Masih dalam mood raya lagi kan. Mungkin stok-stok kuih raya dah tinggal sikit, nak kena top up. Walaupun, tak adalah beraya sangat cuma anak beranak sahaja, raya tetap di sambut. Kuih muih raya mesti ada gak atas meja. Biskut moden, kuih tradisional pun mesti nak kena ada kan.

Ingat tak masa dulu-dulu, orang suka buat kek oren. Kiranya memang tradisi bila time raya kek oren mesti kena ada atas meja untuk di jamu pada tetamu.

Nieza Nor Hamnira turut berkongsi resipi kek oren dulu. Katanya,senang sangat nak buat, rasa pun sedap dan tak muak. Mak-mak boleh cuba buat kat rumah ye.

IKLAN

RESiPI KEK OREN SEMPOI SEDAP

Bahan:
1 biji oren sunkist yang dijadikan 1 cawan jus (+ air untuk genapkan secawan)
3 sudu teh sunquick
1 1/2 cawan gula
4 biji telur
1 cawan minyak
Sedikit garam
Bahan Kering :
2 cawan tepung gandum
2 sudu teh baking powder

Cara Membuat:
1.Ambil buah oren, belah ambil jusnya di dalam cawan sukatan di atas.
2.Potong kecil-kecil (hampas) buah oren tadi dan masukkan dalam blender / fruit processor
3.Dengan sempoi, masukkan kesemua bahan basah yang di atas dan blend / putarkan fruit processor sehingga sebati.
4.Dalam bekas berasingan, sediakan tepung dan baking powder. Tuang adunan basah ke dalam adunan kering dan kacau sebati guna whisk tangan.
5.Griskan loyang dengan minyak. Tuang adunan ke dalam loyang.
6.Panaskan oven pada suhu 160C dan bakar 40 minit atau sehingga adunan tak lagi bergoyang 🙂

IKLAN

Bau oren yang harum memikat menggamit nostalgia raya bersama keluarga di suatu masa.

Resipi Kek Oren Sempoi, Nostalgia Dulu-Dulu. Sedap & Tak Muak Pun!

IKLAN

MW: Walaupun tak dapat pulang raya, kek oren nie pun dah menggamit kenangan. Jangan meleleh air mata pulak bila makan nanti.

Resipi: Nieza Nor Hamnira

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI