Pastri memang ramai peminatnya tak kira pastri manis atau savoury. Sesuai dinikmati untuk minum petang bersama keluarga misalnya. Kalau nak beli, harganya boleh tahan juga.

Jadi, lebih elok kalau belajar buat sendiri. Bolehlah jimat dan kita pun boleh lah ubah suai ikut selera kita sendiri. Yang penting, tahu resipi asasnya. Mungkin ada yang ingin mencuba membuatkan untuk minum petang nanti atau pada cuti hujung minggu.

Minum Petang Sempurna dengan Aneka Pasti

BLUEBERRY ROLL HONEY

Minum Petang Lebih Sempurna Bersama TIGA PASTRI Super Sedap Ini!

Bahan-Bahan:

500 gram tepung tinggi protein
7 gram yis segera
2 gram roti improver
75 gram gula
50 gram susu tepung
32 gram mentega
1 biji telur
6 gram garam
225 gram air
370 gram pastri marjerin
100 gram blueberi
20 gram premix kastard

IKLAN

Cara Membuat:

  1. Campurkan bahan-bahan kering di dalam mixer dan putar sampai sebati.
  2. Kemudian masukkan bahan basah, uli sehingga 2 hingga 3 minit.
  3. Balut doh dan dibiarkan 1 jam di dalam suhu bilik.
  4. Kemudian, keluarkan doh dan tepuk untuk mengeluarkan angin di dalam doh, selepas itu, masukkan doh ke dalam peti sejuk beku selama 30 minit.
  5. Roll doh menjadi 46 cm x 15 cm dan letakkan pastri marjerin di tengah-tengah doh, balut pastri marjerin. Masukkan ke dalam peti sejuk beku selama 15 minit.
  6. Keluarkan doh dan roll doh hingga memanjang. Lipat satu hujung doh hingga separuh bahagian doh, kemudian lipat satu lagi hujung bahagian doh ke atas bahagian doh yang telah dilipat tadi. Letakkan ke dalam peti sejuk beku selama 15 minit. Ulang proses 7 dua kali.
  7. Keluarkan doh, roll doh menjadi 36 cm x 14 cm. Kemudian gulungkan doh. Kemudian potong-potongkan doh sebesar 3 inci.
  8. Letakkan doh yang telah dipotong ke atas dulang pembakar, letak sedikit premix kastard yang telah dibancuh dengan air atau susu di tengah-tengah doh.
  9. Letakkan 3 atau 4 biji blueberi di atas kastard tadi.
  10. Bakar dengan suhu 170 darjah selsius. Setelah masak, keluarkan. Siap.

MINUM PETANG DENGAN CINNAMON RAISIN DANISH

Minum Petang Lebih Sempurna Bersama TIGA PASTRI Super Sedap Ini!

Bahan-Bahan:

500 gram tepung tinggi protein
7 gram yis segera
2 gram roti improver
75 gram gula
50 gram susu tepung
32 gram mentega
1 biji telur
6 gram garam
225 gram air
370 gram pastri marjerin
20 gram premix kastard
Kismis secukupnya
Gula perang secukupnya
Sedikit serbuk kayu manis

IKLAN

Cara Membuat:

  1. Campurkan bahan-bahan kering di dalam mixer, putar sampai sebati.
  2. Kemudian masukkan bahan basah, uli sehingga 2 hingga 3 minit.
  3. Balut doh dan dibiarkan 1 jam di dalam suhu bilik.
  4. Kemudian, keluarkan doh dan tepuk untuk mengeluarkan angin di dalam doh. Selepas itu, masukkan doh ke dalam peti sejuk beku selama 30 minit.
  5. Roll doh menjadi 46cm x 15cm dan letakkan pastri marjerin di tengah-tengah doh, balut pastri marjerin.
  6. Masukkan ke dalam peti sejuk beku selama 15 minit.
  7. Keluarkan doh dan uli doh hingga memanjang. Lipat satu hujung doh hingga separuh bahagian doh, kemudian lipat satu lagi hujung bahagian doh ke atas bahagian doh yang telah dilipat tadi. Letakkan ke dalam peti sejuk beku selama 15 minit. Ulang proses 7 dua kali.
  8. Keluarkan doh, roll doh 36cm x 14cm. Sapu nipis premix kastard dan taburkan sedikit gula perang dan sedikit sebuk kayu manis. Kemudian gulungkan doh dan potong dua doh sebesar 3 inci.
  9. Bakar dengan suhu 190 darjah selsius.

TART WALNUT RANGUP

Minum Petang Lebih Sempurna Bersama TIGA PASTRI Super Sedap Ini!

Bahan Doh:

25 gram mentega
500 gram tepung gandum
20 gram kuning telur
60 gram air sejuk
½ sudu teh garam

IKLAN

Bahan Inti:

3 biji telur
1 sudu besar susu UHT
50 gram gula perang
175 gram golden syrup
50 gram mentega | lembutkan
½ sudu teh serbuk kayu manis
½ sudu teh esen vanila
1 biji buah oren | parut kulit
175 gram kacang walnut

Cara Membuat:

  1. Untuk menyediakan doh, putar mentega dan masukkan telur.
  2. Masukkan tepung dan putar hingga menjadi seperti serbuk roti.
  3. Garam dicampurkan dengan air dan tuangkan dalam adunan tepung tadi.
  4. Gaul sebati dengan tangan atau mesin.
  5. Seterusnya, pukul telur dan susu, ketepikan.
  6. Dalam bekas lain, satukan gual perang dan golden syrup dan panaskan hingga sebati.
  7. Masukkan mentega, serbuk kayu manis, esen vanila dan kulit oren. Kacau sebati dan sejukkan.
  8. Tuangkan adunan (3) dalam adunan (1). Kacau sebati. Taburkan walnut dalam tart dan tuangkan sirap tadi. Bakar hingga perang selama 30 minit.

Sumber: Majalah Rasa.

https://www.mingguanwanita.my/jus-epal-hijau-bayam-hijau-dan-teh-hijau-detoks-singkir-toksin/

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI