Setiap malam, mak-mak mesti akan fikir, bekal apa yang anak nak bawa ke sekolah nanti. Tak kurang juga tentang sarapan yang mesti disediakan. Naik bosan pula asyik menu yang sama sahaja.

Jadi, mak-mak yang masih ada nasi lebih yang tak habis malam tu, boleh lah buatkan nuget nasi, lain daripada yang lain. Atau mak-mak boleh masak nasi yang baru dan sediakan. Malah, kalau nak bagi anak kecil makan pun boleh. Cukup mudah. Ikuti perkongsian daripada Ku Nor Ashkin ini.

“Nuget homemade ini saya guna nasi panas-panas. Bukan untuk bekal anak ke sekolah tapi untuk anak kecil saya baru berusia 10 bulan. Tapi untuk dia, saya tidak letakkan garam dan perisa. Masih lagi sedap.

“Senang sangat dan boleh jadi bekal bento untuk anak ke sekolah. Paling penting, nuget ini dibuat daripada nasi panas-panas dan tak guna tepung pun. Sedap dan kalah nuget yang ada kat kedai.

IKLAN

Bahan-bahan:
4 ketul dada /bahagian isi ayam
2 ulas bawang putih
1 biji telur
Batang daun sup
1 sudu kecil serbuk lada hitam
1 sudu minyak masak
2 senduk nasi panas-panas
1 sudu air @ ikut mana sesuai – tujuannye supaya senang semasa kisar nanti.
Lobak merah diparut (letak last sekali selepas blender)
Cincang daun sup sedikit

Bahan salut:
Telur dan serbuk roti secukupnya.Nuget Nasi Homemade, Senang Sangat. Boleh Jadikan Bekal Anak Ke SekolahCara Membuat:
1. Kisar semua bahan diatas hingga halus.
2. Masukkan ke dalam bekas bersesuaian dan kukus hingga masak.Nuget Nasi Homemade, Senang Sangat. Boleh Jadikan Bekal Anak Ke Sekolah

IKLAN

3. Apabila masak, potong ikut bentuk disukai, celup dalam telur dan salutkan dengan serbuk roti. Goreng.
4. Simpan bahagian freezer.

IKLAN

.

Nuget Nasi Homemade, Senang Sangat. Boleh Jadikan Bekal Anak Ke SekolahNuget Nasi Homemade, Senang Sangat. Boleh Jadikan Bekal Anak Ke Sekolah
Nuget Nasi Homemade, Senang Sangat. Boleh Jadikan Bekal Anak Ke SekolahMW: Lepas nie bolehlah buat banyak-banyak dan simpan buat stok bila nak makan nanti. Moga membantu mak-mak dalam membei idea untuk sarapan atau minum petang anak.

Sumber: KU Nor Ashikin

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI