Alam rumah tangga, adakalanya ujian hadir, jika menantu mengadu, mertua ambillah jalan tengah. Tegur anak sendiri, selidik di mana salahnya dan minta mereka perbaiki. Bila mertua tak nasihat anak sendiri, sering salahkan menantu maka porak-perandalah rumah tangga.
Ramai juga menantu yang malas nak besarkan masalah. Sanggup mendiamkan diri daripada berkongsi masalah dengan mertua. Sebenarnya bila orang tua memainkan peranannya dengan baik, In Shaa Allah semuanya akan menjadi baik.
Bila Mertua Asyik Nak Menangkan Anak Sendiri, Sering Salahkan Menantu!
Selagi mertua memainkan peranan menasihati anak sendiri, maka aman dan tenteram hidup anak menantu. Yang membuatkan porak-peranda hidup menantu ialah apabila mertua tidak mahu menasihati anak sendiri, sebaliknya menyalahkan menantu seolah-olah menantu yang buat anak mereka jadi begitu.
Sebagai contoh, berapa ramai mertua di Zimbabwe mampu menerima sekiranya menantu mengadu kesalahan atau salah laku anaknya sendiri?
Bukan budaya masyarakat di Zimbabwe ini untuk take it as a good input, good feedback and will advise in a good manner…
Tak jadilah macam tu…
Ads
“Mengadu tentang anak dia, engkaulah yang kena…”
Porak-Perandalah Rumah Tangga
Tak ramai mertua memainkan peranan menasihati. Ada yang lebih gemar dan suka memainkan peranan menghasut. Hasut anak sendiri untuk tak bagi muka pada menantu.
Hasut anak sendiri untuk tak layan baik sangat menantu. Malah hasut anak sendiri untuk tak dengar cakap menantu.
Ads
Pelik sungguh kejadian ini…
Nanti, kita yang muda-muda ini akan dapat menantu juga. Tolong persiapkan anak kita sendiri tentang bagaimana untuk jadi seorang suami, seorang isteri yang baik.
Andai kata pasangan mereka mengadu sesuatu tentang mereka pada kita, jangan sesekali rasa tercalar ego, maruah dan harga diri kita sebagai seorang orang tua dan ibu, bapa. Yang cetek agama saja yang akan rasa macam itu.
Yang baik kefahaman agamanya, dia akan menasihati dan menegur anaknya dahulu.
Ramai juga wanita cantik dan jelita tidak memilih rupa paras sebagai kriteria utama apabila mencari pasangan hidup. Senang cerita, yang isterinya cantik bukan main mengalahkan puteri raja tetapi wajah suaminya biasa-biasa sahaja. Cukuplah sekadar sedap mata memandang bukan?
Nah, jadi apa sebenarnya faktor yang mendorong wanita cantik untuk memilih lelaki yang bersifat sederhana kerana waktu bercinta monyet zaman sekolah dahulu, mata asyik mahu menjeling lelaki kacak sahaja. Bila betul-betul hendak bina hubungan serius, lelaki biasa-biasa juga yang dikejar.
Persoalannya KENAPA perempuan cantik lebih cenderung untuk berdampingan dengan lelaki kurang kacak?
1.WANITA MAHU PASANGAN YANG SENTIASA MENYOKONG
Pasukan pengkaji McNulty telah melakukan sebuah kajian terhadap 82 pasangan yang telah berkahwin selama 3 tahun. Rata-rata pasangan adalah berumur dalam lingkungan pertengahan 20an.
Pengkaji telah merakam sesi di mana setiap satu pasangan itu dikehendaki berbincang tentang permasalahan semasa yang dihadapi selama 10 minit. Rakaman video itu kemudian dianalisa oleh pakar-pakar profesional dan hasil mendapati rata-rata wanita yang bersuamikan lelaki kurang berketerampilan dari segi rupa paras cenderung untuk menjadi lebih “supportive” berbanding mereka yang kacak.
2.HUBUNGAN LEBIH HARMONI BILA ISTERI CANTIK
Menurut sebuah kajian yang dilakukan oleh seorang Profesor dari sebuah institusi pengajian tinggi, “Lelaki sangat sensitif terhadap tarikan wanita. Wanita pula bagaimanapun lebih sensitif terhadap ketinggian lelaki dan ‘poket’ mereka,” jelas Prof. Ariely.
“Seorang suami yang kurang menarik dari isterinya akan bersifat lebih baik kerana mereka seolah-olah berasa takut untuk kehilangan isteri mereka. Oleh itu mereka akan mencuba sehabis baik untuk mengekalkan hubungan atau perkahwinan itu,” tambahnya.
Bagi lelaki yang kacak pula, mereka akan lebih cenderung untuk bermain kayu tiga kerana tidak pernah berasa puas dengan hubungan yang telah sedia ada. Biarpun isteri mereka sudah cantik, mereka mungkin tetap akan pandang perempuan lain yang lebih cantik lagi! Kesimpulannya, lelaki kurang kacak akan lebih menghargai pasangan masing-masing.
Apa yang pasti, tarikan rupa paras seorang suami bukanlah perkara mustahak bagi seorang wanita kerana jelas, seseorang wanita itu hanya mahukan suami yang budiman serta tahu menjaga hati isteri. Biar muka tidak ‘berupa’ asalkan hatinya ikhlas menerima kita apa adanya, setuju?
Apa pun, tak kisahlah bagaimanapun rupa pasangan anda, jika anda bijak menjaga hubungan serta tidak membesar-besarkan perkara yang kecil. Hubungan anda pasti akan bahagia hingga ke akhirnya.
Ingat! Penceraian adalah jalan terakhir bagi kamu dan pasangan setelah tiada satu pun jalan lain yang boleh diambil sebagai solusi kepada dilema yang dihadapi.
Jadi jangan tanya kenapa lelaki tak kacak selalu dapat isteri lawa-lawa, sebabnya mereka ini adalah sejenis kaum lelaki yang pandai jaga hati isteri supaya sentiasa lekat.
Bagi mengekalkan kebahagiaan dalam rumah tangga untuk tempoh yang lama, pasangan suami isteri perlulah mengelakkan daripada melakukan tabiat yang toksik dalam perhubungan. ‘Toxic relationship’ boleh menyebabkan hubungan suami isteri itu akhirnya pudar, rosak, binasa dan menuju kehancuran.
Berikut antara faktor-faktor yang boleh menyebabkan pergaduhan dan seterusnya menghancurkan perhubungan.
1. Berlagak seperti masih bujang
Nama pun perhubungan, kenalah babitkan dua orang. Tapi, jika anda masih berlagak seperti hidup sendirian, tanpa ambil kira perasaan pasangan, bermakna anda tidak betul-betul komited pada si dia. Bila anda dalam perhubungan, anda kena beringat sama akan perasaan suami. Adakah anda buat rancangan tanpa memberitahu padanya?
Adakah anda suka berahsia daripada pengetahuan si dia? Tak bolehlah masih hidup seperti bujang tetapi masih mahukan manfaat berteman seranjang. Jika anda mahu hidup bujang, hiduplah bujang. Jika anda mahu komited dalam perkahwinan, kenalah komited pada setiap perbuatan anda, secara bersama-sama.
2. Hanya bertanggungjawab pada kewangan sendiri
Isu duit memang antara cabaran terbesar dalam perkahwinan. Jika anda atau suami berterusan berbelanja tanpa memikirkan ianya adalah sebahagian daripada keperluan keluarga, mulalah institusi perkahwinan akan mula retak dan berantakan. Ini sama kes seperti di atas, berlagak bujang..
3. Tiada minat atau hobi lain
Kesannya sama seperti berlagak bujang, apabila anda hanya melakukan apa yang pasangan anda minati. Anda masih perlukan hidup, teman, minat, hobi dan masa sendiri. Malah, pakar perhubungan turut berkata, dalam usaha untuk ‘bersatu’ dengan suami atau isteri, ramai yang lupa minat, hobi dan cita-cita sendiri – padahal impian anda yang itulah buat pasangan minat pada anda.
Anda perlu cuba untuk menghargai waktu untuk diri sendiri, sebab tiada peraturan mengatakan anda hanya perlu berkepit dengan pasangan 24/7. Jika anda sudah lama tidak berjumpa dengan kawan-kawan, minta izinnya dan keluarlah berjumpa mereka.
4. Terlalu sensitif dan kurang keyakinan
Tiada yang lebih melukakan daripada terasa tidak bernilai dalam hubungan cinta dan perkahwinan. Rasa kurang yakin ini lama kelamaan boleh membibit cemburu. Sukar untuk mempercayai pasangan jika dia hanya buat anda rasa tidak berharga. Jika keadaan ini berterusan, anda kena tanya pada diri sendiri, adakah ianya berbaloi untuk diteruskan?
5. Bersikap sinikal dan kuat memerli pasangan
Bila ada rasa tidak puas hati, kamu tidak cuba untuk berterus-terang kepada pasangan. Sebaliknya, kamu menggunakan ayat-ayat ‘pedas’ untuk menyakitkan hati si dia. Mungkin dengan berbuat demikian, kamu akan berasa puas untuk seketika. Namun, jika pasangan kamu buat tak faham, kamu sendiri yang akan makan hati akhirnya. Kamu perlu faham bahawa sesetengah orang, terutamanya golongan lelaki adalah ‘kalis’ perli. Daripada kamu berkias-kias, lebih baik kamu berterus terang dan cari penyelesaian bersama.
Sekali-sekala sudah tentu tidak mengapa untuk bergurau nakal, tetapi bila asyik memerli dan memperlekeh, itu sudah jatuh status tidak menghormati. Perbuatan sebegini akan buat pasangan terluka dan defensif. Pastikan pasangan tahu jika ‘gurauannya’ melampaui batas.
6. Kurang kasih sayang
Asyik berkepit pun tak bagus, tapi kurang perhatian juga boleh merosak hubungan cinta. Sentuhan dalam perkahwinan amat perlu, jadikan tabiat bercumbu sebelum keluar rumah satu rutin harian. Jika anda mahu selamatkan keadaan, mulakan terlebih dulu. Berpegang tangan, berpeluk adalah antara cara untuk kembalikan cinta dalam perhubungan.
7. Semua perkara disampaikan menerusi teks
Teknologi dan media sosial sudah menjadi aset harian dalam masyarakat. Namun, ia juga adalah punca ‘kematian’ banyak perhubungan. Dua orang yang tinggal serumah langsung tidak bercakap, matinya komunikasi. Letak telefon ke tepi, tutup komputer dan duduk bersama bila makan malam atau bersiar di kawasan kejiranan. Luangkan masa untuk kongsikan aktiviti harian anda. Status sosial anda boleh buat kemudian, ia takkan ke mana-mana pun. Tapi pasangan anda boleh kosongkan rumah jika anda tidak beri perhatian kepadanya.
8. Kuat bebel
Ini adalah pemusnah keseronokan dalam hubungan cinta dan perkahwinan. Malah, satu laporan Wall Street Journal pernah mengatakan yang bebelan dalam interaksi di mana seorang asyik buat permintaan dan seorang lagi hanya ‘buat bodoh’ dan kedua-duanya jadi sakit hati adalah isu yang pasangan perlu lalui. Pakar berkenaan berkata, ia adalah sejenis toksik komunikasi yang boleh menenggelamkan perhubungan. Cara terbaik menamatkan bebelan adalah menyelesaikan isu berkenaan.
9. Perangai kompulsif
Bila anda tidak gembira, anda cuba salurkan pada sesuatu atau seseorang. Ini adalah bendera merah dalam perkahwinan. Jika anda suka habiskan masa membeli-belah, makan banyak atau sehingga sanggup membuka laman pornografi setiap hari, anda telah mencapai tahap mengetepikan pasangan. Anda perlu berterus-terang kepada pasangan supaya dia tahu apa dilema yang bermain dalam fikiran.
10. Tidak jujur
Ini adalah ‘punca kematian’ dalam perkahwinan. Jika anda tidak dapat percaya si dia, anda tidak lagi layak berada dalam perhubungan ini. Bila anda rasa tidak dihargai, tidak dipercayai, tidak dicintai, anda sebenarnya tidak lagi didahului dalam perhubungan ini. Jika anda rasa tidak lagi percayakan si dia, tanya diri: “Kenapa? Adakah si dia buat anda tertanya akan nilai diri? Adakah si dia sedang curang?” Atau, adakah anda yang tidak jujur dalam perhubungan ini. Adakah anda yang curang? Jika ya, cari cara untuk tamatkan kitaran ini. Lepaskannya pergi. Pilih untuk jadi jujur.
Pelakon dan usahawan, Rozita Che Wan atau lebih mesra dengan panggilan Che Ta tidak bersetuju apabila golongan isteri hanya menyalahkan orang ketiga sekiranya berlaku kecurangan dalam rumah tangga mereka. Che Ta berpendapat bahawa golongan suami juga perlu dipersalahkan dalam perkara itu kerana sama-sama ‘naik kepala’.
Che Ta juga mengakui bahawa dia tidak suka apabila lelaki ada hubungan dengan wanita lain, si isteri pula hanya salahkan perempuan itu. Katanya dalam hal tersebut, kedua-duanya salah.
“Suami mereka tidaklah baik sangat tetapi kenapa perlu terlalu marah kepada wanita tersebut?” katanya.
Dalam pada itu, dia juga menegaskan tidak akan berkompromi sekiranya suaminya, Zain Saidin terbabit dalam isu tersebut.
“Suami yang gatal sebab jika kedua-duanya tidak sama naik, hubungan tersebut tidak akan menjadi.
Sementara itu, bintang drama Suri Katriana itu tidak bersetuju dengan tindakan kaum isteri yang suka berkongsi kemelut rumah tangga dalam media sosial.
Baginya, perkara tersebut diibaratkan membuka pekung di dada sendiri terutama perihal rumah tangga.
“Ibaratnya, tepuk air dalam dulang tetapi akhirnya tepercik pada muka sendiri.
Tidak menghala isu ini kepada mana-mana pihak, dia cuma berharap mana-mana individu berfikir panjang sebelum meluahkan sebarang hal sensitif dalam media sosial kerana bimbang mencetuskan hal lain.
“Sebagai isteri, berdosa buka aib suami kepada umum, jika marah atau hendak berpisah, terus ke pejabat agama.
“Boleh jika nak lepaskan rasa marah, tulis semua dalam media sosial kemudian padam.
“Jika luahkan dan tuju kepada seseorang, belum tentu dia baca. Tanpa sedar, luahan yang dilakukan timbulkan fitnah kepada orang lain pula.
“Kalau marah suami, kenapa hendak beri 50 juta orang tengok, marahlah dia terus,” ujarnya lagi.
Masih ramai yang kurang tahu pasal kelebihan pakai niacinamide untuk kulit wajah. Rugi sangat kalau anda tak pernah sapu pada wajah, nak-nak kalau umur dah masuk 30an.