Rendang Telur Cili Kering Dan Pais Telur Masin, Menyesal Tak Cuba!

Rendang ada macam-macam jenis. Tapi, pernah tak makan rendang telur? Macam-macam lauk pauk boleh dimasak menggunakan telur sebagai bahan utama. Bukan setakat digoreng, buat sambal atau masak kicap saja, malah macam-macam hidangan sedap boleh dimasak dengan telur.

Pernah tak cuba Telur Rendang Cili Kering dan Pais Telur Masin. Pehh, kalau dah cuba, mesti akan terbayang akan kesedapannya.

Meh kita tengok apa resipi Rendang Telur Cili Kering dan Pais Telur Asin. Taklah susah sangat pun.

RENDANG TELUR CILI KERING

Rendang Telur Cili Kering Dan Pais Telur Masin, Menyesal Tak Cuba!

BAHAN-BAHAN:

4 biji telur – rebus

6 biji bawang merah –  kisar

3 ulas bawang putih – kisar

1 inci halia – kisar

1 inci kunyit hidup – kisar

IKLAN

2 batang serai – hiris

1 helai daun kunyit – hiris

3 sudu makan cili kering kisar

1 sudu makan kerisik

1 mangkuk santan

IKLAN

Sedikit minyak

Garam secukup rasa

 INI CARA MEMASAK RENDANG TELUR CILI KERING:

  1. Panaskan minyak di dalam kuali. Tumis bahan kisar serta cili kisar hingga terbit wangi.
  2. Setelah bahan tumisan garing dan pecah minyak, masukkan santan dan hirisan serai. Kacau sekata.
  3. Masukkan telur dan biarkan mendidih hingga kuah pekat.
  4. Akhir sekali masukkan hirisan daun kunyit dan perasakan dengan garam secukup rasa. Kacau sebati.
  5. Angkat dan sedia dinikmati. Sedap makan dengan nasi putih atau dengan nasi minyak pun best jugak.

PAIS TELUR ASIN

Rendang Telur Cili Kering Dan Pais Telur Masin, Menyesal Tak Cuba!

BAHAN-BAHAN:

2 biji telur asin/masin

1 biji telur biasa

IKLAN

Sedikit hirisan daun kunyit

Sedikit hirisan daun limau purut

Sedikit hirisan serai

2 sudu makan santan pekat

Daun pisang untuk membungkus secukupnya

CARA MEMASAK:

  1. Sediakan daun pisang.
  2. Pecahkan telur asin satu persatu ke dalam daun pisang.
  3. Kemudian pecahkan dan hancurkan telur ayam biasa dan tuang ke atas telur masin tadi.
  4. Taburkan daun kunyit, daun limau purut dan serai yang telah dihiris.
  5. Akhir sekali, tuangkan santan pekat. Kesemua bahan jangan dikacau. Bungkus telur tersebut.
  6. Kukus kira-kira 5 minit dan selepas itu dibakar sekitar 5 minit lagi.
  7. Keluarkan dan sedia dihidangkan.

Kredit: Rasa

https://www.facebook.com/mingguanwanita/

https://www.mingguanwanita.my/guna-yogurt-sebagai-bahan-utama-rahsia-miliki-rambut-cantik-sihat-berkilat/

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI