
Tak semua orang suka mengambil jamu kan. Kononnya, jamu hanya untuk orang dulu-dulu dan sekarang nie lebih kepada suplemen sahaja. Walau bagaimanapun, ada juga anak-anak muda atau mak-mak yang ikut tradisi nenek moyang dengan mengamalkan pengambilan jamu untuk awet muda dan kesihatan dalaman.
Ada baiknya dan belum cuba belum tau. Mungkin dengan cara ini, boleh membantu kita dalam menangani masalah kesihatan dalaman dan sekaligus untuk nampak awet muda. Boleh cuba nanti.
Perkongsian daripada Hamizah Jamian boleh membantu anda untuk mencuba jamu ini. Boleh buat banyak untuk stok nanti. Minum sejuk-sejuk, barulah sedap kan.
“Saya sudah 18 tahun mengamalkan minum jamu ini. Mak yang ajarkan. Bukan untuk membantu kita awet muda tapi membantu membersihkan rahim dan hilangkan rasa sakit senggugut.”
Bahan-bahan:
Ibu kunyit hidup
Asam jawa
Gula perang
Cara Membuat:
1. Bersihkan kunyit dan kisarkan dengan air masak.
2. Masukkan sekali gula perang.
3. Apabila sudah sebati, masukkan ke dalam periuk. Didihkan bersama asam jawa.
4. Rasa manis, masam itu bergantung kepada citarasa anda sendiri.

Selamat mencuba.
MW: Pernah sebelum ini viral tentang jamu kunyit kan. Bolehlah cuba nanti. Tak payah beli, buat sendiri lagi puas hati. Ikut citarasa kita.
Kredit: Hamizah Jamian
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Resipi Puding Karamel Tanpa Telur, Sekali Buat ‘Ketagih’ Nak Makan Lagi, SEDAP!

Puding karamel, salah satu pencuci mulut yang paling mudah dan senang untuk buat. Resipinya berasaskan telur dan susu cair. Tak adalah susah sangat untuk membuatnya.
Tapi, ada juga yang buat puding karamel tak menjadi, karamelnya terlebih masak hingga rasa pahit sangat. Belum lagi bau telur pada puding tersebut. Mahunya terbantut untuk makan.
Jadi, ada cara nak tukar puding karamel tanpa menggunakan telur. Boleh ikuti resipi yang dikongsikan oleh Jalilah JJ Homemade ini.
Baca Artikel Menarik Lain Di Sini: RESIPI Puding Roti Pandan Layer, Tak Rugi Buat Mesti Anak-Anak Suka Makan
Resipi Puding Kastard Dengan Kuah Koktail, Kacau Sampai Berkilat, Sedap Makan Sejuk-Sejuk
Info Lebih Menarik DI SINI
Puding Karamel Tanpa Telur
Bagi yang tak suka bau telur, boleh buat cara ini. Sedap tetap sedap dan pastinya bila makan mesti ketagih nak makan lagi. Cara nak buat pun senang.
Bahan untuk karamel:
6 sudu besar gula pasir
Masukkan dalam loyang 7 inci. Masukkan sedikit air dan masak atas api sevara perlahan hingga gula bertukar kekuningan.
Ratakan karamel tadi sehingga menutupi dasar loyang.
Tutup api dan ketepikan.
Bahan untuk puding:
10 gram serbuk agar-agar
1 tin susu cair
1/2 cawan susu pekat
1/2 cawan gula kaster (¾ gula boleh tambah jika suka manis)
3 sudu besar tepung kastard
1 penutup esen vanilla
1 liter air = 4 cwn air, sukat guna cawan yang sama.
Caranya:
Satukan semua bahan ke dalam periuk.
Masak atas api hingga mendidih, sentiasa kacau guna whisk atau pemukul telur.
Kemudian, tuang adunan puding perlahan-lahan ke dalam loyang yang berisi karamel tadi.
Biarkan suam dulu, baru di masukkan ke dalam peti ais sehingga puding mengeras
Bila puding dah mengeras, terbalikkan di atas pinggan dan hidangkan.

Selamat mencuba.
Mingguan Wanita : Biasa makan yang ada telur, lepas ni boleh cuba tanpa telur pula.
Sumber: Jalilah JJ Homemade
Mingguan Wanita boleh diikuti juga di telegram :
https://t.me/bangkitwanitaMW
Follow kami di :
Facebook Mingguan Wanita
Instagram Mingguan Wanita
Twitter Mingguan Wanita
#bangkitwanita
#langkahyakinlakarkejayaan
#bisnesdarirumah
#mingguanwanita
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Mak Boleh ‘Main Masak-Masak’ Dengan Anak, Cuba Resipi Berasaskan Telur Ini

Isi Kandungan
ToggleMak-mak ada lebih banyak masa untuk menyediakan sarapan istimewa untuk anak-anak dan suami apabila bekerja dari rumah, dalam keadaan kita semua perlu hadkan pergerakan dan duduk di rumah untuk mengawal wabak Covid 19 yang sedang melanda negara kita.
Jadi, untuk mak-mak, boleh ajak anak-anak untuk sama-sama memasak supaya mereka ada aktiviti ketika di rumah. Selain itu ia juga untuk mendidik anak-anak supaya rajin masuk dapur. Taklah mengadap handphone je.
Apa kata anda cuba resipi berasaskan telur untuk dijadikan sajian sarapan enak untuk seisi keluarga. Telur sebagai bahan utama, mesti ada dalam tiap rumah kan?
Mak-Mak, Ini resipinya…Selamat mencuba!
BAKED BREAKFAST OMELETTE
BAHAN-BAHAN:
4 biji telur gred A
½ cawan susu segar
¼ cawan cencangan sosej/pepperoni
1 biji tomato – cencang
2 sudu makan parutan keju – Mozarela/Romano/Parmesan
1 sudu makan cencangan daun basil
Garam, lada hitam dan lada sulah secukupnya
Mentega secukupnya
CARA MEMASAK:
- Di dalam satu mangkuk, pukul telur bersama susu segar hingga sedikit kembang (jangan pukul berlebihan).
- Kemudian masukkan cencangan sosej/pepperoni. Tambah tomato, garam, serbuk lada hitam dan lada putih secukup rasa. Ketepikan.
- Sediakan loyang/bekas pembakar yang telah disapu sedikit mentega di sekelilingnya.
- Tuang bancuhan telur tadi ke dalam bekas tersebut.
- Tabur cencangan daun basil dan parutan keju.
- Bakar di dalam ketuhar yang telah dipanaskan pada suhu 190-200C selama 15-20 minit atau hingga telur masak.
- Angkat dan sedia dihidangkan.
MAK-MAK JUGA BOLEH MASAK NI..
SCRAMBLE EGG MUSHROOMS
BAHAN-BAHAN:
3 biji telur
8 biji cendawan butang | hiris nipis
1 biji tomato | cencang
1 sudu makan cencangan cili Benggala
½ cawan susu segar
½ cawan parutan keju parmesan dan mozzarella
Garam dan lada sulah secukup rasa
Minyak masak secukupnya
CARA MEMASAK:
- Di dalam mangkuk; pukul telur bersama susu, garam dan lada sulah secukupnya. Ketepikan.
- Panaskan sedikit minyak di dalam kuali. Tuang bancuhan telur dan masak hingga agak kental.
- Masukkan cencangan cendawan, cili Benggala, parutan keju dan cencangan tomato. Gaul sebati dan hancurkan.
- Hidangkan bersama kepingan roti, salad dan sos pilihan jika mahu.
ROTI BAKAR TELUR GOYANG
BAHAN-BAHAN:
2-4 keping roti putih
2-4 biji telur
Mentega secukupnya
Kaya secukupnya
Garam dan lada sulah secukup rasa
Minyak masak secukupnya
CARA MEMASAK:
- Bakar roti hingga perang.
- Sapu mentega dan kaya secukupnya di atas roti itu. Ketepikan.
- Panaskan sedikit minyak di dalam kuali. Goreng telur mata setengah masak (kuning telur masih cair sedikit).
- Letakkan telur di atas roti bakar tadi dan tabur sedikit garam dan lada sulah. Hidangkan segera.
TOMATO EGG MUFFIN
BAHAN-BAHAN:
6 biji telur
2 biji tomato | cencang dadu
1 batang daun bawang |cencang

¼ sudu teh paprika
Garam dan lada sulah secukup rasa
Mentega secukupnya
CARA MEMASAK:
- Di dalam mangkuk, pukul telur hingga agak kembang bersama garam dan lada sulah.
- Tuang bancuhan telur ke dalam acuan muffin yang telah disapu sedikit mentega atau ke dalam cawan kertas muffin.
- Tambahkan cencangan tomato dan daun bawang ke dalam bancuhan telur tadi.
- Tabur sedikit serbuk paprika.
- Bakar di dalam ketuhar yang telah dipanaskan pada suhu 190-200C selama 15 minit atau hingga telur masak.
- Keluarkan dan sedia dihidangkan.
EGG PRATA ROLL
BAHAN-BAHAN:
2-3 keping roti prata segera | nyah bekukan
1 labu bawang besar | cencang halus
3 biji telur
1 sudu makan cencangan daun bawang
Garam dan lada sulah secukup rasa
Minyak zaitun secukupnya
CARA MEMASAK:
- Di dalam mangkuk, pukul telur bersama garam dan lada sulah secukup rasa.
- Masukkan cencangan bawang besar dan cencangan daun bawang, gaul rata. Ketepikan.
- Panaskan sedikit minyak zaitun di dalam kuali leper.
- Panaskan roti prata di kedua-dua bahagian hingga agak perang. Angkat. Ketepikan. Ulangi langkah hingga selesai.
- Menggunakan kuali yang sama, tambah sedikit minyak zaitun lalu tuang bancuhan telur ke dalam kuali. Biar telur masak di kedua-dua bahagian.
- Letak telur ke dalam prata dan gulung kemas. Potong mengikut cita rasa masing-masing dan sedia dihidangkan.
Jangan lupa follow kami di:
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Buat Sendiri KERISIK, Tahan Lama Simpan Dalam Peti, Bau Pun Tak Tengik

Nak raya hari tu, mesti susah nak dapatkan kerisik. Sana sini mesti habis, maklumlah, mak-mak nak buat rendang kena ada kerisik, barulah sedap. Jawabnya, ada yang masak rendang tak bubuh kerisik.
Lepas nie, tak payah pening-pening pasal kerisik habis stok. Mak-mak boleh buat sendiri kat rumah. Simpan dalam peti ais dan tahan lama. Bila-bila boleh guna.
Khadijah Jaafar, berkongsi tentang cara nak membuat kerisik. Kalau dahulu, mak-mak goreng dalam kuali, kali ini hanya perlu bakar seketika dalam oven sahaja. Ikuti perkongsiannya.
“Cik Tie tunjukkan cara buat kerisik dengan mudah. Tak perlulah kena goreng lama-lama. Mmg lenguh ler tangan duk mengacau tunggu kering garing. Bila beli yang dah siap tak elok pulok, ada yang bau tengik.
Biasanya kat kenduri bila buat kerisik banyak guna kaedah ni, goreng & blender dengan sedikit minyak.
Cik Tie mudahkan lagi dengan bakar dulu dalam oven.
Sape yang nak buat kaedah lama goreng & tumbuk dengan lesung tu silekan. Jangan kecam plak kita bagi cara mudah nih yek.
Siapa yang x de oven boleh skip step oven tu. Terus aje goreng dalam kuali sampai garing helok.
Meh sini Cik Tie ajar kaedah yang mudah. Kalau nak buat banyak gandakan lagi. Sini Cik Tie buat 1 biji kelapa sahaja.
Panaskan dulu oven 100 C. Bakar di dalam oven pada suhu 100 C selama 15 minit. Kacau-kacau sket ye kelapa tu.

Kemudian, turunkan suhu 80’ selsius selama 40 – 60 minit. Bergantung kepada tahap kepanasan oven.
Kemudian, gorengkan dalam kuali. X sampai 15 minit helok garing dah kelapanya. Kalau tidak mahu lenguh tangan duk mengacau bagi kering.
Masukkan kelapa ke dalam blender bersama dengan minyak anggaran 100 – 150ml. Agak² sampai boleh blend kelapa tu ye. Jangan terlebih minyak nanti jadi cair. Blend ler sampai helok keluar minyak. Oh ye, mase blend pastikan kelapa masih panas lagi ye. Kalau sejuk x jadi cantik nanti, minyak dari kelapa tak kluor.
Kerisik kelapa akan turun ke bawah & minyak akan naik ke atas. Insyaallah boleh tahan lama simpan dalam peti sejuk.
MW: Mudah sangat nak buat kerisik. Lepas nie, mak-mak boleh buat sendiri je kerisik nie. Simpan dalam peti ais untuk bagi tahan lama.
Resipi: Khadijah Jaafar
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI