Apabila seorang lelaki itu sudah bergelar suami, buanglah sifat malas dalam diri. Jika isteri bekerja, pastikan suami ringan tulang untuk membantu isteri melakukan kerja-kerja rumah. Bagaimanapun ini bukan bermakna isteri yang menjadi suri rumah sepenuh masa tidak perlu dibantu oleh sang si suami. Menjadi kewajipan suami untuk membantu isteri.

Dalam rumah tangga, sikap tolak ansur antara suami dan juga isteri amat penting. Ia bagi memastikan kehidupan berumah tangga berjalan dengan lancar. Sebagai ketua rumah tangga adalah menjadi tanggungjawab suami untuk memastikan segala keperluan keluarga dipenuhi.

Suami Mesti Rajin, Tak Boleh Malas Bila Sudah Berumah Tangga

Suami Mesti Rajin, Tak Boleh Malas Bila Sudah Berumah Tangga, Ikut Acuan Nabi Muhammad SAW

Baca perkongsian berikut:

Cerita penceramah dan pakar kaunseling rumah tangga Tuan Haji Hussim yang merupakan sahabat baik Dato’ Dr. Haji Mohd Fadzilah Kamsah. Dia mengaku sangat bahagia bersama isterinya.

Katanya,”Saya bangga nak bagi tahu semua, dulu waktu anak-anak kecik, sayalah tukang cuci punggung anak-anak, salin lampin, sampai anak pancut kat muka, sayalah tukang basuh baju lampin semua…tu kerja saya…Isteri saya kata, “abg, malam2 abg ambik alih buat kerja tu semua ok”…kita sama-sama kerja.

“Saya nak bagi tahu, dalam rumah tangga, suami kena rajin. Tak boleh malas…Lani dah senang, baru saya cari pembantu kat isteri saya. Tapi saya bangga nak bagi tahu itu yang saya buat dalam rumah tangga selama ini. Jemur baju kat luar, jiran sebelah tegur. Semua tu kerja saya dan saya tak malu mengaku..”

Berforum pula saya dengan Ustaz Nizam Kadir, katanya..

*Suami kena rajin, sampai siapkan makan untuk isteri sampai isteri boleh makan,
*Siapkan pakai sampai suami tolong iron baju isteri,
*Siapkan rumah sampai suami yang jaga kebersihan rumah, mengemas semua suami.

IKLAN

HABIS ISTERI?

Isteri sediakan diri untuk suami, bercantik-cantik, picit-picit suami, bermuka manis.
Kalau isteri buat kerja rumah, isteri dapat pahala. Sebab itu kalau sama-sama bekerja, sama-sama buat, tapi suami kena lebih sebab itu memang tanggung jawab suami.

Suami Mesti Rajin, Tak Boleh Malas Bila Sudah Berumah Tangga, Ikut Acuan Nabi Muhammad SAW

Isteri kalau buat lebih, suami jangan lepas tangan pula, kena ada belas kasihan sebab ini bukan tugas isteri. Tapi hari ini perempuan buat kerja sampai tak ada masa rehat langsung. Mana tak tarik muka, mana muka tak nampak penat. Mana tak komplen suami. Macam mana nak bahagia rumah tangga?

Suami Mesti Rajin, Tak Boleh Malas Bila Sudah Berumah Tangga, Ikut Acuan Nabi Muhammad SAW

IKLAN

Kita hari ini orang Melayu nampak suami buat lebih sikit, kita kata isteri dia queen control, Padahal itu yang Islam suruh. Orang perempuan buatlah kerja macam-macam, dalam hati menyumpah seranah, dalam hati kata nak reda tapi tak ikhlas-ikhlas juga, sia-sia sahaja. Akhirnya penat dapat, dosa pun dapat.

USTAZ ZAHAZAN MOHAMAD:

“Menurut pendapat masyhur kalangan EMPAT MAZHAB, seorang isteri tidak diwajibkan melayani suaminya iaitu menyediakan makan, mencuci pakaian dan seumpamanya.

Seandainya isteri melakukannya, ia hanyalah sebagai kesopanan atau akhlak mulia terhadap suami. Bukan kerana kewajipannya.

Oleh itu, jika suami menuntut isterinya atas masalah ini ke pengadilan syariah, maka tetap isteri tidak boleh dipaksa (tidak diwajibkan) melayani suaminya. Maka, sangatlah adil kalau suami bekerja, memeras keringat untuk menanggung kehidupan keluarganya. Sedangkan isteri bekerja di rumah melayani kepentingan keluarga.

IKLAN

Ikut Acuan Nabi Muhammad SAW

Jika isteri bekerja di luar rumah (sama-sama mencari nafkah) maka sudah seharusnya suaminya turut membantu menyelesaikan pekerjaan di rumah. Apalagi jika mereka mempunyai anak yang masih kecil.

Suami Mesti Rajin, Tak Boleh Malas Bila Sudah Berumah Tangga, Ikut Acuan Nabi Muhammad SAW

Jika kita tiada ilmu, jangan kita memandai-mandai menjatuhkan hukum semua urusan rumahtangga adalah kewajipan isteri.

Ikutlah acuan yang Nabi ajarkan. Saidatina Aisyah sendiri mengakui yang Nabi ketika di rumah, bagindalah yang paling banyak senyum pada isterinya, yang paling banyak khidmat dan buat kerja rumah untuk isterinya.

Menjadi wanita tidak penat. Jika suami faham tanggungjawab. Menjadi suami tidak penat, bila mana semua beban kerja hilang dengan melihat senyuman, kecantikan dan kasih sayang seorang isteri.

Adilnya Islam bila kita sama-sama membantu, sama-sama memuliakan antara satu sama lain.

Sumber kredit: Fb: Via Nor Syazrah via Kashoorga

Baca artikel berkaitan: Suami Derhaka Kepada Allah Bila Abaikan Isteri, Lebihkan Ibu & Adik Beradik

Suami Jangan Berkira, Kedekut Nak Belanja Isteri Walau Ada Pendapatan Sendiri

Suami Jangan Biar Mak/Mak Mentua Jaga Isteri Dalam Pantang, Sebenarnya Itu Tugas Anda

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI