Sekali pandang macam bepang, tapi ini adalah cengkaruk.

Biasanya nasi lebihan makan malam kita buang sahaja lebih-lebih lagi sekiranya sudah basi. Menurut Puan Ida Hamzah, nasi tersebut seeloknya di jemur hingga kering atau dijadikan sebahagian bahan baja kompos.

Manakala suaminya memberi cadangan apa yang boleh dibuat dengan lebihan nasi tersebut yang telah dikeringkan. Nasi yang telah dijemur kering boleh menjadi kudapan petang yang selalu dimakan sewaktu kecil dahulu.

Sekali pandang seperti bepang, mungkin lebih kurang tetapi cengkaruk ini ditambah gula melaka dan kelapa. Sudah tentu rasanya lebih sedap apabila dijadikan kudapan petang.

Puan Ida akan berkongsi resepi yang boleh dibuat dengan mudah oleh ibu-ibu terutama waktu PKP ini, anak-anak juga memang menggemari makanan ini. Jom kita lihat gambar cara-cara membuatnya.

BAHAN-BAHAN:

  • Nasi lebihan lebih kurang 3 cawan
  • Gula melaka setengah ketul atau 5 sudu gula perang
  • Kelapa muda parut
  • Secubit garam

Cara Membuat:

  1. Nasi dijemur sehingga kering. Jika sedikit nasi lebihan yang ada selepas kering boleh disimpan supaya dapat nasi kering sekurang-kuragnya secawan untuk satu hidangan’
Guna NASI Lebih, Keringkan, Tambah Gula Melaka, Kelapa Buat Kudapan “CENGKARUK”   Guna NASI Lebih, Keringkan, Tambah Gula Melaka, Kelapa Buat Kudapan “CENGKARUK”

*jika cuaca panas seharian dijemur nasi boleh kering.

  1. Nasi kering tersebut disangai (tanpa minyak) dengan api yang kecil hingga kekuningan atau coklat, jangan sampai hangit pula ya. Nasi kering mesti sentiasa dikacau rata.
Guna NASI Lebih, Keringkan, Tambah Gula Melaka, Kelapa Buat Kudapan “CENGKARUK”
.

*jika ada ketulan besar nasi kering sebelum digoreng elok di tumbuk agar terlerai supaya semasa digoreng rata garingnya.

IKLAN

3. Setelah siap digoreng, masukkan ke dalam pengisar. Kisar sehingga halus. Jika suka boleh juga sedikit kasar supaya semasa makan terasa nasi kering apabila dikunyah.

Guna NASI Lebih, Keringkan, Tambah Gula Melaka, Kelapa Buat Kudapan “CENGKARUK”  Guna NASI Lebih, Keringkan, Tambah Gula Melaka, Kelapa Buat Kudapan “CENGKARUK”

4. Sediakan bahan untuk campuran cengkaruk iaitu kelapa muda yang diparut.

Guna NASI Lebih, Keringkan, Tambah Gula Melaka, Kelapa Buat Kudapan “CENGKARUK” Guna NASI Lebih, Keringkan, Tambah Gula Melaka, Kelapa Buat Kudapan “CENGKARUK”Guna NASI Lebih, Keringkan, Tambah Gula Melaka, Kelapa Buat Kudapan “CENGKARUK”

IKLAN

*jika tiada kelapa muda, pastikan kelapa yang diparut bahagian putih sahaja supaya kejadiannya cantik. Setengah ketul gula melaka diracik nipis atau halus.

* Gula perang atau gula pasir juga boleh digunakan ik ut kemanisan yang disukai.

5. Gaulkan kelapa parut bersama gula melaka atau gula perang bersama gorengan nasi kering yang telah dikisar. Masuk secubit garam untuk rasa lemak.

IKLAN

Guna NASI Lebih, Keringkan, Tambah Gula Melaka, Kelapa Buat Kudapan “CENGKARUK”Guna NASI Lebih, Keringkan, Tambah Gula Melaka, Kelapa Buat Kudapan “CENGKARUK”

Baca Di Sini:

Mudah, Sedap, Kacang Goreng Pedas Buat Kudapan Sambil Tonton TV, Anak-Anak Pasti Suka

3 Langkah Mudah Buat Popia Wonder Cheese Viral, Kudapan Krukk Krukk Paling Senang & Sedap!

Info Menarik:

  1. Cengkaruk sedap dihidang bersama kopi panas sebagai kudapan petang bersama family terutama musim hujan.
  2. Secara tidak langsung amalan pembaziran dapat dielakkan selain dari mengembalikan semula resepi berzaman yang kian dilupakan.
  3. Selain itu nasi kering ini boleh digoreng dengan minyak jadi kembang dan boleh dibuat makanan yang dipanggil rengginang apabila disira dengan gula dan masuk kedalam acuan. Jika suka yang pedas, boleh disira dengan sambal seperti buat kerepek ubi. Selamat mencuba resepi murah dan mudah ini!

MW: Tak baik membazir, oleh itu kalau ada lebihan nasi di dapur buatlah cengkaruk ini. Penyediaannya pun mudah. Lebih mudah jika anda menggunakan gajet dapur yang bersesuaian. Beli sahaja di sini. 

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI