Pertama Kali Cuba LEPAT CENDOL Menjadi, Sedap Makan Sejuk-Sejuk Memang Nikmat! Sedapnya dapat menikmati kuih lepat cendol ni. Buat sendiri di rumah, lebih puas hati. Rasa lemak manis secukup rasa. Lebih-lebih lagi apabila dimakan sejuk-sejuk. Bahan-bahan yang digunakan tak banyak malah mudah je nak buat.
Boleh cuba resipi lepat cendol yang dikongsikan oleh Mamata Aiza ini sebagai panduan;
Alhamdulillah atas permintaan kakak sulung nak lepat cendol ni. First try menjadi makan sejuk-sejuk sedap wei.
Bahan-Bahan:
1 cawan tepung jagung
1 cawan gula
2 sudu besar Tepung Ang Kwe( ade dalam gambar)
1 sudu kecik garam
2 kotak santan kara
1 liter air (agak-agak)
1 bungkus cendol (lupa bape gram)
Daun pisang dilayur atas api
Cara Membuat:
1.Bancuh semua bahan kacau dulu bagi tepung semua sebati, baru buka api sederhana dan kacau sampai likat.
2. Mendidih sikit baru masukkan cendol dan kacau lagi bagi sebati.
Ads
3. Kemudian, tunggu menggelegak sedikit lagi dan boleh tutup api.
4. Panas-panas atau suam-suam letak atas daun pisang.
Kemudian simpan dalam peti ais. Sejuk-sejuk makan dengan nikmatnya.
Kalau sebut waffle, anak-anak memang suka. Tambah-tambah kalau di sapu dengan jem atau coklat. Kalau beli kat kedai harganya pun boleh tahan juga.
Rupanya nak buat waffle tak adalah susah sangat pun. Paling penting kena ada bekas pembakarnya, barulah jadi.
Selain itu, bila mak-mak buat sendiri, bolehlah makan banyak dan suka hati nak letak perisa apa pada inti waffle itu.
Waffle ni kalau ranggup dan garing memang best, tambah-tambah kalau makan masa panas-panas. Ada sesetengahnya, bila dah sejuk terus lembik dan tak kurang sedap sikit.
Jadi, apa kata kita kongsi resipi waffle dari Nani Sulong yang ranggup dan gebu. Buat sendiri saja kat rumah. Senang dan jimat.
Puas hati boleh makan waffle panas panas. Semestinya inti coklat dan peanut butter. Inti coklat malas nak buat sendiri jadi beli coklat spread kat pasaraya. Terpulang nak jenama apa, peanut butter guna yang creamy.
Guna resipi ini, satu adunan dapat 8 keping.. Kalau dua ringgit setengah satu, dah dua puluh ringgit kan?
Respi Waffle Rangup Gebu
Bahan-bahan:
3 cawan tepung gandum
2 sudu besar tepung jagung
3 sudu kecil baking powder
2 1/2 cawan air sejuk
1 cawan minyak masak
6 sudu besar gula
1 sudu kecil garam
2 sudu kecil esen vanilla
3 biji telur segar gred C (dari peti sejuk)
Cara Membuatnya:
1) Asingkan kuning telur dan putih telur.
2) Dalam bekas yang lain, campurkan semua bahan kecuali putih telur. Kacau rata. Nak guna mixer boleh. Tapi Kak Nani guna balloon whisk je..
3) Pukul putih telur yang diasingkan tadi sehingga “soft-peak meringue”. Nak guna mixer boleh, guna balloon whisk pun boleh.. Pastikan balloon whisk atau mata mixer tu bersih, tidak berminyak dan kering..
4) Kaup balikkan meringue tadi ke dalam adunan tepung. Kacau rata. Rehatkan sebentar dalam peti sejuk.
5) Panaskan waffle maker. Ambil 2 senduk adunan untuk setiap keping waffle. Ratakan dalam waffle maker. Tutup waffle maker perlahan lahan supaya adunan tak splash out dan meleleh keluar. Tekan penutup waffle maker supaya bahagian atas waffle masak dan garing sekata.
Bagaimana nak tahu waffle dah cukup masak dan garing?
Ada lampu atas penutup waffle maker tu kan?
Mula mula ia akan tunjukkan lampu oren, kemudian dua dua lampu oren dan hijau akan menyala serentak. Apabila lampu oren sahaja kembali menyala, siap. Memang akan keluar wap masa kita masak waffle
Dah masak keluarkan menggunakan penyepit. Letak atas pinggan. Sapukan inti yang digemari, creamy peanut butter dan nutella. Lipat dua dan potong di tengah. Dah boleh makan.
Nak maintain crispy, boleh letak atas redai atau jaring sebab kalau letak atas pinggan, wap yang terperangkap di bawah akan melemaukan permukaan bawah waffle.
Tapi takdelah lama sangat crispy tu unless memang bakar lama dalam waffle maker atau buat adunan nipis (1 senduk sahaja). Adunan nipis ni akan dapat texture garing macam biskut.
Selamat Mencuba.
Mingguan Wanita : Boleh buat minum petang untuk anak-anak. Sedap dan jimat lagi.
Group khas buat semua wanita B40 dan M40 yang mahu bangkit maju dari kehidupan sekarang menerusi perkongsian tip, promosi kursus anjuran Mingguan Wanita, perkongsian kisah inspirasi wanita. #langkahyakinlakarkejayaan
Kuih bihun madu ini, selalunya boleh dijumpai ketika majlis kenduri kendara dikampung-kampung.Kuih ni boleh dikatakan macam ‘adik beradik’ kuih cakar ayam dari segi cara membuatnya. Bihunnya tak perlu dicelur mahupun direndam terlebih dahulu, boleh terus dibuat barulah menjadi dan rasanya rangup, manis-manis buah.
Boleh cuba resipi Bihun Cakar Madu seperti yang dikongsikan oleh Puan Ida Zaida ini.
Buatkan bihun cakar madu untuk anak-anak. Buat 1 paket bihun, banyak juga dapat. Rasa rangup dan manis-manis buah je. Ni resepinya:
Bahan-Bahan:
1 cawan air
1 cawan gula
1 plastik bihun
1 tutup pewarna
1kg Minyak Masak (untuk menggoreng)
Cara Membuat:
1. Masukkan air dan gula ke dalam kuali, kacau sampai air gula menggelegak.
3. Kacau lagi sampai warna dan bihun bersalut rata.
4. Bila dah bersalut elok,boleh angkat letak dalam dulang atau apa-apa bekas.
5. Panaskan minyak dalam kuali. Bila minyak dah panas,ambil sedikit bihun, goreng sekejap dan masukkan dalam apa-apa acuan.
6. Saya masukkan dalam gelas plastik dan tekap..(part menekap ni kena cepat-cepat sebab dia takkan melekat kalau dah sejuk).Ni cawan yang saya guna untuk tekap. Tak kisah cawan apa-apa pun janji plastik,lepastu sama saiz.
Siap!
Selamat mencuba!
Ni link video saya sertakan sekali mudah tiru,senang faham bila tengok video ni.
Mingguan Wanita: Ringkas je nak buat kuih Bihun Cakar Madu ni. Memang sedap, rangup dan rasa manis-manis buah je.Tak perlu celur atau rendam dulu bihunnya.