Menariknya resipi cookies ala Famous Amos ni, mana taknya buat satu bancuhan boleh dapat 3 jenis! memanglah sangat mudah dan menjimatkan masa di dapur nak buat biskut raya. Sedap dan rangup pula tu rasanya. Nak buat untuk makan sendiri atau nak buat jual pun boleh sangat.
Boleh cuba resipi dan cara yang dikongsikan oleh Puan Nor Khomariah Norrohman ini sebagai panduan;
Terima kasih yang share resepi nie, nampak menarik cuba lah juga. Resepi sukatan gula untuk biskut nie manis ye, yang tak suka manis sangat boleh kurangkan gula.Bahan-bahan untuk cookies tu saya guna stok yang mana ada dekat rumah, saya bakar lebih masa nak bagi cookies ranggup..nak sedap guna bahan-bahan Premium.
RESEPI 3 JENIS COOKIES ALA FAMOUS AMOS
(pakai 1 bancuhan ja dah boleh dapat 3 jenis cookies)
Bahan A: Kacau Rata
Semua bahan ini hanya perlu dicampurkan sehingga campurannya cantik & sebati.
250 gram Butter (nak sedap pakai pure butter) cth: lurpak
1 1/4 cawan brown sugar(sis pakai 1 cwn je)
1 sudu kecil esen vanila
1 biji telur gred A
Selesai campur bahan A, masukkan pula bahan B seperti bawah.
Tambahkan Bahan B
2 1/2 cawan tepung gandum
1/2 cawan tepung jagung
1 sudu kecil baking powder
1 sudu kecil soda bikarbonat
sudu besar minyak
Ads
Bila dah gaul sebati bahagikan kepada 3 adunan.
1. RED VELVET COOKIES
Letak 1sdk serbuk koko.
Letak 2sdb pewarna redvelvet emulco.
Untuk topping kebiasaannya orang letak white choc chip tapi sis pakai almond nips dengan butterscotch chip (pakai yang mana ada je..)
2. CALLEBAUT DARK CHOC COOKIES
Cuma tambahkan topping dia ja callebaut coin tu dengan nestum.
3. CHOCOLATE ALMOND COOKIES
Letak serbuk koko dalam 4 sudu (callebaut cocoa powder).
Letak topping choc chip, almond nips (tambah ja apa-apa yang suka ok).
Seterusnya sejukkan adunan. Bila dah menjadi adunan, masukkan ke dalam peti sejuk sekejap dalam 1 jam.
Lepas 1 jam, bolehlah keluarkan adunan dan sedia untuk membakar. Adunannya memang lembik sikit ya.
Masa susun atas loyang, jarakkan jauh sikit antara satu sama lain.
Masukkan dalam Oven bakar 25 minit suhu 150 darjah(oven sis) guna api atas bawah atau ikut kepanasan oven masing-masing.
Mingguan Wanita: Memang menarik resipi Cookies Ala FAMOUS AMOS ni. Buat satu bancuhan asas je, boleh dapat 3 jenis terus. Memang menjimatkan masa mak-mak di dapur. Resipi wajib cuba raya ni.
Jika mak-mak pernah makan Biskut Gery, biskut keping yang disalut dengan keju berkrim, sebenarnya boleh buat sendiri je di rumah. Biskut Gery yang pernah viral ini, mudah sangat nak buat, malah jimat kos berbanding beli di kedai. Rasanya yang lemak, manis, masin secukup rasa, boleh dibuat kudap-kudapan untuk anak-anak.
Boleh cuba resipi yang dikongsikan oleh Nerina Elli ini
“Try dahhh..Ala-ala Biskut Gery..mudah sangat, jimat kos. Bukan guna semua bahan-bahan ni, buat sikit-sikit.Bagi yang pertama kali buat ikut kuantiti di bawah.”
1. Panaskan butter, susu pekat dan cheese sampai cair. Guna api perlahan je.
2. Bila bahan dah cair. Kena cepat-cepat salut kat biskut ye.(Bahagian keping yang takde gula). Jika kering susah nak melekat nanti sebab tempoh bahan tu cair kejap je.
3. Celup terus biskut tu ke dalam bancuhan cheese berkenaan.Lagi cepat & cantik salut dia, tak perlu pakai sudu.
4. Sejukkan seketika biar salutan kering.
Dah berjaya buat, ulang lagi cara yang sama.
Info Ekstra!
Kalau nampak macam cheese tu pekat, letak sikit butter untuk cairkan ia. Sebab tu bila dah sejuk nampak berkilat-kilat lawa je tengok.
Masih dalam mood raya lagi kan. Mungkin stok-stok kuih raya dah tinggal sikit, nak kena top up. Walaupun, tak adalah beraya sangat cuma anak beranak sahaja, raya tetap di sambut. Kuih muih raya mesti ada gak atas meja. Biskut moden, kuih tradisional pun mesti nak kena ada kan.
Ingat tak masa dulu-dulu, orang suka buat kek oren. Kiranya memang tradisi bila time raya kek oren mesti kena ada atas meja untuk di jamu pada tetamu.
Nieza Nor Hamnira turut berkongsi resipi kek oren dulu. Katanya,senang sangat nak buat, rasa pun sedap dan tak muak. Mak-mak boleh cuba buat kat rumah ye.
RESiPI KEK OREN SEMPOI SEDAP
Bahan:
1 biji oren sunkist yang dijadikan 1 cawan jus (+ air untuk genapkan secawan)
3 sudu teh sunquick
1 1/2 cawan gula
4 biji telur
1 cawan minyak
Sedikit garam
Bahan Kering :
2 cawan tepung gandum
2 sudu teh baking powder
Cara Membuat:
1.Ambil buah oren, belah ambil jusnya di dalam cawan sukatan di atas.
2.Potong kecil-kecil (hampas) buah oren tadi dan masukkan dalam blender / fruit processor
3.Dengan sempoi, masukkan kesemua bahan basah yang di atas dan blend / putarkan fruit processor sehingga sebati.
4.Dalam bekas berasingan, sediakan tepung dan baking powder. Tuang adunan basah ke dalam adunan kering dan kacau sebati guna whisk tangan.
5.Griskan loyang dengan minyak. Tuang adunan ke dalam loyang.
6.Panaskan oven pada suhu 160C dan bakar 40 minit atau sehingga adunan tak lagi bergoyang 🙂
Bau oren yang harum memikat menggamit nostalgia raya bersama keluarga di suatu masa.
MW: Walaupun tak dapat pulang raya, kek oren nie pun dah menggamit kenangan. Jangan meleleh air mata pulak bila makan nanti.
Resipi: Nieza Nor Hamnira
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Resipi Sambal Masak, tradisi orang Selama Perak, belajar dari arwah mak mentua.Memang nampak sedap sungguh resipi sambal masak ni. Malah bahan-bahan yang digunakan pun tak banyak, malah nak buat pun mudah.
Menurut perkongsian daripada Puan Yusnita Nayan, sambal ni merupakan menu tradisi berasal daripada masyarakat setempat di daerah Selama Perak. Sambal ni sedap dinikmati dengan terung bakar, jering, jantung piasang rebus, pucuk paku dan sebagainya.
Sejak kahwin dengan orang Selama, Perak..baru kenal sambal ni. Belajar dari arwah mak mentua sampai la jadi peberet. Makan pulak dengan jantung pisang rebus, pucuk paku rebus,terung bakar..Memang sedap la.
Jururawat hampir kehilangan RM4000 akibat emel palsu, "diminta verify kalau tak akaun Netflix digantung. Seorang jururawat hampir kehilangan wang simpanannya selepas menjadi mangsa penipuan...