Guna apa ye untuk mendapatkan rambut yang cantik berkilat? Salah satunya dengan menggunakan yogurt. Ia sering kali dikaitkan dengan diet dan pemakanan yang sihat. Malah ia dikatakan banyak memberi manfaat daripada sudut kesihatan.

Yogurt merupakan produk fermentasi daripada susu pasteurisasi dengan menambahkan bakteria lactobacillius bulgaricus yang dapat menghasilkan bakteria asid laktat dan asid asetat sehingga mengeluarkan cita rasa yang masam dalam proses fermentasi susu tersebut.

Apa Khasiat Dalam Yogurt?

Antara khasiat yang terkandung di dalam yogurt ialah protein, riboflavin, magnesium, potasium, zat besi, zink, selenium, fluoride. vitamin A, C, B6, B12, E, dan K, serta asid pantotenat, niacin, thiamin, kolin, dan folat.

Tahukah anda bahawa yogurt juga bermanfaat daripada sudut kecantikan sama ada untuk kulit, rambut dan sebagainya. Dikongsi kebaikan yogurt untuk rambut yang sihat dan cantik.

Manfaat

Yogurt bermanfaat untuk merawat rambut yang kusam dan rosak. Yogurt memiliki kandungan anti kulat yang dapat melawan kelemumur. Bahan ini juga mengandung pelembap, yang sangat bagus digunakan sebagai perapi semula jadi untuk melembutkan rambut dan menjadikan rambut lebih mudah disikat. Di samping itu, yogurt juga dapat dimanfaatkan untuk meningkatkan dan menyihatkan pertumbuhan rambut.

Yogurt akan membuat rambut tumbuh lebih kuat dan subur. Kandungan asid laktat di dalam yogurt mampu membantu membersihkan kulit kepala dan mengangkat sel-sel kulit mati daripada permukaannya, sehingga kulit kepala lebih sihat.

IKLAN

Berikut ini adalah beberapa manfaat yang bisa kamu peroleh daripada yogurt untuk rambut anda:

  • Menjadikan rambut lebih halus
  • Rambut lebih bercahaya
  • Melembapkan rambut
  • Mencegah rambut kusut
  • Memperbaiki pertumbuhan rambut kerana kandungan zinc dan asid laktatnya.

Rahsia Masker Yogurt Untuk Rambut

Dikongsi dua cara mudah untuk membuat masker yogurt:

Masker Yogurt, Madu, & Minyak Kelapa

Guna Yogurt Sebagai Bahan Utama, Rahsia Miliki Rambut Cantik Sihat BerkilatBahan-bahan:

2 sudu makan yogurt kosong

1 sudu makan madu

IKLAN

½ sudu teh minyak kelapa

Cara Membuat:

  1. Campurkan kesemua bahan di dalam satu mangkuk. Kacau rata.
  2. Sapukan masker itu pada rambut dan urut perlahan kulit kepala hingga ke hujung rambut.
  3. Biarkan selama 15 minit.
  4. Kemudian bilas dengan syampu biasa.
  5. Lakukan secara rutin paling tidak seminggu sekali untuk mendapatkan rambut yang lembut, tebal dan bercahaya.

GUNA TELUR DAN YOGURT

Guna Yogurt Sebagai Bahan Utama, Rahsia Miliki Rambut Cantik Sihat BerkilatBahan-bahan:

1 biji telur

2 sudu makan yogurt

Cara Membuat:

  1. Pecahkan telur dan kacau sebati.
  2. Campurkan yogurt ke dalam adunan telur tadi. Kacau hingga keduanya rata dan sebati.
  3. Oleskan pada rambut hingga ke kulit kepala.
  4. Lakukan urutan secara perlahan-lahan.
  5. Biarkan selama 15-30 minit hingga masker meresap ke kulit kepala.
  6. Bersihkan menggunakan air, kemudian bilas kembali menggunakan syampu.
  7. Lakukan minimum dua kali seminggu.

GUNA PISANG DAN YOGURT

Guna Yogurt Sebagai Bahan Utama, Rahsia Miliki Rambut Cantik Sihat BerkilatBahan-bahan:

1/2 biji pisang masak

IKLAN
  • sudu makan yogurt

3 sudu teh madu

1 sudu teh perahan lemon

Cara Membuat:

  1. Hancurkan pisang di dalam mangkuk kemudian campurkan bahan-bahan lainnya. Kacau hingga rata.
  2. Oleskan masker ini daripada akar raut hingga ke hujung rambut.
  3. Biarkan selama 25-30 minit.
  4. Setelah itu cuci dengan syampu.

Jangan lupa follow kami di:

Facebook Mingguan Wanita

Instagram Mingguan Wanita

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI