii panjang nama ko ye.#AdaYgPmTepiSaya Tanye kat saya kotlah saya ada resepi mudah. Saya ada nampak resepi ni kat grup mane ntah, tak hengat ni.Okey saya buat dan kongsi kan di sini.Confirm makan nanti, fefeling makan pepero kat Langkawi yang sekotak besar harga RM23 tu.”

Bahan-Bahan:

Kulit popia (jenama KG, pertama@spring home) kalau brand lain ade yang kulit mudah koyak.
250gram Coklat masakan(saya guna yang bajet-bajet je) ade bajet lebih mak-mak guna Beryl’s lee
200gram Almond cincang dalam

Okey…3 bahan sahaja.

“Pepero Popia Almond Stick” 3 BAHAN, Guna Straw Mudahkan Gulungan

Cara Membuat:

1. Sebungkus kulit popia dibelah 4. Kalau ada 40 keping, jadi 160 keping.
2. Almond dipanggang sekejap dalam oven suhu 150°c 10 minit.
3. Gulung kulit popia satu persatu.Dalam mangkuk biru berisi campuran tepung gandum dan air untuk proses lekatkan gulungan akhir.Guna straw ntuk mudahkan gulungan dan bentuk yang sama setiap satu.

IKLAN

“Pepero Popia Almond Stick” 3 BAHAN, Guna Straw Mudahkan Gulungan4. Selepas siap semua, rehatkan kejap dalam peti sejuk untuk keraskan gulungan popia.
5. “Pepero Popia Almond Stick” 3 BAHAN, Guna Straw Mudahkan GulunganSelepas itu, goreng gulungan popia sampai agak kekuningan.

“Pepero Popia Almond Stick” 3 BAHAN, Guna Straw Mudahkan Gulungan6.Selepas digoreng, toskan di atas tisu dapo.Tunggu sejuk kejap.

“Pepero Popia Almond Stick” 3 BAHAN, Guna Straw Mudahkan Gulungan7. Sementara itu, coklat masakan potong kecil-kecil.Saya kukus je, malas nak double boil bagai. Camporkan 2 sudu butter dan gaul sebati.Tujuan untuk nampak coklat berkilat.

“Pepero Popia Almond Stick” 3 BAHAN, Guna Straw Mudahkan Gulungan8. Coklat tadi masuk dalam mug.Sonang nak celup popia tadi. Jangan celup sampai penuh.Agak-agak yang hujung boleh pegang.

IKLAN

“Pepero Popia Almond Stick” 3 BAHAN, Guna Straw Mudahkan Gulungan9. Pastu taburkan almond yang dah di panggang tadi.. Pastikan kena dekat celupan coklat.

“Pepero Popia Almond Stick” 3 BAHAN, Guna Straw Mudahkan Gulungan

Haaa.. Ginilah kejadiannye.Nampak kononnye Pepero Premium.Biarkan sekejap camni.Nanti coklat akan mengeras.Nak nasuk peti sejuk pun boleh dalam 5-10 minit.Pastu masuk bekas kedap udara.

“Pepero Popia Almond Stick” 3 BAHAN, Guna Straw Mudahkan Gulungan

IKLAN

Okey.Siap, tak payah masuk peti sejuk terus simpan dalam balang kuih mak-mak yee.Senang tak??

“Pepero Popia Almond Stick” 3 BAHAN, Guna Straw Mudahkan GulunganInfo Ekstra!

  • Kalau takde oven boleh sangai/goreng badam tanpa minyak di kuali guna api perlahan. Sentiasa kacau, dah kekuningan boleh angkat.
  • Sebelum celup, tunggu coklat sedikit sejuk dan pastikan gulungan popia dah betul-betul tos minyak atas tisu dapur ye.

Baca Lagi Disini:

“Rempeyek Ekspres” Guna Kulit Popia, Janji Ada Kacang & Ikan Bilis

Semperit Susu 3 Bahan Paling SENANG, Sukatan Cawan Kacau Guna Senduk!

MW: Jadi kalau nak buat biskut raya mudah, boleh buat “Pepero Popia Almond Stick” ni. Senang nak buat dan guna 3 bahan je. Yang penting sedap!

Sumber: Anie Dza

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI