Nikmatnya dapat makan puding karamel sejuk yang sedap dan cantik licin kejadiannya. Bukan apa jika salah teknik, puding karamel ni jadi berongga, berbuih dan tak licin.Tip paling penting pukul adunan cukup sekadar ia larut dan sebati.
(Bahan-bahan untuk Gula Karamel):
1/4 cawan gula + 1 sudu besar gula
3 sudu besar air
(Bahan-bahan untuk puding):
5 biji telur, saiz B
1 tin susu cair
150ml air
1/4 cawan gula
1 sudu kecil esen vanila
Cara Membuat:
1.Panaskan gula dan air di dalam periuk di atas api perlahan sehingga warna bertukar keperangan, kemudian baru kacau sekata.
2.Tuang dalam loyang berukuran 6 inci dan ketepikan.
3.Dalam mangkuk, satukan semua bahan menggunakan whisk.
4.Pastikan gula cair dan jangan terlebih pukul sehingga adunan sehingga berbuih. Cukup sekadar adunan larut dan sebati.
Ads
5.Tapiskan adunan ke dalam loyang gula karamel. Tuang dengan berhati-hati supaya lapisan bawah karamel tidak terjejas.
6.Tutup loyang dengan aluminium foil supaya air tidak bertakung sewaktu dikukus. Kukus selama 30-35 minit minit, atau sehingga puding menjadi pejal.
Tip Ekstra:
(Kaedah ‘water bath’)
Boleh juga sediakan puding karamel menggunakan kaedah ‘water bath’ atau ‘bain marie’ dan bakar di dalam oven pada suhu 170°C, selama anggaran 40-45 minit. Kaedah ini menghasilkan puding yang lebih licin dan tidak berongga.
Ads
Caranya ialah dengan meletak air panas ke dalam loyang yang lebih besar, kemudian letakkan loyang puding karamel yang telah di tutup dengan kertas aluminium foil dan bakar sehingga masak. Jangan buka oven di sepanjang proses memasak kerana wap air akak meruap keluar dan mengganggu hasil puding nanti.
Mingguan Wanita: Begini rupanya nak buat Puding Karamel yang sedap dan cantik licin tak berongga.Pastikan jangan terlebih pukul sehingga berbuih, dan kacau sekadar adunan larut dan sebati sahaja. Boleh ikut kaedah dan resipi yang dikongsikan ini. Sedapnya makan sejuk-sejuk.
Keropok lekor memang sedap digoreng dan makan panas-panas waktu minum petang. Lebih-lebih lagi jika menggunakan ikan segar. Bagi negeri di pantai timur seperti Terengganu, memang terkenal dan cukup popular dengan keropok lekornya yang sedap dan garing.
Rupanya selain ikan segar, keropok lekor yang dibuat perlu menggunakan tepung sagu, barulah jadi elok kejadiannya. Mak-mak boleh cuba buat keropok lekor sendiri ikut resipi yang dikongsikan Fatin Umiyah ini yang merupakan orang Terengganu.
Berikut perkongsian tersebut;
“Saya orang ganu…selain penyu, keropok lekor pun glemer jugak.Hari ni nak share keropok lekor made by mak saya..hihi..buat makan petang.”
“Saya tukang tengok tukang makan je, uli semua mak saya yang buat..sebab air tangan mak selalu nye sedappp.”
“Untungkan jadi anak nelayan..duduk kat tepi sungai dan laut ni..ikan pun fresh.”
Bahan-Bahan:
3 mangkuk isi ikan mentah (selayang/selar) *kisar guna blender kering
3 mangkuk Tepung sagu
Garam
Perasa
Air
Cara Membuat:
1. Gaul semua bahan-bahan, sukatan air, garam tu agak agak la.
2. Uli sampai jadi la macam ni.
Tepung yang dah siap uli.
3. Boleh goreng terus atau rebus dulu.Nak goreng selepas rebus pun boleh, makan yang rebus camtu je pun boleh.
Keropok lekor yang lepas uli tadi terus goreng
Info Ekstra!
Tepung sagu bukan tepung ubi. Lain tepung-tepung ni..tak sama. Kat kedai runcit ada jual, dia jual by kilogram. Boleh je beli dekat mana-mana asalkan tepung sagu buat keropok.Sebab luar terengganu payah nak cari kan.
Ni tepung sagunye jual by kilogram. Ayah saya beli tadi rm4/kilo
Selamat Mencuba!
Saya izinkan share..semua boleh share..mak saya halalkan.
MW: Keropok lekor guna ikan fresh dan goreng makan panas-panas memang sedap dan puas hati. Tak susah pun nak buat keropok lekor ni, bahan-bahan pun tak banyak. Memang kena cuba nanti.
Mudahnya tanam taugeh kalau mak-mak tahu caranya. Nampak cara nak tanam pun hanya guna bekas dan siram saja. Tak perlu tanah pun.
Begitulah mudahnya tanam taugeh. Kadang-kadang nak gunakan dalam masakan hanyalah sedikit saja. Tapi kena beli ikut sukatan dan nilai yang ditetapkan.
Jadi, cara nak senang dan mudahnya dengan tanam saja di rumah. Tak perlu ambil masa lama, cukup dengan hanya 3-4 hari saja sudah boleh gunakan untuk masak.
Inilah yang dikongsikan oleh Nora Valo tentang mudahnya tanam taugeh sendiri. Menariknya, hanya perlu siram dua kali sehari dan hasil taugehnya memang gemuk-gemuk macam beli di kedai.
“Inilah cara saya buat taugeh sendiri di rumah. Boleh ikut cara berikut:
1. Inilah taugehnya. 3-4 hari sudah boleh tuai. Kalau nak simpan lama, kena penuhkan air dan letak dalam peti ais.
2. Rendam kacang hijau selama 24 jam. Tak perlu banyak pun, hanya segenggam pun dah cukup.
3. Selepas 24 jam, kacang akan mula bercambah.
4. Buang air rendaman dan tukar kacang ke dalam balang plastik. Ikut cara masing-masing, nak letak tisu atau tak nak pun tak apa. Tutup balang dan simpan di tempat gelap. Balut dengan plastik hitam.
5. Jangan lupa siram 2 kali sehari. Caranya, letak air dalam balang dan gocang seketika. Lepas itu buang airnya.
6. Hasilnya selepas 3-4 hari. Gemuk-gemuk macam beli kat kedai.
Selamat mencuba!
Mingguan Wanita : Lepas ni boleh tanam sendiri kat rumah. Nak pakai banyak mana pun tak kisah.
Group khas buat semua wanita B40 dan M40 yang mahu bangkit maju dari kehidupan sekarang menerusi perkongsian tip, promosi kursus anjuran Mingguan Wanita, perkongsian kisah inspirasi wanita. #langkahyakinlakarkejayaan
Ramai sebenarnya mak-mak di Malaysia ini yang punya hobi menjahit. Baik secara profesional mahupun suka-suka. Bila ada ruang menjahit di rumah, rasa seronok itu lain macam.
Cuma bilik mana nak diambil untuk buat ruang menjahit itu? Puan Sharubariyah Abu Bakarini, dah bertahun-tahun tinggalkan hobi menjahit ini.
Bila tiba-tiba datang ilham itu, naklah ada ruang jahitan yang seronok untuk berlama-lama di situ. Jadi ini yang beliau makeoverkan.
Bilik Baju Bertukar Jadi Ruang Menjahit
Kata Puan Sharubariyah, “Asalnya bilik ni merupakan bilik baju.. Saya terasa nak menjahit setelah bertahun-tahun lamanya, hobi ini ditinggalkan.
Bilik diubah suai, sedikit ruang menjahit disediakan.
Memandangkan bilik ini sempit, jadi saya gunakan meja ikea boleh lipat untuk dijadikan meja memotong kain.
Tempat benang beli di Shoppe, bekas kecil-kecil beli di Eco shop dan storage box besar beli di Ikea.”
Transformasi Ruang Jahitan Idaman
Sebelum
Tudung – dalam gulungan. Katanya, sebahagian dah diberi pada orang. Sebab nak buatkan bilik menjahit.
Tempat gantung baju drill guna wall plug besi jenis L shape.
Meja lipat Ikea – setakat ini, meja stabil. Tak gerak-gerak waktu kerja-kerja menyulam.
Boxes putih dan rak beli di Ikea.
Drawer beli di Ikea
Gunakan drawer untuk letak gunting dan kertas pola. Labelkan setiap drawer agar mudah nak cari.
Tempat simpan barang keperluan jahitan.
Buku-buku jahitan disusun kemas.
MW :Puas hati kan bila ada ruang menjahit tersendiri. Seronok nak buat kerja-kerja menjahit tu. Rasa bahagia pun datang. Bolehlah cuba idea bina ruang jahitan seperti yang dikongsikan di atas.
Model Rusia buat laporan polis selepas jadi mangsa komen lucah, dimalukan ketika makan berseorangan di restoran. Seorang wanita warga Rusia tampil membuat laporan polis...